..::Wawa Yusoff::..: ..::Ajar anak berpuasa::..

Wednesday, May 23, 2018

..::Ajar anak berpuasa::..

💜ASSALAMUALAIKUM💜

hey, me again. mengantuk bersama office yang sunyi. nak tulis apa ni? takde idea. nada! so, let's the finger dance.

Puasa with lil boy yang baru nak belajar berpuasa. in fact, dia belum faham pun kenapa kita kena puasa and so on. so yeah.. we're just do it, memandangkan dia dah 6 tahun and quite good in solat, so why don't we try?? 

at first, aku tidak lah mewajibkan dia untuk puasa, u kena bangun around 5 am have some food and puasa all day long. Tak, aku tak letak apa target pun untuk dia sebab tahun ni dia baru nak belajar puasa. Solat dia pun belum sempurna. untuk puasa, kita slowly ajar.

1st day, kami kejut dia pukul 7.00 pagi (hari masih gelap) dan makan, siap pegi sekolah semua dan pesan, "abang puasa ok harini??" And he said.. "ok".  Balik sekolah dia sangat excited telling us that he PUASA. and my respond is, "haaa... goood. so abg makan tak harini?" dengan Happy nya dia menjawab "makan, nasi dengan ayam" berderai kitorang ketawa. see.. dia belum faham takpela.

sepanjang dalam kereta kitorang kerap ingat kan dia puasa tu tak boleh makan dan minum, sangat kerap kitorang pesan. kitorang buka rumah mak, dan dia ada satu jam untuk tahan nafsu makan dan minum sebab kat rumah mak ada macam-macam kudapan dan adik dia asik offer makan. haha! kat sini baru dia nampak dan faham puasa tu macam mana, dia merengek, dia buat muka, dia cuba bagitau dia lapar. come on bang, just one hour.

Bila dah nak azan, we can see he's so excited duduk dekat makanan dan mintak apa dia nak makan. Bila azan dia sangat kebulur ok. even sejam, aku nampak dia sangat FAHAM apa itu puasa.

So the next day. Hari jumaat kitorang kejut dia makan pukul 6.45am. dia makan dan dia kata dia puasa. so bila balik sekolah petang tu dia bagitau dia tak makan dan minum. "abang puasa harini mommy.... abg tak makan, tak minum.. kawan2 tak puasa"
haha! mommy so happy! dia dah faham apa itu puasa dan untill today dia puasa dengan bagus sekali. Alhamdulillah. 


So any tips? NO. aku cuma tak paksa dia untuk puasa. dan aku beri kelonggaran waktu sahur dia. as long hari masih gelap. janji dia buka puasa time azan maghrib. itu je cara aku nak bagi dia faham puasa tu macam mana. Tapi weekend kitorang kejut dia makan sahur macam biasa. so lepas tu dia boleh sambung tidur. Kalau weekdays kitorang lewat kan dia sahur dan siap pergi sekolah terus. Kena faham, salah satu syarat wajib puasa ialah BERAKAL. 6 years. what do u expect?? hehehe. slowly kita ajar anak-anak ok. 


Facebook : Element Organik
Instagram : @elementorganik

Young Living Malaysia
Young Living Selangor

1 comment:

Hans Hanis said...

alhamdulillah
semoga si anak berjaya puasa penuh
amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...