..::Wawa Yusoff::..

Monday, April 8, 2019

..::Demam dan Young Living::..

Assalamualaikum....
Rinduuuuu semuaaa ๐Ÿ’œ๐Ÿ’œ๐Ÿ’œ

Semalam, Seharian membelek Hanan.  dari kelmarin dia dedar dah. 
 Tapi active ligat macam biasa. 

Malam tadi agak tinggi jugak panas dia dan nampak sangat dia ketara tak selesa. 
 one shot ubat oren untuk dia. PCM favourite dia tu yg rasa oren tu. hehehe. 
Harini continue oiling dia dengan Wellness TRIO ni. 


Settle oiling nak buat kat hidung dia pulak untuk selesema, gosok 2,3 kali dah dengar dia berkeroh :laughing: . Badan dah selesa, dah mandi, dah makan, dapat pulak mommy urut-urut dia. curah lavender pulak tu kan... Selamatttttt..



Tapi sebelum tu, Hanan dah lambak kan eo dalam gambar bawah ni.
Dia mintak urut badan dia. Tak sihat kata nya.
Pandaiiiiii je amik minyak mintak oiling,
Dia pun tau dah EO ni best untuk dia. Lega badan sedap kena urutt.
Tapi boleh kata EO yang dia amik tu semua almost tepat!!

Tu lah unik nya eo ni, badan kita sendiri attract dengan EO mana yang diperlukan.
Dak Hanan bukan pandai baca pun. Dia pakai capai-capai jelah tu.
hehehehe, Tapi seriously hampir tepat.


Idaho Balsam Fir, Eucalyptus Radiata : Dia ada batuk ketat, kahak sikit
Thieves : Hanan Selsema
Lavender : Badan dia letih dan tak selesa
Sacred Mountain : definitely good for gorunding dalam keadaan dia demam tu.
Body Ease : Of course dia tengah sakit-sakit badan. demam kan... hehehe

Korang kalau ada anak kecik, Ada 3 eo ni pun dah cukup. 
Takde diffuser pun takpe. Lemon, lavender peppermint. 
Taktau cemana nak guna? 
Mommy Hanan boleh ajar.
Sure anak-anak korang pun berkeroh macam dak Hanan ni ha. hehehe

Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Saturday, January 19, 2019

..::Destinasi Cuti Sekolah : Reward untuk Anak-anak::..

๐Ÿ’œASSALAMUALAIKUM๐Ÿ’œ

Jommmmm, Have Fun di Legoland Malaysia!!!


Haiiiiiihhhhhhhhh….. Asal cuti sekolah jer, mesti lahhhhh kena fikir panjang-panjang nak bawak anak-anak berjalan, bukan setakat berjalan je, kalau boleh iarlah berbaloi dan menggembirakan anak-anak aktiviti tu. Korang pun mesti macam tu kan?? Lagi-lagi dari parents yang ada anak-anak kecik ni. nak gi jalan tapi parents memerlukan tempat yang menyeronokkan dalam masa yang sama memudahkan pergerakan ibu dan bayi kecil.
So aku yang baik hati nii rasa terpangillah untuk share dengan korang antara top places to go in Malaysia iaitu Legoland Malaysia yang sememangnya awesome for kids. Aku guarantee akan tip top punyalah family vacay korang!

So bukak mata luas-luas, ak nak cerita sikit apa yang menarik dekat sini.

Legoland Malaysia yang terletak di negeri Johor ni merupakan the first international theme park di Malaysia dan the first Legoland Park di Asia. Weyyyy! Tu baru intro, tapi dah gempak kan? Haaa bestnya Legoland ni bukan sebab itu semata-mata, tapi lebih pada tarikan yang dieorang offer memang unlimited, sangat bervariasi dan penuh dengan keseronokan yang tak terhingga.
Legoland Malaysia ni pun macam theme park yang lain di mana dieorang pun terbahagi pada 2 jenis iaitu dry and water park. Jom kita layan keseronokkan water park Legoland Malaysia!






So selalunya lah, advisable untuk korang main game puas-puas baaaru gi berendam dekat wet park. Bukan apa, takut hujan jer. Tak pasal-pasal korang jugak yang rugi nanti.
Ok, aku citer sikit lah ehhh..., Legoland ni mempunyai 8 zon yang unik dan yang menjadikan lagi zon ni semua sangat menarik sebab dorang ada tema masing2! Gila best, aku yang tua ni pun gerammm + saited je tengok tema-tema tu. lagi-lagi kael ni memang melayan cerita kartun LEGO tu. Aku rasa kalau bawak dia ke sini memang meloncat teruk anak sulung tu. haha!!
Miniland
Imigination
So, antara temanya adalah The Beginning, Lego Ninjago World, Miniland, Lego Technic, Imagination, Lego Kingdoms, Land of Adventure dan Lego City. Haaa dari ninja-ninja Jepun sehinggalah ke cerita fantasy orang-orang putih yang ada king, knights dan dragons, semuanya adaaa… Ya rabbi.... lepas tu bilik-bilik hotel tu pun deko ingat tema weyy...! Jangan main-main, memang kita yang tua ni pun boleh keluar lah perangai inner child masing-masing. hehehehehe.
NinjaGo Themed

Adventure Themed


Kingdom Themed

Pirate Themed
pastu, kat sini pun ada KL Twin Towers tau, siap dengan KLIA bagai. Ak tak mention lagi kat sini ada istana. Dan banyak lagi lahhh. Overall, memang korang kena bijak planning kalau nak main semua games kat sini. Kalau tak, uishh tak sempat la alamatnya unless korang decide nak bermalam dekat Hotel Legoland. Esoknya tu boleh la kalau nak sambung eh.
Miniland

Dalam Legoland pun banyak rides yang best-best untuk kanak-kanak dan termasuklah korang-korang yang ajet-ajet muda lagi. Antara rides yang famous kat sini ialah cawan gergasi Technic Twister, boat ride dekat Boating School, first ever lego themed Virtual Reality (VR) roller coaster dekat The Great Lego Race, build dan boat racing dekat Build-a-boat dan most excitingly the wettest ride dekat Legoland, Dino Island! Aku ni baru menulis dah tak keruan, maklum lah masa kecik-kecik tak merasa pegi fun fair atau theme park. kita bukan orang senang pun dulu-dulu.. hehehe.



Oh jap! Ak teringat something. Kalau anak-anak korang jenis yang memang dok gilakan kereta kan, meh bawak dieorang ke Lego CIty ni. Dieorang ni beruntung tau. Siap boleh fefeeling drive kereta kat sini. Bukan tu jer, nak terbang kapal terbang pun possible lah kat sini. Firefighting punnn ada. Tiba-tiba korang pun berhuhu awat la masa korang kecik dulu tak dak semua ni kan?
Meh meh meh, kita saaaambung lagi! Legoland ni pun ada lagi 3 main attractions iaitu Lego Star Wars, The Forestmen’s Hideout dan The Shipyard. Ehemm ehemm so siapa yang hardcore Star Wars fan boleh la datang sini cuci mata eh, dengan 2.00 lebih figurines Star Wars.

Siap ada Yoda, Darth Vader dengan Sith Lords lagi beb! Pergh makin sedih pulak jadinya mengenang zaman korang kecik kan? Muahahahhaha… Next ak nak cerita tempat makan dan fasiliti dekat theme park ni. Dok sakan main tak ingat dunia, kang nanti lapar baru terkial tak tahu nak cari makan kat mana kan.

Alrighttt, bab makan kat sini no worries lah!
Sebab Legoland memang ada baaaaanyak kedai makan dan dijamin Halal, In shaa allah. Antaranya Asian Deli, Beach Grill, Burger Junction, Market Restaurant, Snack Corner dan The Cafe.
Pilih jer mana yang mahu.
Asian delight for asian taste. kat sini ada nasi, dan semua makanan berat-berat. Mee pun ada.

Ok, kat sini menu dia je ringan-ringan je, macam nugget, sosej dan waffles macam tu. 
kira nya macam finger food lah.



JAJANNNNN....!!!!

Facilities
Facilities dekat sini, don’t worry memang serba lengkap dengan restrooms, surau, first aid room, locker, stroller rental, shower rooms dan changing rooms. Korang jangan terkejuttt, baby care pun ada kayy!

Hahahaha, dah makin terasa gatal pulak kan tangan ni nak klik beli tiket masuk online??! So korang jangan lepaskan peluang ni untuk cepat-cepat grab Legoland Malaysia discount tickets sekarang jugak!

Lastly aku nak ingatkan, Legoland Malaysia ni bukak setiap hari. Waktu dia beroperasi dari jam 10 pagi hingga 6 petang untuk hari Ahad sampai Jumaat. Kalau Saturdays jer dia special sikit, dia extra 1 jam, so korang boleh la nak main puas-puas sampai kul 7 petang eh!
Dah sekian, sila lah grab discounts tiket cepat-cepat eh! Aku dah payung kaw kaw punya, jangan nanti baru nak menyesal tak dapat bawak anak datang sini hohoho!

Kita jumpa kat sana cuti sekolah nanti tauuu...!!!

Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor 

Wednesday, December 19, 2018

..::2019 : Elman darjah 1::..

๐Ÿ’œASSALAMUALAIKUM๐Ÿ’œ


Aduhhhh.... tacing habis lah tengok gambar abang ni!
Sekejap je dah darjah 1 dah abang ni.
Bulan 11 haritu orientasi dia. Register sekolah dan bayar yuran semua lah.
hari yang sama jugak kitorang pegi family day office mirzal.


Hanan kemaruk spiderman. Kemaruk melampau. Tido pun pakai costume spiderman siap topeng takde lubang hidung tu, ni masa nak hantar kael ke sekolah tetap dia taknak tanggalkan topeng dengan costume tu. malas aku nak gaduh, Mirzal yang tukang pujuk. Ntah macam mana mirzal pujuk aku tak tau. aku turun dulu dengan kael uruskan apa-apa yang patut.


Sebelum keluar rumah aku lumur kael, hanan dengan 2 ketul eo ni.
Orange untuk bagi dia happy
lavender untuk bagi dia relax.
so combination 2 ketul ni jadikan dia CHILL.
Serious dia chill habis. Takde mengeluh penat ke apa. kena beratur tunggu lama dia ok je. pastu satu lagi yang aku perasan dia kurang berangan. haha!

Besar dah awak abang, tak boleh lah mommy tengok macam ni. Cepat je nak tacing. huhuhuhu.
Kejap je dah besar. nanti mula la malu nak cium2. huhuhu. Tapi buat masa sekarang, hari-hari pun dia akan cium dan tak pernah miss. Sweet sangat anak sulung mommy.


Tengok tu dia, dah sampai tiak mommy dah
sikit lagi tinggi tu orang ingat mommy jalan bawak boyfriend. huhu

Oh, lupa. Orange dan lavender untuk hanan buat dia sangat bertolak ansur. kitorang sibuk nak uruskan abang, dia follow je tak banyak cerita tak banyak bunyik. Sampai lah selesai taklimat dalam dewan yang lama tu. huhuh. hanan setia duduk kat sebelah tak ngamuk ke apa.



masuk kereta 2,2 pun tumbang! ahahahahaha
memasing letih. kitorang terus gerak ke lumut, dengan baju tu jugak aku angkut kael. malas nak tukarkan, keh3. dan sepanjang jalan dari sungai buloh dorang lena ok.
aman tenang tenteram perjalanan aku dengan mirzal. hehehehehe.

Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @petiteoiler

Young Living Malaysia
Young Living Selangor 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...