..::Wawa Yusoff::..: ..::Sesi persekolahan kael yang belum banyak cerita::..

Tuesday, January 3, 2017

..::Sesi persekolahan kael yang belum banyak cerita::..

🐼 ASSALAMUALAIKUM 🐼



Sepagi yang sibuk mengesahkan office, mengemas segala sampai berderap tulang belakang akak ni ha 😌 Biasa lah, awal tahun. Dapat aset belanjawan baru, nak menyusun lah segalah yang patut. dan jugak nak cari mood yang baru untuk tahun baru. 💜

Harini, Sesi persekolahan untuk Buah hati pertama kakwa. Muhammad Elman Mikhael b. Mohd Mirzal. Sumpah macam tak percaya anak mommy nak sekolah dah. Persiapan untuk 5 tahun ni tak seberapa sangat. Wan beli kan kasut sekolah sepasang, stokin dengan Beg sekolah. mommy tambah lagi sepasang untuk buat tukar2, kalau basah.



Sabtu haritu, amik gambar dia. sekolah nak. KakWa ni hati tissue. cepat je koyak berderai basah. ahahahaha. copy jela gambar IG. takde kederat nak edit2 dah 😃



Hasil nya. alahai muka tu.......... 
Jangan cepat sangat bujang boleh tak??? 😭😭😭😭😭

Haritu dah kemas bilik dia. Masukkan katil semua, nak ajar dia tidur sendiri. untuk malam pertama, terkebil-kebil mommy sampai 2 pagi. Tau-tau menitik air mata. Tak boleh jadi, bentangkan toto sebelah katil, gigih angkut kael bawak masuk bilik. ahahahaha. Mirzal mengekek2 gelakkan aku. bengong nih. 😝 Gelak kat aku, pagi aku bangun pagi elok tengok dia kat bawah tidur peluk kael. cettt!

4 tahun 8 bulan kael tidur dengan kitorang, dari katil queen satu dalam bilik, bila preggy Hanan tambah lagi satu katil queen untuk lebih selesa. berempat tidur tiap malam. sekali bila kael kena pindah bilik, ya allah......... lain sangat rasa. Lagi-lagi bila kael ni memang pesen tidur atas lengan aku. nanti dah lena baru mirzal alihkan tidur dengan dia pulak. see, kitorang memang tidur peluk2 kael, himpit2, rapat. bila tiba dia tidur sendiri, katil yang lapang tu terus jadi tak selesa. huhuhuhuh.

Throwback sikit lah. Screenshot je entry blog masa preggy kael.. huhuhuh.


Dia yang pertama. 
Yang pertama untuk segala-gala nya. 
Buah cinta pertama. 
Semua nya bermula dengan dia.

Harini belum mula sekolah. Khamis baru start. esok dengan Harini transit je yang bukak. So, harini tak boleh nak cerita sangat pasal kael masuk sekolah pasal dia ade dengan mommy ha. nak ngekorrrr juge pi opis 😁 

Nanti lah khamis kael sekolah rasmi pakai uniform semua baru mommy sembang habi-habis pasal anak teruna mommy no.1 yang pipi belobang ni 💕

===========================
"Modern Solution to Modern Problem"
..::Pengedar Shaklee Sg.Buloh::..
Pengedar Shaklee Sg.Buloh[LINK]
Ingin mencuba menjana pendapatan dengan shaklee??
Boleh PM saya di FBHealthy Life With Wawa Yusoff

1 comment:

Liyana said...

sob sob.. good luck Kael...
Faiq pulak 1st day tadika ok je.. tapi balik rumah mengadu "mata Faiq sedih masa kat sekolah tadi ibu"

Ibu pulak yg sedih mendengarnya sob sob

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...