..::Wawa Yusoff::..: ..::Farm in the City : Lawatan ringkas yang bemanfaat untuk anak-anak::..

Friday, September 14, 2018

..::Farm in the City : Lawatan ringkas yang bemanfaat untuk anak-anak::..

💜ASSALAMUALAIKUM💜

Cuti panjang yang sangat enjoy untuk anak-anak!


Farm in the city malaysia(FITC) merupakan satu tempat yang sangat menarik kalau korang nak bawak anak-anak teroka alam haiwan dengan lebih dekat. Berbanding dengan Zoo, FITC lebih buat kita sangat dekat dengan haiwan. seronok!


Ni masa mula-mula datang. Jumpa Cik.Ika dulu nak dapatkan tiket untuk masuk dalam ni. Alhamdulillah tak perlu beratur. TQ cik ika mudahkan urusan kami, 

Masuk je, station pertama ialah kura-kura. Besar baq hang! haha! Aku pun terkejut muka-mula ingatkan batu setonggok kat situ punya lah besar! Dak Hanan tau kura-kura tapi selalu kura-kura dia tengok warna hijau cute2 je, sekali kura-kura kat depan mata dah sama besar dengan dia. cuak kawan tu. hahahaha. menangis jugak lah dia. Tapi kejap je, lepas je kael dah usik-usik kura-kura tu dia pun ok je tengok je. nak pegang belum berani. 


Ada banyak activity yang anak-anak boleh buat dalam FITC ni. Antara nya bagi makan haiwan, pony ride, tangkap ikan, bagi makan ikan, dan macam-macam lagi.
Jom tengok, macam mana elman dan hana enjoy kat FITC ni!


Kael dengan map sampai ke balik. pandai dia baca map. "sekarang kita kat kura-kura ni kan mami? ok, lepas ni kita pegi kat ular pulak!" 
Kael enjoy sangat. kali ni lawatan kedua dia ke FITC. sebelum ni dia ikut rombongan sekolah. So dia lah yang jadi tour guide kitorang. tak menyempat2 nak pegi satu tempat ke satu tempat. cute sangat abang ni.

Kat sini tak lama sangat sebab mommy dia kegelian. haha! cari-cari ular albino dalam sangkar tak jumpa, sekali rupanya kat atas kepala! Euwwwww! dalam banyak2 tempat kenapa lah kat atas bumbung transparent tu jugak dia nak duduk! meremang bulu tengkok! terus pandang tempat lain. haha!

Animal Crossing. haha!


Memang haiwan kat sini bersepah-sepah berkeliaran. hehe. kan beware jela kot tiba-tiba dia da sebelah korang. tengok tu dalam gambar selamba je penjaga dia jaga haiwan-haiwan kat sini tak payah ikat pakai tali pun. elok je dia ikut dengar arahan. comel je.

 Animal Feedings. Kat sini memang FITC sediakan mesin-mesin untuk kita beli makanan haiwan. Kita tukar coin kat tepi tu pastu beli lah makanan. satu packet Rm 2. memang ok sangat lah nak bagi budak-budak enjoy. Kat pintu masuk pun ada jual makanan in bucket. Dalam bucket tu ada carrot dan sayur2. kalau beli pakai mesin ni ada dry food jela.


Kael seram nak bagi pakai tangan, di keluarkan sikit jerami tu pastu hulur gitu. Bila dia tengok orang semua bagi guna tangan baru dia berani, hehehehe dia takut kena gigit. haiwan kat sini semua jinak-jinak sangat. macam manja pun ye jugak, asik nak dekat-kat dengan kita je. Dak Hanan macam biasalah, semua haiwan pun dia akan mula dengan ketakutan dulu. lambat panas!

Burung pun jinak tau! Sedekat-dekat nya burung tu duduk kat kitorang, tak lari pun dia. dalam kawasan burung ni ada je burung yang terbang-terbang pastu hinggap kat bahu orang. Kat sini ada makanan burung jugak yang kita boleh bagi burung makan atas tangan kita

Redup kan tempat ni?
Yesss! boleh kata sepanjang dalam FITC ni memang redup dan sejuk macam ni. Pokok memang keliling. Memang betul-betul dalam hutan, Tak panas.

"Mommy, jom sini cepat!! Abang nak tangkap ikan!!!"

Begitu lah kael, dia sangat eksaited kat mana-mana tempat pun dalam FITC ni.
Sebab dia pernah datang kan...



Kat longkang fishing ni anak-anak boleh lah tangkap-tangkap ikan pastu lepaskan balik. Fishing net semua ada di sediakan kat tepi tu. Kita pantau jela supaya dorang tak campak ikan-ikan tu keluar pulak. haha!

Hanan kat sini enjoy sangat. nak jugak dia join abang tangkap ikan. happy

Lepas tangkap ikan, kita bagi makan ikan pulak!

Makanan ikan dalam mesin tu pun ada jual. boleh lah korang beli bagi anak-anak makan ikan. mesti dorang enjoy. ikan kat sini gemok-gemok sangat, terlebih makan agaknye. hehehehe.





Nak tau sedekat mana kita dengan haiwan ni?
Tengok gambar-gambar aku share ni. Memang dekat amat! aku memang boleh pegang haiwan-haiwan ni. cuma taknak je. takut. ahahahaha!


Haiwan yang sangat lah camera ready.
Beliau ni aku seram sikit. habis je snap gambar terus tarik phone
Risau dia terkam. sebab cara dia pandang tu sangat nakal. hahaha.
Tapi sebenarnya takde pon dia buat perangai gitu. ramai amik gambar dia dekat-dekat. elok je perangai dia. hehe




Pony ride!


Kael tak sempat merasa naik kuda. merengek jugak dia. tapi nak buat macam mana. orang beratur ramai sangat masa ni. pastu hari hujan dah. cepat-cepat kitorang keluar. memang ada banyak lagi kitorang belum explore sebab keadaan cuaca tak mengizinkan. Tapi, will definitely come again! serious best!


Lepas makan, semua pun pengsan. masing-masing tidur dari pukul 3pm - 6pm. hebat! hahaha

info tiket


Tiket boleh beli online ye. Checkout -->

https://www.farminthecity.my/

Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @eoempire

Young Living Malaysia
Young Living Selangor


1 comment:

Yana MIB said...

best kn bwk bebudak pi sini..aku lg prefer bwk ank pi petting zoo dpd pi zoo negara..haha!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...