..::Wawa Yusoff::..: ..::Percutian yang Menyeronokkan di A’Famosa Resort::..

Monday, March 20, 2017

..::Percutian yang Menyeronokkan di A’Famosa Resort::..

🐼 ASSALAMUALAIKUM 🐼
Hai korang! Setelah penat lelah bekerja seharian, mesti korang inginkan masa untuk bercuti dan beriadah bersama keluarga kan? Cuti sekolah pun dah nak dekat, korang ada plan nak pergi bercuti ke? Bagi yang belum decide nak pergi bercuti kemana, apa kata korang bawak keluarga pergi bercuti ke Melaka.

This is because, there are so many interesting places yang korang boleh visit bersama dengan keluarga tau. Seperti di The Pirates Adventure, korang boleh bawa anak korang merasakan sendiri pengalaman menjadi lanun dan mencari harta karun, mesti korang dan family berasa sangat seronok sambil bermain, sambil mengeratkan lagi silaturahim antara keluarga bak kata orang.
Bukan itu je, bagi korang yang inginkan aktiviti beriadah sendiri bersama keluarga seperti main bola tampar, main layang-layang, berkelah dan sebagainya, korang boleh la pergi berkunjung di Dataran 1 Malaysia yang terletak di Pantai Klebang. Kat situ, korang dapat beriadah bersama keluarga sambil menghirup udara pantai yang segar dan meghayati keindahan pemandangan laut selat Melaka yang luas terbentang.
Ok lah, lepas dah berjalan – jalan dengan keluarga kat Melaka, mesti la nak rehatkan diri kan?
So, apa kata korang bawa keluarga untuk menginap di A’Famosa Resort.


Kat situ kan ada banyak tempat menarik tau, jadi kalau korang dah penat berjalan kat Bandar Melaka tu dan tak larat lagi nak msuk Bandar Melaka, korang boleh habiskan masa bersama keluarga dengan berkunjung ke tempat-tempat menarik yang ada kat dalam A’Famosa Resort tu aje. Terdapat pelbagai tempat menarik yang boleh dikunjungi di A’Famosa Resort, yang sesuai untuk korang bawa anak-anak pergi berjalan sama seperti Taman Tema Air A’Famosa, Safari Wonderland, dan Cowboy town.

Pada waktu siang korang boleh la datang bermain di Taman Tema Air A’Famosa, dan di waktu malam pula korang boleh ke Safari Wonderland untuk melihat hidupan liar seperti singa dan sebagainya, dan kalau nak lain daripada yang lain, korang boleh la singgah ke Cowboy town untuk melihat  Bukan itu aje, bagi yang suka shopping korang boleh la berkunjung ke Freeport A’Famosa Outlet (FAO), terdapat pelbagai jenis barang berjenama yang dijual pada harga yang murah, seperti Carlo Rino, Adidas, Nike, dan sebagainya.



Ok, berbalik kepada penginapan di A’Famosa Resort, ni dia ada empat jenis accommodation seperti A’Famosa Resort Hotel, Condotel, Villa, dan Villa’s Suite. Pilih aje yang mana bersesuaian dengan bajet dan kehendak korang. Bagi yang nak tinggal macam hotel biasa dengan jumlah yang sedikit, lebih baik anda menginap di Hotel A’Famosa Resort, kat situ ada berbagai jenis bilik daripada standard room sehingga lah ke Suites. Lain pula jika anda memilih untuk menginap di Condotel, berkonsepkan gabungan kondomium dan hotel, anda boleh membawa jumlah keluarga yang ramai kerana Condotel ini mempunyai ruangan yang luas dan servis yang diberi sebiji macam kat Hotel tu tau.



Begelumang memang syiok habiss!

My niece inas. alahaiiii... senang hati berenang ha :)

Selain itu, bagi yang datang dengan keluarga yang jumlahnya ramai, macam dua or tiga family gitu kan, korang boleh try menginap di Villa A’Famosa ataupun Villa Suite A’Famosa, Villa ni memang best tau, sebabnya ruangnya yang luas dan mempunyai private pool yang tersendiri. Beza antara Villa dan Villa Suite ialah tahap ke’exclusiv’annye tu, Villa Suite berkonsepkan Villa mewah yang terdapat pelbagai fasiliti seperti jakuzi, kolan renang, tempat barbeque dan sebagainya.

So, to know more about A'Famosa resort details korang boleh la try search at Traveloka, kat situ terdapat pelbagai harga yang menarik ditawarkan kepada korang. Bukan itu aje, kalau korang nak search penginapan yang bersesuaian dengan bajet dan cita rasa korang pun boleh try search kat sini tau. Baiklah, nampaknya masa telah mencemburui kita untuk berkongsi pendapat dengan lebih panjang lagi, jadi apakata luangkan masa untuk pergi bercuti bersama dengan orang yang tersayang, pasti hidup akan menjadi lebih bermakna. Akhir kata, rancanglah percutian korang agar ianya berjalan dengan lancar dan teratur. Selamat bercuti!
==============================
Bercakap pasal A'famosa ni kan, bungalow dia memang best! kitorang pernah buat family day lagi tau. gathering 8-9 keluarga serentak! memang syiok habis dan tenang. kawasan villa yang tak sibuk dan selamat untuk anak-anak main di sekitar bungalow dan In syaa allah memang ada perancangan untuk kesana lagi...!

see yah..!!!

3 comments:

Hernee Nazir said...

wah syoknya bercuti ke melaka..

- JOM JOIN GIVEAWAY MARCH BY HERNEENAZIR.COM -

Mister Zarif said...

Meriahhh.. Total harga semua brape kak?

Nurfarahin Zainuddin said...

rasa macam lamanya tak pergi bercuti. dapat g melaka pun jadilah!