..::Wawa Yusoff::..: ..::Outing : Starship Galactica One Utama::..

Monday, September 18, 2017

..::Outing : Starship Galactica One Utama::..

💜ASSALAMUALAIKUM💜

-gambar google. phone low batt-

Semalam, ahad. 17.9.2017

Tak merancang pun nak outing. sebenarnya keluar nak cari kedai organic kat damansara dan sekitar. pastu terfikir kat OU ada macam-macam store terus lah lajak ke sini. lepas makan semua, terus cari dan pusing-pusing. penat jugak berjalan. park kat new wing, menapak sampai ke old wing dengan takde stroller, takde wrap, gigih bergaduh dengan Hanan.

Pastu nak masuk sini pun tak merancang jugak. Tapi mirzal dah janji nak bawak kael main cuma tak sebut kat mana, sekali dah lalu depan ni, kael macam dah taknak gerak, nak masuk dan muka dia sangat berbunga-bunga. Layan kan aje. 


Tengok lah kael, saited sangat muka tu. ni pun masa ni dah tak keruan mata nya melilau memandang merata. Kami semua sama-sama 1st time masuk kat sini. mak pak pun teruja nak explore.


tengok dak hanan ha, tak padan dengan kecik, meligat! Masa ni mirzal duduk bawah je jaga barang dan dia tak pakai socks. Hanan pun takde socks masa ni. naik kejap main, pastu staff situ suruh dapat kan socks jugak, ingat kan budak kecik cenggini tak perlu. hehehe. rupa nya semua wajib setokin!

So memandangkan aku yang naik jaga bebudak ni, peluh jugak lah badan melayan si hanan, dia taknak diam, kita ni risau tapi sebenarnya tempat tu sangat selamat, semua nya dibalut dengan span, memang kalau terantuk pun tak sakit dan tak merbahaya sangat.



kael, he's super eksaited!! berdesup aje budak ni, sekejapan hilang. langsung tak hirau mommy ayah dia, sibuk main tembak-tembak bola span ni ha. memang seronok tengok dia enjoy main kat sini.

Hanan, adalah 45 minit main pastu dia mentido! sabar jelaaaa... letih sangat gamak nya tu memanjat main slide bagai. Hanan pun nampak enjoy sangat. pastu tak risau pun dia nak manjat ke apa sebab tempat tu memang lembut dan selamat.

lama Hanan tidur, sempat lah mirzal pegi solat semua, kael pun kitorang biar je dia kat atas tu. pastu datang balik, Aku pi jenguk. mirzal jaga Hanan, tak lama pastu Hanan bangun sambung lagi main puas-puas. Dalam 4 jam jugak kitorang biar kan bebudak ni main katr situ. Puas!


alahai... tekedek2 tengok dia ha. geram! kat sini parent pun main sekali. aku bawak Hanan naik slide tu banyak kali. kemain suka budak ni. ngekek2! Nampak lah puas kael main, ajak balik pun dia ok je, tapi dia cakap nanti nak datang lagi "kael tukeeeeeee main kat sini..!" dia punya suka kemain panjang!

masuk je kereta 10 minit, kael pun pengsan. hehehehehe. letih dia! Hanan dah tidur tadi kan, dalam kereta dia meligat lah, selongkar makanan apa semua. paling dia suka Hokkaido tart. mujur beli 3, habis kat dia sorang. malam tadi, mami pun lembik. ahahahahaha. letih hoi...! menjaga bebudak ni kat tempat main tu, kita sekali letih! Tapi kebanyakkan budak kat situ maid jaga, parent pegi shopping. ada jugak yang anak dan 8-12 tahun macam tu parent tinggal je main, after 2 hours macam tu datang balik pickup anak. senang mak pak nya shopping. heheehe

STARSHIP GALACTICA
2nd Floor, 1 UtamaShopping Centre, 
New Wing

KIDS : RM 35
BELOW 1 YEAR : FREE
PARENT : RM5/EACH
SOCKS : RM 5
LOCKER : RM 5

Kalau dah tau memang nak datang sini, pakai stokin siap-siap, mak ayah yang nak naik tempat main tu walaupun pegi amik anak kat atas MESTI pakai stokin. kalau bawak handbag ke botol air ke tak boleh bawak naik atas, sewa locker simpan barang. kat bawah tu ada lah meja makan and mini cafe kalau ayah-ayah taknak naik boleh lepak kat situ jaga barang,


Ok. tadaaaa!!!
Bento harini kurang sihat sikit

Nugget
Ayam Goreng
Roti Choc
Anggur


Penuh Lunchbox diorang harini, Share lah dengan kawan-kawan ye. Mommy punya perangai addicted nak membeli lunch box dah sampai dah... huahuahua. Lunch box yang ada pun dah sendat-sendat almari lagi nak membeli. kehkehkeh!

Facebook : Element Organik
Instagram : @elementorganik

Young Living Malaysia
Young Living Selangor
Shaklee Sungai Buloh 

1 comment:

Chekgu Azrine said...

rajin sgt mak bt bento...nampak sedap plak tu