..::Wawa Yusoff::..: ..::PTPTN : Hutang Tetap Hutang::..

Wednesday, December 6, 2017

..::PTPTN : Hutang Tetap Hutang::..

ASSALAMUALAIKUM

Harini, bukan lah nak buat entry ilmiah sangat. bukan aku yang selayaknya. cuma nak bagi pandangan tentang PTPTN dan Hutang yang kita dah buat secara "tak sedar". Tak sedar yang aku maksudkan kat sini, yela.. kita setudent lagi.. macam x celik sangat pasal pinjaman pelajaran yang cukup dengan interest segala. 

walhal dah sah2 la sebelum tu cukup segala taklimat yang pihak PTPTN dah jelaskan. Dan rasa nya memang sebelum kita tandatangan surat perjanjian pinjaman pelajaran tu memang kita dah aware untuk membayarnya semula... betul tak?? ke korang pakai sign je dulu? mata dah nampak kelip2 duit je? hehehe

korang kena ingat, walau apepun, walau siapa pun, walau macam mana pun..... hutang tetap hutang... dan hutang jugak boleh mengeheret kita ke neraka dan menolong kita untuk ke syurga. Hutang bawak mati woooo.. jangan memain.. 

Kalau korang nak debatkan tentang pengajian percuma di negara lain, boleh debatkan, tapi bukan itu yang aku nak cakap kat sini, kalau korang nak kata duit PTPTN tu memang patut korang dapat sebab itu duit rakyat dan patut kembali kepada rakyat, korang boleh jawab semua tu "esok". 

Apa yang pasti, kita dah tandatangan untuk "hutang" yang kita dah persetujui beberapa tahun yang lepas... jadi, HADAP KENYATAAN tu. Hutang tetap hutang

Benda pertama masa mula2 aku masuk kerja tahun 2008 ialah aku nak settlekan hutang PTPTN. 3 bulan kerja aku terus proses permohonan potongan gaji. Walaupon gaji aku masa tu kecik.. kecik sangat.. Kerja gomen masa 2008 alahai, besar mana sangat lahhh.. Rm 830 je ko basic masa tu, tambah2 elaun ada lah dalam 1.3K macam tu.. Tapi sebab PTPTN tapi sebab masih sedar diri yang aku ni seorang penghutang, tutup mata jela potong gaji. huhu. Dan sekarang alhamdulillah, bebas hutang dengan PTPTN!!! hehehehe.

Baru sat ni ha dapat surat pengesahan 💖

Masa gaji kecik tu PTPTN pon xde lah kejam sangat terus potong ratus2 sampai aku x cukup makan, tahun pertama potongan aku cuma RM 39.95 sen je kot.. lepas tu sejajar dengan kenaikan gaji baru PTPTN naik kan sikit potongan jumlah  potongan... Naik jadi Rm 80, pastu Rm 130 pastu dalam 5 tahun Rm 200++ sampai lah hari aku habis bayar.

Sebenarnya kalau korang buat potongan gaji lebih selesa dan selamat dari korang bayar tiap2 bulan... korang tak rasa sangat pon... tau2 dah nak habis bayar.. hehehe. Ada jadual tu, tapi aku lupa mana ntah aku lanting. hehe

Ok, aku harap korang yang belum bayar, belum pernah bayar dan masih degil taknak bayar, korang pikir panjang ye... Hutang tetap hutang.. Korang dah belajar pandai2, dah grad, cukup makan pakai sempurna takkan korang nak buat tak tau je dengan duit pinjaman yang pernah korang gunakan dulu ye tak?? 

Mungking kita senang sekarang buat tak tau je dengan hutang PTPTN tu... Tapi ade je nanti yang allah tarik sikit2.. kalau dulu kita belajar cukup duit beli buku makan semua dengan duit pinjaman tu pastu takkan lah sekarang nak buat keras je taknak bayar. "esok" kalau ditanya pasal hutang yang kita tak bayar ni, daya ko nak jawab itu salah pemimpin? huahuahua. ala, gurau je. gurau pun nak marah :p

**p/s : Entry tidak berbayar. sekadar pandangan sebab kerap sangat tengok bekas2 peminjam mendabik dada lepas dah bekerja bergaji elok. 

2 comments:

Liyana said...

selagi ada hutang.. memang tak senang duduk dibuatnya kan...

Julia Tarmidi said...

Salam singgah dan follow :)

btw jom join GA saya,

http://www.akuseorangtraveler.com/2017/11/give-away-hadiah-misteri-dari-astraveler.html