..::Wawa Yusoff::..: ..::Resepi Mee Goreng Mamak Simple::..

Monday, January 15, 2018

..::Resepi Mee Goreng Mamak Simple::..

😍 ASSALAMUALAIKUM 😍

Bila aku cakap resepi tu simple,maka nya memang simple lah! aku jenis masak campak campak campak sampai jadi! matiklah orang kalau ikut resepi aku ni... huahuahua. eh, tapi serious cakap ni kalau setakat masak-masak lauk gini ko takyah beriye ikut bancuhan, ikut tekak sendiri baru ko puas hati sedap tu macam mana. lain lah macam cake ke, brownies ke, apam ke, ha.. mende2 gitu memang ko kena ikut resepi. kalau tak nanti bantat lah, tak gebu la etc, etc,etc.


Bahan aku agak terhad, sebab tu mee aku kosong takde sayur ke pebenda segala sebab mirzal tak beli lagi. muahahaha.
======================================
BAHAN-BAHAN

Bawang besar 1 biji
bawang putih 5 ulas
Cili blend (nak pedas letak ler bebanyak)
seafood/ayam/sosej 
sos tiram
kicap ABC
kiub ayam
telur
mee kuning

======================================
CARA-CARA

Bawang besar 1 biji
bawang putih 5 ulas
2 bahan ni ko blend dan tumis.

Cili blend dalam sesudu besar masukkan bila bawang yang ko tumis tadi tu dah naik bau. 
tumis cili sampai masak.
masukkan seafood/ayam/sosej atau apa jela yang korang suka. tumis sampai masak.
masukkan kiub ayam setengah ketul.

masukkan sos tiram sikit, masukkan kicap ABC. kicap ni memang sedap kalau nak buat masak2 mee ke char kuey tiaw ke, pekat. Masukkan kan air sikit. 

Dah sebati semua masukkan mee. gaul sampai rata. pastu ko adjust lah kicap tu, garam semua sampai cukup rasa kat lidah ko ok. biarkan kering sikit.

last sekali. pukul telur dan masukkan. gaul rata. aku guna 2 biji telur untuk sepaket mee kuning. baru syiok nampak macam2 serdak2 je mee korang. baru lah mamak style! hehehehe

lain-lain bahan boleh la korang hiaskan dengan cili merah potong, daun kucai ke apa. tapi aku malassssss dan anak-anak bukan makan ponnn. so jangan membazir kekdah nyeerrrr.... hehehehe

Yummy!!! walaupun bahan simple.

So bento keesokkan hari nya, leftover food je ku tapaukan! hua3!

Apple untuk kael, Apple dan orange untuk hanan

and for us! 

Aku memang sangat suka sediakan bekal comel ni, bento cute mute. sebenarnya kalau kat rumah pun aku suka je hiaskan makanan diorang. suka tengok bila anak suka apa yang kita buat. hehehehe.

sejak 2012 terjebak dengan bento, bekal comel ni semua dan memang dah jadi minat dengan benda-benda cute dan DIY things. 💜💜

Facebook : Element Organik
Instagram : @elementorganik

Young Living Malaysia
Young Living Selangor
Shaklee Sungai Buloh 

1 comment:

MiYOKO SuKi said...

nampak senang je...nk kena try wat gak nii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...