..::Wawa Yusoff::..: ..::Melaka : Class DIY homemade product::..

Tuesday, January 24, 2017

..::Melaka : Class DIY homemade product::..

7 - 8 januari 2017

Kelas Homemade Product by Dunia Aura

basi tak basi punya cerita, nak tulis jugak. hehehehe

Mostly reader yang dah familiar dengan cerita-cerita aku kat blog ni dah kenal sangat lah beberapa homemade product, handcrafted dan organic yang berasaskan kesihatan untuk anak-anak (buat masa ni) so haritu, pegi melaka top-up ilmu dan belajar cara-cara buat vapor rub, balm dan losyen.

Aku dengan kakak aku pi study sama-sama. kael aku hand over kat mirzal dan Hanan aku bawak pi kelas. Mak bapak pun bawak sekali diorang berjalan. kelas start pukul 2 pm - 6 pm. input jangan cakap lah, sampai harini rasa ketat otak. non stop berfikir sampai nak muntah rasa. kalau otak ni ada suis dah lama picit bagi rehat kejap. ahahahaa.


Kami stay kat hotel sentral melaka. memang betul-betul tengah town. sangat best. nak pi mana-mana pun senang. malam tu dinner bawak mak bapak pegi Pak Putra cheesenan. Alah, orang melaka memang dah tau sangat lah dengan pak putra ni. korang kalau pegi melaka pun wajib eh singgah Pak Putra. waze je kat bandar hilir tu, confirm jumpa.

Tengok bapak makan bertambah pun dah cukup seronok dah. kena lah tu dengan selera dia, tak komplen banyak. hehehehe

Pusing nak balik hotel bapak kata awal lagi, kami pun ape lagi terus lah ke town. mana nak tau bapak yang nak berjalan, plan nye nak hantar je dia balik hotel, pastu merayap. sekali dia yang taknak balik. hehehe. lagi best la jalan dengan mak bapak


beca ni tak plan pun nak naik, tu budak seketul tu punya pasal sampai atuk nya ajak semua naik beca. gara-gara dia bersungguh tengok beca, eksaited tengok beca sampai taknak lepas pandang. mulut nya pun bising. maka, di turut kan aje lah si kenit tu punya kehendakkkkk........ 😐😐😐

Beca pokemon kael yang pilih. syiok jugak merayau melaka malam-malam. meriah kat dataran taming sari bawah tu.

 

pagi ahad, layan anak-anak swiming dulu. tu pun anak si mam inas cium frame pintu sekuat-kuat nya, betelur terus dahi. 


Check-out terus ke batu berendam cari coconut shake, sekali tengok ade keria. bukan keria viral, tapi sedap juga. dah alang-alang depan mata beli jela kan. buat rasa orang kata. hehehe


Dak hanan ni kalau makanan memang tak boleh lambat sampai mulut, menjerit sokmo. macam mommy catu pulak makan awak kan? walhal, dia dengan mommy dia lagi banyak makan 😁

sampai sungai buloh terus cari lunch yang senang dan tenang yang kael dan hanan pun boleh makan. pegi lah Callista butik and Cafe kat rahman putra, ade tempat main jugak untuk bebudak tu, so mak kenyang, anak tenang. gitu konsep nye haaa..

So....... this is it.

|
|
|
|
|
|
|
|
V

Tapi buat masa ni aku focus dengan oil.

calming blend
cough blend
sinus blend
focus blend

untuk product balm korang boleh contact kakak aku terus. 

maria yusoff : 019-2339019


1 comment:

LYAfrina said...

usaha tangga kejayaan.
moga trs sukses

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...