..::Wawa Yusoff::..: ..::Resepi Ayam masak lemon SEDAP dan MUDAH::..

Thursday, January 18, 2018

..::Resepi Ayam masak lemon SEDAP dan MUDAH::..

😍 ASSALAMUALAIKUM 😍

Quick update time lunch ni kejap. kerja banyakkkkk gila.


Bahan :-
Ayam potong kecik. goreng macam biasa guna tepung ayam. 
aku guna tepung goreng ayam adabi. sedap!

untuk kuah lemon :-
Butter sesudu kecik
*Lemon sebiji perah
*Kiub ayam knorr setengah
*gula 2 sudu besar
*Tepung jagung sesudu kecik bancuh dengan secawan air
*Serbuk kunyit secubit 

Cara-cara
Api perlahan. Panaskan butter, masukkan semua bahan bertanda (*) 
Kacau perlahan sampai masak dan cukup pekat. gaulkan dengan ayam yang dah siap goreng tu.
Senang kan? ahahahaha, resepi aku buat memang senang2 je sebab aku jenis pemalas nak rumit2 bab lauk ni. asal sedap sudah! hehehehe

📌Perahan lemon tu masukkan sikit2 untuk agak rasa masam tu. 
Lain-lain hiasan tu ko potong lah bawang, lemon pastu tabur daun sup sikit. settle.


Ikan keli goreng tepung. Nak dapatkan ikan keli rangup sedap ni lepas gaul garam kunyit ko tepek2 kan tepung jagung. goreng. sedap rangup dan tak lembik!. tryla, sedappp.


Bento hari selasa
Leftover food seperti biasa. memang pesen aku dari dulu malam masak banyak-banyak esok tapaw! jimat masa.

Bekal untuk mirzal.

🍚nasi
🍗Ayam Lemon
🍅Apple.
🐋Ikan keli lupa nak susun 


Bento anak-anak

🍚 nasi
🍳 Tamahoyaki (jappanese egg)
🐋Ikan keli buang tulang sesiap 
🍎 Apple

Facebook : Element Organik
Instagram : @elementorganik

Young Living Malaysia
Young Living Selangor
Shaklee Sungai Buloh 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...