..::Wawa Yusoff::..: ..::Malaya Grill : Sungai Buloh::..

Friday, August 17, 2018

..::Malaya Grill : Sungai Buloh::..

💜ASSALAMUALAIKUM💜



Semalam, Saje bawak buah hati berjalan. Dah lama aim nak pegi kedai ni sejak puasa hari tu, tak sampai2. Walhal boleh kata hari-hari lalu. kedai dia betul-betul depan CIMB dan kedai elektrik tu. So semalam, aku dapat bonus YL 😍😍😍 saje lah treat dorang lebih sikit.

Sampai jugak hajat nak ke sini. asal nya nak pegi Secret Recipe je kopi2 dengan mirzal. tapi tau lah si mirzal tu, tekak nusantara sangat. takat western food cheezy2 tu dia pandang sepi je. So terus lah ke sini. 


Ni order semalam. Mix grill belah kanan tu ada 3 jenis. Kambing, lembu dan ayam. Semua sedap dan juice. Mirzal bukan penggemar ayam grill tapi dia kata sedap. yes, sedap. Sos dia sedapppp! pastu bawah tu ada Mash Potato. pun sedap. lemak dan halus.

Fresh oren sedap. air strawberry tu mirzal yang order. aku tak sempat nak rasa pun. Dah di tumpahkan oleh si kael. Sabar aje lah. Nak di marah pun tak boleh sebab dia tak sengaja. Basah jugak lah seluar si mirzal mandi air strawberry. ahahahaha. kael, kael..... mujur lah apak awak ni jenis cool. Lagi pun nak marah si kael tak boleh sebab lepas tumpah tu terus dia mintak maaf. comel je. mirzal pun muka terus cool tengok kael dok pegang tangan dia sambil cakap mintak maaf. hehehehe


Elman dan Hanan dah pandai order sendiri. Sakit kepala omak eh. Masing2 bukak menu dan tunjuk. ok lah, dah pandai pilih makanan. tu mushroom soup dengan garlic bread Hanan punya. dia sendiri order. boleh kata habis dia makan sup tu. tapi yang roti tu kemain keras sakit gigi nak kunyah. Dia pakai bruschetta punya roti. Aku rasa kalau dia pakai roti Hot Dog, potong serong2 macam tu letak garlic butter dah sdap sangat. lembut kan roti tu.

Yang ni kael punya. dia biasalah, kat mana-mana pun nak makan ayam goweng. Sedap lah gamaknya kot sebab kael boleh habiskan makanan dia. Aku tak sempat nak rasa.


Ni Hanan yang order sendiri. kemain dia main tunjuk2 kat menu "Anan nak ini mi, nak ini" cubit mulut kang. becok! gerammm! hehehe


Mirzal dan Mikhael. 2 ketoi ni jela gambar yang elok nak di upload. yang lain semua gambar ntah apa2. muka aku memang forbidden untuk post yang ni sebab muka sememeh amat! tak berapa nak sihat sangat emosi dan jasmani. biasa lah perempuan. fuh! ahahahaha.

Total untuk semua Rm 76. aku rasa ok, sebab semua pun balik kekenyangan dan tidur lena.


Facebook : kiddoganic
Instagram : @kiddoganic
Instagram : @eoempire

Young Living Malaysia
Young Living Selangor

1 comment:

Nina Mirza said...

Menarik ni.... Rumah Nina tak de laaa jauh sangat dari lokasi. Nanti boleh laaa singgah sana :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...