..::Wawa Yusoff::..: ..::MAKSWIP 2017::..

Friday, December 15, 2017

..::MAKSWIP 2017::..

💜ASSALAMUALAIKUM💜


8 - 10 disember 2017
PERLIS


Hati-Hati. Entry panjang cecah lantai, sambung pulak hujung carpet sampai depan pintu. ahahahaha.

Sukan Makswip 2017. 1st time aku join, yelah, sebelum ni kerja selangor, dah masuk kerja KL mengandung pulak kau kan, dah tu beranak kau c-zer pulak. kahkahkahkah! Tragik betul kisah hidup kau bersukan ni  😄

Start training dah berbulan-bulan. rasa nya start bulan 9 kot. sampaikan jahanam lah muka aku. haha. muka manja, kulit senang burn, tak boleh berjemur sikit memang mendapatlah segala belak atas muka. tapi kali ni lagi worse, naik sekali dengan kemeriahan jerawat dan package muka berminyak + kusam.

eh, jauh merepek kau kan? yela.. yela.. topik tadi makswip. hehe. kitorang gerak 7hb, khamis. sebab game pagi pukul 8 jumaat. kat Perlis kau, haruslah gerak sehari awal. Tapi aku tak join naik bas. sebab bawak housemate. Mirzal, Mika, Hanan semua ku angkut, sebab nya Hanan masih breastfeed. baby tua mommy yang sorang ni bila ntah nak wean off. dah 2 tahun dik.. cukup2 lah tu.. huhuhu.
Boleh bawak jalan lagi. Goodboy sangat ni

Perjalanan tak berapa nak bagus. banyak sangat repair jalan. gerak pukul 10 am, pukul 6.30 baru sampai kat perlis. Kael ntah berapa kali tanya bila nak sampai. kesian diorang. penat. Mirzal lagi lah kesian sebab dia drive sorang. huhu. Aku tolong drive tak jauh sangat pun sebab malam tu tak cukup tidur packing barang.

JUMAAT 8 Disember 2017

MKL TEAM A
Team A dapat pegi peringkat suku akhir pertama. Memang rezeki dalam liga kami tiada team yang hebat-hebat macam Felda, MSN, DBKL, dan SPA. ini semua player diorang sejenis manusia tinggi cecah pintu kalau loncat melayang sampai kelangit. kau punya perumpaan sungguh hyperbola sekali. kahkahkah

1st game aku main hauk gila. sumpah aku cakap, aku takut, nervous aku tak boleh nak explain. lagi kau main C, 1st ball memang kat tangan kau. nervous tunggu bunyi wisel tu aku rasa macam nak kena cepuk dari belakang. ahahahaha. Tapi memang aku buat rosak game dalam team masa 1st game tu. sendu! 2nd game terus takut nak main duduk reserve je. kahkahkah!

MKL TEAM B

MKL hantar 2 team, walaupun kalah dalam liga kumpulan, tapi  good experience untuk Team B, diorang berpeluang main dengan MSN. majlis sukan negara. and off course lah tak boleh nak menang sebab main dengan pemain Negara kan. Kita ni tak sampai tahap tu pun. Tapi bangga jugak lah sebab diorang tak kalah dengan mat kosong pun. Hebat! 💕


 SABTU : 9 Disember 2017

MKL TEAM A : SUKU AKHIR

The shortest person dalam team. ahahahahahaha. pendek dan kecik. sangat hokey. Kitorang kalah untuk game ni. yang lagi frust, game suku akhir ni kalah mati. Kitorang kalah penalti dengan Kementerian Kewangan. Masa ni main memang nampak stress sebab team sama kuat, end up kami kalah tipis.. takpelah kan, semua pun dah buat yang paling baik 👍

Sepanjang aku kat padang, memang Mirzal lah yang uruskan anak-anak. hidup aku agak kalut sikit kat Perlis. Sat kejar ke padang, sat balik ke hotel, pikir pasal makan semua. dah lah check in 2 tempat, jenuh pindah randah. sebab salah booking tarikh. kikikkih.

Khamis check in kat KTH cottage. Sorry lah, gambar aku terpaksa google je, tak sempat nak amik gambar bagai. aku memang rushing sana - sini. pagi sabtu tu aku keluar je dulu pegi padang sebab team B main pagi, team A main petang so nak jugak lah sama-sama dengan team, mirzal memang aku tinggal je handle kids. pukul 10 am balik tengok semua dah siap mandi kolam, dah siap mandi bersih badan semua pakai baju. siap2 kemas nak check in Sri Malaysia pulak.

KTH cottage ni BEST dan Murah. Rm 73 je/night. aku booking guna Traveloka. Tak jauh dari town. kalau siapa nak rasa suasana homestay ala-ala kampung, memang sesuai sangat. dan Person in charge pun sangat baik dan senang berurusan. Yang penting MUSLIM cottage. kalau tak sebab salah tarikh, memang aku duduk sini dah sampai Ahad. tapi sebab dah book Sri Malaysia dari awal, check out lah juge. huhuhu

Image result for kth cottage perlis

Selesai pack, ku hangkut semua ke padang menjelang tunggu tenghari untuk chek in sri Malaysia pulak. Selesai game pagi baru gerak ke hotel dan check in. 12.30 tghari mcm tu dah dapat check in, lega jugak hotel bagi masuk awal. kalau ikut kan pukul 3 selalu nya kan.

Check in je macam biasa lah ku alih segala katil meja semua susun bagi elok. kau bawak anak kan, takyah lah nak acah macam honeymoon suite sangat. lapangkan selagi boleh, gantung mana-mana baju yang patut, susun beg, asing baju kotor, semualah! lepas zohor terus cabut pegi padang, mirzal bawak anak pegi makan. habis game dia jemput aku tengok Kids semua dah ke bulan.

Cenggini ha, aku masuk kereta intai, semua dah kepit ayah. berhimpit kat depan tidur dengan ayah. si Hanan aku angkat masuk kan dalam car seat pun dah tak sedar. letih nau gaya!


Kolam ni betul-betul depan bilik kitorang. so paham-paham lah kalau kolam depan bilik. gatal kaki lah budak-budak nak terjun aje kejenya. petang lepas game kael je la berendam, hanan lena. aku layan kael sekejap pastu mirzal take over

Nanti aku cerita pasal pelampung ni. Best pelampung ni! Nak sumbat semua kat sini pitam wey, korang baca pun boring. kahkahkah!

Bila aku tengok gambar ni, betul lah orang cakap. Dunia ni kecik. hehehehe

pen off, bye!! 💜

Facebook : Element Organik
Instagram : @elementorganik

Young Living Malaysia
Young Living Selangor
Shaklee Sungai Buloh 

1 comment:

Mrs. A said...

Eh! baru jumpa gang netball blogger ngeh!ngeh!ngeh!