..::Wawa Yusoff::..: ..::Birthday treat Roomate kesayangan::..

Tuesday, March 21, 2017

..::Birthday treat Roomate kesayangan::..

💜 ASSALAMUALAIKUM 💜


Entry yang paling berbung-bunga hati nak menulis. 
muehehehe.

Sejak kahwin lagi, aku memang save nombor dia as Roomate. idokler kekanda, hubby segala. Roomate aje. hehehehe.

Takde lah nak tulis pepanjang pun. kat FB dan IG pun dah post. Tanamkan kat dalam blog untuk bacaan akan datang kalau boring. Hehehehe.

Unplanned pun sebenarnya. EL sebab kael kurang sihat, tapi memandangkan dah 2 hari dia tak sekolah, mana boleh kan. pagi tu tengok kael ok, batuk dah kurang dan dia kata nak sekolah. Dah anak 2,2 pi sekolah maka panjang lah langkah mak ayah nya. hehehe

Memang takde plan apa pun tapi nak jugak ngedate dengan buah hati. so mirzal kata nak tengok Logan. ok, siap2 terus aku suruh mirzal pilihkan kasut. aku kalau dah buntu memang penyudah nya mintak pendapat dia.


Aku x tau lah dia dajal aku ke apa. 2 wedges aku susun, 1 converse and this one. 
Dan dia pilih sport shoes pink terang yg ini. Whatever yang, janji mata u happy tgk i 

Movie date & Couple seat 💜 
 Turning 34 and almost 6 years of marriage tapi u punya pemalu masih masyaAllah

Orang mesti pelik dengan caption aku yang begitu kan? hehehehe, Mirzal pemalu dengan aku. Pelik kan?? itu lah mirzal. hehehe. dia boleh handle crowd yang ramai, dia boleh jadi Emcee, dia pernah handle student, dia boleh karaoke dan apa sahaja dia boleh buat dengan jaya nya. tapi dengan aku??? Alhaii... dia sangat pemalu. susah aku nak cerita, tapi itu lah mirzal. heheheheeh

Mirzal....,
Doa orang, semoga diberi kelancaran hidup dunia dan akhirat.
Semoga sentiasa sayang kami seadanya
Moga terus dilimpahi rahmat dan rezeki dari allah s.w.t

u're a good husband to me
a good father to Mikhael dan Mukhriz
and of course seorang anak lelaki yang baik untuk mak ayah.

Kopi-kopi before logan. ☕☕

Sampai the curve pukul 11am, Movie Start pukul 12.30tghari. hari hujan. nak makan macam tak kena sebab baru lepas breakfast masa hantar kael, perut pun penuh lagi. So aku ajak mirzal lepak sini. Sementara berdua, masa ni lah nak rasa nikmat makan, ahhaahaha. dan lagi satu, aku rasa kalau bawak budak berdua tu makan dip n dip, lepas pada tu mesti tak jejak tanah memasing. sugar rush 😅

 Macam mana eh nak review pasal logan ni. Seriously tak puas hati lah.. macam tak kesampaian pulak cerita nya. langsung tak macam yang aku jangka.


Slow - Sedih - Ganas - Ganas - Ganas - Sedih 

Aku memang 3/4 daripada tayangan kerja aku pi toilet dengan sorok muka belakang bahu mirzal. sumpah ganas cerita ni, menyesal aku tengok. ahahahaha.

KAU RASA....????

Tapi haritu memang puas lah dating. keluar pukul 10am pukul 5.30 pm baru amik anak. Last dating tengok wayang masa mengandung kael. ahahaha. pastu baru ni lah dating balik dan perasaan tu masih berbung-bunga. alhamdulillah.


💜 YOUNG LIVING MALAYSIA 💜

Untuk Young Living pula. Aku bukak 2nd batch kutu Premium Starter Kit. 
So, PM aku untuk details ya 💗
📣📣📣 WHATSAPP 📣📣📣

1 comment:

Nurfarahin Zainuddin said...

alaaa..tengok gambar yang last tu pun dah ngeri nk tgk logan. haha. x mampu nak tengok cerita ganas2 ni, mlm nnt siapla mengigau.
btw, im a new blogger. kindly visit and follow my blog at rarasukahati.blogspot.com.
Thank you!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...