..::Wawa Yusoff::..: ..::koleksi bento kael yang tak sempat nak upload::..

Monday, February 20, 2017

..::koleksi bento kael yang tak sempat nak upload::..

🐼 ASSALAMUALAIKUM 🐼

Camtu ha tajuk entry.. huhuhu. tak sempat nak sembang weyyy. ala kadar jela aku cerita ye. nak aku cerita betul2 pun memang tidak lah aku nak ingat setiap kejadian. tapi yang pasti IG aku sempat update kalau pasal bento ni cuma kadang2 je terlupa hehehehe.


Bekas lego kuning ni memang kegemaran aku dan kael jugak.

aku suka bekas ni sebab macam senang je nak susun apa pun makanan. dengan size dia yang tak besar tak kecik. memang sesuai je untuk kael tak kisah lah isi apa pun, memang senang nak susun 



kael ni, dia ada satu masalah 😅  bekal dia sorang pun tak boleh usik walaupun makanan tu dia tak makan. hmmmm... Masa ni punya bekal, dia habiskan mee je., aku dah pesan, ayam kalau tak suka bagi kawan makan. Dia jawab, TAK BOLEH! Ni bekal mikhael. Balik sekolah, elok tegolek-golek ayam 2 ketul dalam lunchbox 😐 Mak nye ni nak ajar dia berkawan, sekali dia sikit pun tak mau kongsi.. Takpelah, awal lagi kot. Mikhael ni pemalu ya rabbi 😋


Yang ni Hanan punya. Si Hanan ni suka sangat spaghetti..!



nasi goreng dengan telur bunga-bunga.
So in love! Mikhael kan dia tak makan telur. susah payah kami ajar dia makan telur, langsung tak mau menjerit2. dah masuk sekolah ni, agak nya kawan-kawan kat sekolah semua makan satu menu yang sama dan ada telur, dia makannnnnn. Balik sekolah penuh bangga cerita dia pandai makan telur. Mommy pun seronok macam nak melompat. heheheh. Tu yang terus buat kan dia nasi goreng dengan telur tu. Balik sekolah tengok lunchbox, LICIN..!! Happy sangatttt!!! 

 Ni hanan punya. share menu dengan abang. Tapi Hanan punya egg sheet gulung2. hehe

Ini bekal cincai-cincai je ikut selera kael. Harini lagi cincai, malas nak cerita. 😝


💜 YOUNG LIVING MALAYSIA 💜

Untuk Young Living pula. Aku bukak 2nd batch kutu Premium Starter Kit. 
So, PM aku untuk details ya 💗
📣📣📣 WHATSAPP 📣📣📣

1 comment:

Farah Waheda Wahid said...

Rajinnya Wawa buat bento untuk Kael... akak? Ha ha ha... sebab Iman Firash tak berapa nak makan... masih dalam proses nak belajar-belajar suka makan... belum lagi buat bento untuk dia... mungkin tunggu usia dia 5 tahun nanti...