..::Wawa Yusoff::..: ..::Sport Day Mikhael::..

Thursday, August 17, 2017

..::Sport Day Mikhael::..

💜ASSALAMUALAIKUM💜


Anak mommy yang nombor 1 ni dah bujang sangat dah rasa nya. dah banyak paham nya. Biasa lah anak sulung ni membesar kan lain sikit feel nya tu. hehehehe. Semuanya yang pertama kalau dengan anak sulung ni.

13.8.2017 : Sport day Mikhael.

Awal pagi mommy dah kejut dia bagi breakfast semua. One thing yang aku kagum dengan kael ni, dia sangat mudah bangun pagi dan mandi pagi. tak pernah ada alasan dan tak pernah lah aku bercekau dengan dia soal bangun dan mandi pagi ni. Memang sejenis budak yang mudah di urus. in shaa allah sampai ke besar. amin.


Siapa ingat aku pernah cerita pasal event kael last year yang menangis tu? Aahahahaaha. kael ni memang lain macam penakut pemalu sikit. so aku agak nervous lah nak membiarkan dia berlari takut nanti sebab jadi macam tahun lepas [LINK]

pagi tu lepas dia siap sarapan, terus apply Essential Oil Envision ni kat dia. Kat bahu, kat temple, dan kat heart. pastu apply essential oil Joy kat belakang telinga dan wrist bagi mood happy


Ni ha dia, aku hantar straight sampai ke khemah. Dia terus duduk dan nampak sangat tenang dan Happy. aku cakap nak pegi duduk jauh pun dia angguk2 dan sangat ok. Alahaiii... sumpah sebak! ahahahahaha.


Lepas dia dah sukan, dah lari-lari aku pun bawak Hanan pi jumpa abg mika dia. Poyo ok, masing-masing jumpa berpeluk2 😂😂😂 Please lah anak2... baru beberapa minit tak duduk sekali. adoiiiii... Dak hanan terus mengadap muka abg tu, kael pun beriye tanya Hanan ok ke tak. Anak oiiii... ingat mommy tak pandai jaga adik ke...???? cet sangat tau kael ni 😂😂😂



kael punya sukan tok nenek makcik semua datang tengok. hehehehe. Nasib kakak aku ada. boleh gak layan-layan Hanan. Kadang tu aku rasa macam aku pulak yang bersukan. punya penat dok ngesah kan hanan. meligat hoi..! Tapi Hanan awal-awal dah ku tenyeh calming blend. so ligat dia tu ligat biasa, takde tantrum mengamuk yang bukan-bukan. dia mengantuk pun dia tak ngamuk.

Ni masa rest. bagi dia makan donut. Fav dia. Hanan masa ni mirzal tengah settlekan, dia yak-yak. kehkehkeh.


he did very well..!!

5 game. 2 johan.
Rumah hijau nombor 3 untuk keseluruhan. So kael dapat 2 trophy emas dan 1 medal gangsa + robot optimus prime. Dia sangat happy...!! 

Dak Hanan masa ni dah start nak nen, dah baring-baringkan badan, jenuh umpan dia dengan makanan lah, bola lah. Bertahan jugak sampai habis acara. hehehehe. Suka lah calming blend tu. Terkawal betul mood Hanan. Dari pukul 7.30 - 12 tghari dia tak tidur dan tak meragam. elok je.

masuk je kereta, dua-dua wassalamu. heheheh

and one for the album.

pen off.

= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = 


Facebook : Element Organik
Instagram : @elementorganik

Young Living Malaysia
Young Living Selangor
Shaklee Sungai Buloh 

No comments: