..::Wawa Yusoff::..: ..::Pilihan Supplement Ketika Bersukan::..

Tuesday, September 19, 2017

..::Pilihan Supplement Ketika Bersukan::..

💜ASSALAMUALAIKUM💜

Start balik dahhhhh.. hehehehe
lama aku rest dari sukan. c-zer kan.. so kena lah rest duduk dendiam. gatal kaki ni jangan cakap lah, tak keruan tak boleh bersukan.

Netball dah start balik dah, mujur kali ni tak mengandung. kahkahkah!!
2 tahun lepas dah elok bagi nama, pegi 1st training bagai, seminggu lepas tu double line. maka nya... sekian terima kasih. keh3.

disember ni ada game kat perlis. MAKSWIP. 1st time lah kiranya join makswip, sebelum ni i olss kerja selangor ajerrr.. Dan macam biasa sejak azali ketinggian tak mengizinkan aku untuk main shooter. acah sangat kau kan..!! ahahahaha. So di tengah ajelah tempat aku seadanya... Center (C) tetap dan berpencen. muahahaha. bantut.
 
friendly dengan IJN last week. kalah ke menang ntah. takde siapa yang keep score. syabas betey! 

FUTSAL : NOVEMBER : MELAKA

Semalam pulak start training futsal, kau ni tamak ke lupa diri wa?
tu nama nya lepas gian lah! 3 tahun gantung kasut. kasi can lahhh.. So, seminggu 3 kali training. 2 hari futsal, sehari netball. masa mula - mula aku cari fitness kat gym, seminggu jugak lah otot ketat. sakit menggila, jalan penguin. ahahahaha. pastu ni baru ok. supplement pun aku dah start amik. taknak letih dan sakit badan melampau


Semalam sampai rumah je terus mengadap 2 ketul EO ni. Essential oil Young Living Malaysia. Panaway dan copaiba. Aku tak tau nak cerita macam mana kat korang, tapi dalam banyak2 minyak angin yang aku guna, 2 ketul eo ni yang SANGAT MENGHILANGKAN KESAN SAKIT OTOT DAN BADAN. serious lah weyyy... tak tipu... memang lega sangat rasa, guna setitik je campur dengan minyak zaitun sapu kat otot yang sakit. lega! mirzal pernah sakit leher salah bantal pun aku suruh dia guna eo ni. 30 minit. gone! lega dia cakap..

 OSTEMATRIX SHAKLEE

one of the best sebagai makanan otot dan tulang. aku kalau start sukan je oste ni wajib aku amik. Lega sakit urat dan badan, pastu bangun tidur segar, tak malas. Khasiat oste ni banyak sangat. Mak aku pun pemakan tegar oste untuk sakit lutut, last week dia tambah omega pulak  untuk kusyen lutut dia. i love u lah mak! sangat pandai makan supplemen. disiplin abiss!

Aku kan breastfeed dak Hanan lagi, supplement pelik2 ni memang tak berani aku nak consume. Ostematrix ni pil kalsium. manfaat nya dapat kat Hanan jugak. dan yang pasti kesan dia sangat lah bagus. 

Dan disebabkan badan segar je telan 4 biji ostematrix malam tadi, maka nya bento pagi ni sangat lah melambangkan kerajinan dan kesegaran aku. ahahahahaha

Bento sihat
nasi goreng ikan bilis
Telur Gulung
Anggur


Mesti kael suka bento harini, sebab dia memang mintak nasi goreng dengan telur semalam, tapi harini baru mommy dapat buatkan. semalam bento simple je. 

ok lah. chowwww!

Facebook : Element Organik
Instagram : @elementorganik

Young Living Malaysia
Young Living Selangor
Shaklee Sungai Buloh 

No comments: