..::Wawa Yusoff::..: ..::Mood bento is back::..

Thursday, September 14, 2017

..::Mood bento is back::..

💜ASSALAMUALAIKUM💜

Ramai tau dah kot aku ni memang menggila sikit kat bento ni. siapa yang follow IG tau sangat lah kan. dulu rajin update kat blog bento tapi sekarang ni semua dah sekali kan kat sini. sesekali je update kat sebelah.

check out sini

Bento ialah bekal. bento ni bahasa jepun. sejumlah makanan yang disusun elok-elok. cenggitu lah lebih kurang. rajin sangat lah kau kan nak mendefinisi bagai. kahhh!!

Aku suka masak, SUKA tau. aku tak kata aku pandai. SUKA. so sedap ke tak sedap ke, kesah pulak kau kan?? ahahahaha. So far, mirzal elok je bina badan dengan masakan bini ketot dia ni. 

Selasa, aku sempat gorengkan kael nasik, sebenarnye tergerak nak bento sebab kael dan hanan dan pandai makan bekal, dulu kael ni picky eater sikit. payah nak sediakan bekal, sejak masuk sekolah dah macam-macam dia makan. so aku pun seronok nak bekal kan dia macam-macam. pastu lagi satu fokus nya MISI GAIN WEIGHT dak hanan conan tu.


Bekal 2, beradik.
kael : nasi goreng dan roti choc
Hanan : nasi goreng dan ciku.

kael bab buah tak pandai makan sangat. dia tau makan pisang dengan apple je, kalau pisang tu memang gemar dia sangat lah. dah jadi cekodok pun boleh hadap sorang. tapi kalau hanan, tolak batu kayu je. semua pun dia bedal. tapi tak tau pegi kemana. badan maintai metot cute2 comel je.



Yang ni bekal harini seperti yang di persetujui oleh kael.

Aku tanya dia semalam dia mintak nasi goreng lagi. Kemain, gigih sangat lah mak kamu ni kan nak mangkit hari2 goreng nasik.. bincang punya bincang, dia setuju telur + sosej. roti choc saje aku tambah kan bagi penuh bekal.

Hanan punya telur dan sosej aje. Sosej antara makanan yang PALING JARANG aku bagi anak-anak makan. alah, proses food kan, tak bagus sangat. tapi fries nugget tu semua ada je aku bagi cuma sosej ni yang paling jarang sebab masin. ntah, tekak aku ni kalau rasa sosej memang masin sangat. kalau bebudak makan selalu memang tak elok lah kan.

berat hanan dah 9kg dah. dari 7kg. but still border line. tapi improve banyak dah. aku start bagi Hanan meal shakes dah, yelah.. dak kecik sorang ni makan macam orang tua, nak rasa yang kuat, setakat sup sayur tu dia pandang sepi je, tapi kalau nasi dagang, kuah kari memang nalla sappadu!! Amma!! Laju makan nya!!


Meal shake aku bagi bukan tujuan nak naik kan selera anak, tak. Hanan takde masalah selera makan. berselera sentiasa, aku bagi sebab nak kan khasiat meal shakes tu sendiri, kalsium dan segala vitamin yang Hanan perlukan untuk membesar, maklum lah kan... mak nya ni culas sangat bab jaga menu makan anak, buah sayur pun kadang terlepas nak bagi. jajan.......... pon ada. huhuhu

Aci lah kan, pakai short cut.. meal shakes kan aje, sedap pun sedap... sihat pun sihat... hehehehehe

Facebook : Element Organik
Instagram : @elementorganik

Young Living Malaysia
Young Living Selangor
Shaklee Sungai Buloh 

No comments: