..::Wawa Yusoff::..: ..::Hanan Birthday Bash & Kek Super Sedap JurJueMat::..

Monday, December 5, 2016

..::Hanan Birthday Bash & Kek Super Sedap JurJueMat::..

.ASSALAMUALAIKUM.


Happy 1st birthday Baby Hanan.

Budak banyak akal badan meliut2 tak reti duduk diam ni 😂 
Sebenarnya takde merancang sangat pun nak buat birthday bash ni sebab rancangan asal 3 disember 2016 tu nak buat kenduri aqiqah, doa selamat terus. Sekali bapak tak berapa sihat sangat. Cancel semua majlis bagi bapak sihat betul-betul

maka nya seminggu sebelum bithday dia terus terpikir nak buat kat sekolah je macam aku cerita last entry [LINK] Aku terus mesej kak ina tempah roti untuk goodies anak-anak baru aku mesej mirzal bagitau nak buat majlis untuk Hanan, mohon sedia budget untuk goodies dan menu untuk pengasuh. yang lain is on mommy. selalu pun buat perangai macam ni, caras mirzal. 😝

Untuk majlis ni kami tak join. just let them celebrate with teachers and friends. mommy tunggu whatsapp dari kejauhan je. hehehe

Hanan Mukhriz & Hana Milliya

kalau korang ingat, hanan pernah dapat pasangan paling serasi kat taska 😆 ni lah awek Hanan. Nama pon lebih kurang. [LINK]



Anak mirzal & Anak Wawa
kitorang memang tak share anak. Ahahahaha.

Kael ni birthday adik dia yang over, feeling sangat tu birthday dia. Dari malam masa amik cake lagi tau dia asik claim esok birthday dia. Haru.


Followers IG dan FB tau lah kejadian segala persiapan ni kan. hehehe. Roti comel cute miut tu aku tempah dari kak ina. baker kegemaran. memang aku direct mintak kat dia roti keju buat size singgit. ahahaha. takde aku tanya berapa harga, aku pulak yang suruh dia buat roti ikut harga aku 😅

Goodies untuk kawan2 Hanan. No jajan2. Air kotak tu pon pilih soya. Tu pon dah rasa bersalah sangat dah bagi anak orang process food. 
Roti keju tu cikwa tempah homemade lagi tau dari kak lina bam bam @eina_azalihehehe. Bukan kilang mariiii.
Kita nak bagi anak orang makan, sama macam anak kita jugak. Taknak lah jajan merepek. Nanti ada pulak mak2 yang tak bekenan. So kita kita jaga sama2 😘

 KEK HANAN..!!


Ya allah.... tengok pun tau sedap kan.. 1st time ni aku tempah kat si adik manis anak dua Juhana Rashid. mohon bukak IG tu. semua dia punya makanan orang puasa kalau tengok pun boleh batal. ahahaha. sedap weyyyy! 

Pecan Butterscotch aku tempah untuk hanan dan kawan-kawan. 10' punya size dan sangat tinggi. Aku siap pesan kat ticer lagi tinggalkan sepotong untuk aku. nak rasa! perangai buruk siku. kah3! Tapi memang sedap! lembut gebu cream tak muah. Rm 100 je. super puas hati. Untuk ticer kami tempahkan mee rebus.

Total burst untuk majlis kecil ini
Kek : Rm 100
Roti : Rm 70
Air Kotak : Rm 54
Mee Rebus : Rm 48
RM 272

jimat banyak daripada nak buat kat rumah. lagipun Hanan bukan paham ape pun. Kalau tengok video dia pun kael yang seronok lebih, dia terpinga-pinga. orang nyanyi kat dia, dia tau tepuk tangan je.. hehehe. cute sangat! cepuk kang!

TQ untuk semua ticer Hanan dan Kael tolong uruskan majlis Hanan. and of course kael yang paling happy. balik cerita beriye dan dia faham yang itu birthday adik dia. tak macam malam sebelum tu asik ulang-ulang birthday dia.


"Modern Solution to Modern Problem"
..::Pengedar Shaklee Sg.Buloh::..
Pengedar Shaklee Sg.Buloh [LINK]

Ingin mencuba menjana pendapatan dengan shaklee?? 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...