..::Wawa Yusoff::..: ..::Random Talk : Perlis::..

Monday, December 18, 2017

..::Random Talk : Perlis::..

💜ASSALAMUALAIKUM💜


 Habis dah entry MAKSWIP. sekali harung jela. malas nak tulis part by part.

Baju ni aku yang design. tolong design je, the rest kak wani yang uruskan. Warna dan design semua team yang pilih. aku cuma send beberapa design dan decide sama-sama. Rasa nya dah kerap sangat dengan kerja design2 ni. memang minat kot. hehehe.

Baju Fun Day Blogger [LINK]
Random Design, baju, letter head, blog header  [LINK]
Design Sticker blend oil [LINK]

Dan ada banyak lagi tak sempat nak compile sini. mana yang follow aku dari zaman bride to be memang tau lah macam mana aku DIY semua item dan sekarang ni sibuk dengan Bento pulak. sampai ke makanan semua aku nak hias. hehehehe


Ni pagi sebelum gerak ke padang dan Check in Sri malaysia

Jumaat Malam : Kuala Perlis.

Mirzal lah ni tiba-tiba mengajak ke sana. 15 minit dari hotel. ok lah, dekat. Tapi dinner with 2 boys memang MasyaAllah sangat lah... huhuhuh.  Aku ni saited sangat ke kuala perlis. nak makan sotong goreng tepung yang sangat sedap. Berusaha tau tanya kakak apa nama kedai yang kitorang makan dulu tu, dulu tu 5 tahun lepas! ahahahahahaha. Bertuah lah kalau boleh ingat balik!! tapi dia cakap kedai tu tengah-tengah. so kitorang gamble jela lepak kedai paling tengah.

Ikan siakap 3 rasa
sotong goreng tepung
tomyam
nasi 3 orang makan

RM 60

pada aku, murah sebab ikan besar dan sotong memang penuh pinggan. tapi frust banyak sebab lauk tu masin sangat. uhuhuhuhu. sotong pulak keras dan tawar. takpe lah kan, dah rezeki malam tu begitu. alhamdulillah.. Sabtu malam tu repeat lagi ke sini, makan dengan team. memang ada peruntukan untuk dinner + collection dari player sikit2. So berangkutlah sekali lagi semua nya. hehehhe. malam tu makan kat kedai Anjung Pinang, kedai hujung sekali. sedap 👍👍👍


Petang Sabtu. Asal nya keluar pegi farmasi cari ubat untuk Hanan, tiba-tiba dia nak heat. panas badan dia. EO pulak tak cukup tapi dia active sangat. one shot lah ubat jauh-jauh ni susah kalau jadi apa-apa. Lepas dapat ubat saja ronda pi minum petang. tak banyak pilihan kat perlis ni huhuhu. Berhenti kat warong ni, beli goreng pisang kat kedai sebelah pastu kael lapar nak makan mee goreng dengan telur. memang licin habis dia makan sorang. kena selera lah tu. huhu Hanan kat Perlis ni asal berhenti kedai makan ade je tokwan nak kelek melayan dia. Agaknya dia melasak, org kesian tgk kami makan tak tenang. ahahahaha.


Pagi Ahad. lepas checkout cari sarapan dulu, kebanyakan kedai tak bukak, singgah pasar tani beli lah kudapan dan apa-apa buat alas perut menjelang nak masuk RnR. Tersinggah kat kedai bubur berlauk ni. meriah nya, bubur kosong lauk boleh pilih sendiri. bekas besar. sekali ganda besar dari bekas taufufa comel tu. Aku pilih lauk ayam grill, serunding ayam dan scramble egg. RM 13. sedap! kenyang puas hati makan, rebut2 makan dengan Hanan dalam kereta. nanti nak try lah buat kat rumah. senang je kottt. hehehehehe.

Perlis apa yang best?? aku tak sempat nak explore apa pun sebab pergi sana dengan urusan, bukan untuk jalan-jalan. so kalau korang tanya aku nak pegi lagi tak? of course yes, tapi sebagai persinggahan jela bukan pilihan utama untuk bercuti. maybe ke langkawi dan singgah perlis. Langkawi kan dah boleh bawak kereta sekarang.. hehehehehe. 

Facebook : Element Organik
Instagram : @elementorganik

Young Living Malaysia
Young Living Selangor
Shaklee Sungai Buloh 

1 comment:

mrs adam said...

murah dinner yg rm60 tu
tapi bubur tu rm13.mak oi,dah tahap bubur mcd 2 mangkuk tu.huhu
cuba intan buat pas tu hntr tingkat 17 tau.haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...