..::Wawa Yusoff::..: ..::Asik sakit je? Normal lah,Kita bukan Robot::..

Thursday, December 8, 2016

..::Asik sakit je? Normal lah,Kita bukan Robot::..

🐾 ASSALAMUALAIKUM 🐾

3 harini Hanan demam, sepanjang kat office memang tunggu je report dari ticer. Demam budak nak besar. Dah setahun. Tengah galak nak jalan. Semalam bila ticer wassap suhu Hanan naik sampai 39.1, fuh. Tanjat acik ha.



Memang dok mengesah kan dia jela malam tadi. Merengek meragam sikit. Asik-asik nak marah. Cute sangat lah tu marah-marah. Pagi ni bangun pagi dah tonsil aku pulak bengkak, badan Hanan masih Hangat. Terus siap-siap pegi klinik.

Sampai klinik, Hanan elok sihat walafiat, suhu aku pulak yang kemain tinggi. Dah kenapa? Huahuahua. Tapi memang pun, tonsil kalau bengkak memang boleh jadi demam, dan tekak aku dah luka pon. Kahak pun sangat pekat dan hijau.


Semua ubat mommy!

Hanan seketul ubat pun takde sebab dia memang sihat walafiat. Kemain cepat dia transfer sakit dia kat mommy. Ubat kemain meriah. Demam + tonsil bengkak + kahak + bisul kat kaki + macam2 lagi. Gitu lahhhh.... badan dan otak terlebih kerja gamak nya. Gangguan kesihatan tu perkara biasa. Tanda nya kita manusia normal. Hehehehe.

Tadi mirzal terus bawak pegi breakfast, belikan siap-siap bubur kosong dan sup untuk Hanan. Mommy betul-betul kurang daya nak berkungfu kat dapur. Hanan pon dah lena, moh ler mommy join dia.. rehat sama-sama, sihat sama-sama.

I love u baby 😘😘

posted from Bloggeroid

No comments: