..::Wawa Yusoff::..: ..::Resepi Potato Lasagna Versi Baby::..

Thursday, November 24, 2016

..::Resepi Potato Lasagna Versi Baby::..

.Assalamualaikum.

curi masa jap update lasagna Hanan Conan ni.
Resepi paling senang campak2

punca utama buat lasagna ni sebab macam dah boring asik masak kan bubur dengan sup je untuk Hanan. Kalau nak tengok solid food dia pi jenguk kat Album FB. besepah makanan Hanan.

2 Album yang paling aku sayang kat facebook aku tu. Food Hanan dengan bento kael. Album public. boleh je korang nak tengok. cari je Fb aku Wawa Yusoff. feel free to share album makanan tu untuk rujukan sendiri or kawan-kawan korang.


ini jela ha bahan nya. untuk baby. haruslah homemade semua nya.

carrot sebatang (potong)
Kentang 2 biji (potong)
Dada Ayam seketul (cincang halus)
Bawang merah 1 biji besar (blend)
Bawang Putih 3 ulas (blend)
Tomato 2 biji (blend)

Tumis bawang merah + bawang putih
Masukkan ayam. sampai masak
masukkan serbuk ikan bilis untuk perasa
masuk kan tomato yang dah siap blend.

kacau sampai masak. 
(aku letak garam sikit sebab tomato tu masam giler. nak ikut boleh taknak ikut sudah. jangan kecam)


bechamel sos.

Ewahhhh! siap ade bechamel sos!! tak susah pon. senang je. aku cuma guna susu duth ladysekotak kecik + cheddar chese. panaskan susu api perlahan, masukkan keju dan kacau keju sampai cair.




TARAAAA...!!!


mula-mula aku susun kentang dulu
pastu sos merah nye
tabur carrot
sos putih
pastu ikut balik step atas.

aku buat 2 layer je. final touch parutkan mozarella dan taburkan daun sup. 
Bake at 200' degree @ 10minit 


YUMMY....!!!!!


Sedap weyyyy!!! aku sendiri curi-curi makan lasagna Hanan ni. lagi sedap sos tomato buat sendiri ni dari beli yang prego tu ha. serious sedap. dan segar. yela...dah buah nye ko blend sendiri. of course lah lagi sedap dari process food.



Licin Hanan makan! suka dia rasa masam2 sos tomato dengan masin2 keju tu.

Hanan Conan anak mirzal yang takde muka mirzal. apek! hehehehehe



=================================
HANTARAN KAHWIN SKINCARE SHAKLEE
Boleh layari entry ini ----->[LINK]
=================================

"Modern Solution to Modern Problem"
..::Pengedar Shaklee Sg.Buloh::..
Pengedar Shaklee Sg.Buloh [LINK]

Ingin mencuba menjana pendapatan dengan shaklee?? 

2 comments:

MisDiarios said...

wahhh boleh try buat kat anak sedara ni

amal said...

Rajin sgtt mami