..::Wawa Yusoff::..: ..::Cyberview Resort & Spa : Awesome Staycation::..

Tuesday, September 18, 2018

..::Cyberview Resort & Spa : Awesome Staycation::..

💜ASSALAMUALAIKUM💜

Haritu kitorang pegi family day geng blogger. best gila!
Kalau bercuti ni. paling penting of course lah penginapan kan? mesti nak selesa dan tenang-tenang je. Kalini tempat percutian dekat je. 40 minit je dari rumah. hehehe



BUKAN CAMERON, BUKAN GENTING, BUKAN FRASER HILL

Aku rasa cun sangat dah cuaca masa ni, sejuk. bilik tepi pokok pulak tu, senang cakap tepi hutan. nyaman!!

::Cyberview Resort & Spa : Cyberjaya::


Untuk korang di sekitar KL, Selangor aku rasa sesuai sangat untuk percutian yang pendek dengan keluarga dan anak-anak. Tak payah pegi jejauh kalau setakat nak chillax. Drive jauh-jauh pun penat jugak kan korang nanti. hehe

Ada banyak kemudahan kat sini yang sesuai untuk percutian pendek keluarga dan anak-anak. Tapi sebelum tu kita belanja gambar bilik yang super duper ohsem!!


Ok, ni ada cerita menarik sikit. Rezeki tak pernah salah alamat. Aku booking bilik Rm 338. iaitu bilik Deluxe Chalet. Tapi nak dijadikan rezeki hotel penuh masa tu dan ada yang belum checkout, yang ready cuma bilik Executive deluxe. Senyum lebor aku wey!

Ada banyak jenis bilik
Superior : Bilik biasa + ada bathtub : MYR320
Deluxe : Bilik besar - Takde bathtub : MYR385
Executive deluxe : Bilik besar + Bathtub : MYR410
-ALL PRICE INCLUDING BREAKFAST-

Gile tak seronok! haha. Punya besar bilik ni aku rasa 3 toto lagi boleh bentang, Puas lah bebudak ni berlari main berkuntau bersilat bagai.



Katil ni KING sangat. haha! Memang selesa habis kitorang anak-beranak tidur berempat siap ada extra ruang nak bergolek (sila ambil maklum. berat aku 43kg aje) tu pasal kitorang punya selesa tu tersangat lah selesa. hehehe

Lengkap dengan Meja mekap. Tak gaduh nak rebut cermin dalam toilet. Meja ni selesa sangat nak bersiap.

Yang paling menarik, hotel ni sediakan Al-Qur'an jugak. Best kan?


Kitchen Cabinet. Cukup luas kalau korang jenis suka travel panas2 kan lauk ke kan. Yang tepi belah kiri tu fridge. Mula-mula ingat kan rak kasut. hehehehehe.


Fridge. Besau kemain tempat simpan Fridge. Close concept. Kemas.

 Luas kan. Yang tu sofa bed. kot rasa tak selesa nak tidur berhimpit atas katil, boleh golek-golek kat sofa bed ni. Cukup selesa untuk tidur. TV ada rancangan astro tertentu. Movie ada, bola ada kartun pun ada. 



Ok, ini antara kemudahan yang disediakan. so korang tak payah susah-susah angkut tuala bagai dari rumah, iron pun tak payah bawak. Towel hotel sediakan dalam bilik banyak gila! haha. Serious banyak dan pelbagai size. Pastu sabun mandi semua dia sediakan siap-siap dalam shower room. Plug in kat dinding ye. korang jangan memandai cabut bawak balik pulak.





Toilet memang besar sangat. Kat hujung bathtub tu ada shower room. comel je. tapi cukup selesa. Sebalah shower tu ada toilet pulak. serious besar toilet ni. Dan decor pun supernice! 



Dari segi breakfast puas hati gile sebab banyakkkkkkk sangat pilihan makanan dan semua sedap-sedap! dan breakfast buffet dia sangat lah 1 malaysia. Ada indian food, chineese food and of course malay food banyak gila pilihan dan semuanya HALAL.

Dari pagi tadi dok teringat pasal hotel ni, rasa macam tak puas lepak sana dengan kolam yang sangat besar dan banyak jenis. Puas anak-anak mandi kolam, pastu tempat lepak tepi kolam pun sangat redup dan selesa!!


mari lah kita menabung lagi, mommy nak pegi sini!
hehehehe.

Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @eoempire

Young Living Malaysia
Young Living Selangor 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...