..::Wawa Yusoff::..: ..::Elman Mikhael : Sekolah dan bento::..

Monday, January 9, 2017

..::Elman Mikhael : Sekolah dan bento::..

🐼 ASSALAMUALAIKUM ðŸ¼

Seminggu lepas, kesah persekolahan. Tak banyak boleh update sebab kael punya sekolah start hari khamis. pastu weekend sibuk ke melaka pulak. ni baru lah nak sembang pasal sekolah.

Tipikal mommy, anak sulung. of course lah excited tu macam semua orang jugak. perasaan yang cuma mak-mak aje yang paham. 

Anak lelaki yang bin Mohd Mirzal ni sangat lah kacak di mata dan hati mommy 💜

Mikhael, aku hantar tadika Islam. memilih sekolah kael ni tak susah mana pun sebab...sebab... sebab.... aku kan suka caras mirzal. ahahahaha. so, camni aku cakap, dia ikut je. or MESTI ikut. ahahaha. Excuse me, bukan queen control tapi bab anak-anak mirzal lagi selesa aku yang buat keputusan. dia pernah cakap, baik untuk aku, baik untuk anak-anak, baik lah untuk dia.


Tapi idokler aku ketepikan dia... TAK. bincang tu tetap bincang, fees and all that. tapi paling penting aku cuma mintak kat mirzal nak sekolah yang dekat dan senang aku urus anak-anak sebab mirzal kerap outstesen. jangan kerana yuran murah tapi nun jauh aku nak pikap Kael pastu Hanan lagi, memang bini ko hijau yang 😂😂😂

Dan satu lagi semua mak pun nak yang paling baik untuk anak dan memandangkan kael ni agak speech delay dan dah 5 tahun pun dia masih pelat, pegang pensil pun belum betul. Tapi bab huruf dan nombor dia memang cepat. Jadi, aku memang berkeras kat mirzal untuk Hantar sekolah yang boleh bantu dia untuk lebih bagus bab penulisan. Biar lah lebih sikit belajar tu janji kael tak tertinggal. maka nye, sekolah baju purple lah yang kami pilih  ðŸ’–

Bento, mommy usahaka jugak untuk si abang ni sebab dia fussy eater. Bekal kan jugak untuk dia minum pagi, kalau sarapan sekolah dia tak berkenan at least perut dia terisi dengan bekal yang mommy sediakan




Pastu, bekas lego tu tak balik. pagi tadi baru mintak kat cikgu. moga selamat sampai ke tangan mommy petang ini 😂

Ini pulak pillow talk dengan kael malam tadi. hantar report kat group untuk makluman nyai(nenek) dia. hehehehe


Dan mommy pun menurut perintah... maka... sendulah bento kael pagi ni tanpa food pick.. nak upload pun malu... ahahaha. tapi, upload jelah! 😝


kepala lego kat roti tak berapa nak bulat sebab pakai saki baki roti je. membazir kalau tak guna habis. ok lah, untuk esok nanti mommy fikir kan yang lebih elok.

RM 37
Focus blend ni hari-hari ku tenyeh kat kael

Ni hasil nya, nampak kan muka nak nangis??

kael ni pesen nangis teruk jugak, aku memang get ready je dia nangis keras-keraskan badan taknak sekolah. TAPI........... dia ok, aku nampak dia ok. Dia nangis, lap-lap air mata tapi sikit pun tak keluar suara, cikgu amik dia boleh ikut dan takde keras-keras kan badan. Dalam Focus blend ada Orange yang membantu boost up happy mood dan tenang. Alhamdulillah, hari ke-3 mommy boleh bagi double thumbs up kat kael. tak nangis dan bila kami lambai nak pegi kerja dia boleh angguk2 je 😗😗

Buat masa ni, ikhtiar aku dengan Young Living untuk anak-anak, banyak sangat membantu diorang untuk menjadi lebih baik dalam kelakuan dan kesihatan. young living adalah minyak terapi yang membantu memberi kesan kepada saraf-saraf dalam badan untuk bertindak dengan lebih baik. 


..::Membership Young Living : Premium Starter Kit::..


===========================
"Modern Solution to Modern Problem"
..::Pengedar Shaklee Sg.Buloh::..
Pengedar Shaklee dan Young Living Sg.Buloh[LINK]
Ingin mencuba menjana pendapatan dengan shaklee??
Boleh PM saya di FBHealthy Life With Wawa Yusoff

No comments: