..::Wawa Yusoff::..: ..::Rawatan Gigi Murah di Klinik Kerajaan ::..

Monday, October 31, 2016

..::Rawatan Gigi Murah di Klinik Kerajaan ::..

.Assalamualaikum.

Cerita basi tapi nak sembang jugak. 
kalau rajin cari video kat youtube nanti aku tepek sini.



last week. Treatment gigi kat KK sungai buloh. Mula2 pegi last month untuk tampal gigi. tapi doctor review gigi aku kena scalling (tahap wajib) pastu ade 2 seketul gigi nak kena tampal. jadi dapatlah appoinment untuk treatment tu. bahana orang penakut dentist ni sekali pegi bersusun treatment ko kena buat. padanlah muka. ahahaha.

OK. ni LINK video procedure yang aku buat haritu

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=495606207300182&id=281123158748489

Aku tak pernah cuci gigi. TAKUT. aku sangat takut dengan dentist. Memang seboleh2 nak elak. last aku buat treatment gigi operation kat hospital sungai buloh masa 2008. 6 ubat bius. tapi sedar. terang2 depan mata tengok doctor jahit gusi yang kena operate tu. memang tak rasa sakit ape lah pon. tapi petang tu bila dah habis ubat bius memang sakit menggila menitik air mata. sekian untuk cerita lapan tahun lepas.

Tapi dah beranak ni, dah merasa sakit macam2, setakat gigi pedahal? Riak sangat ni. ahahahaha. 

Haritu dah sakit sangat gigi nak makan pon tak boleh pi lah jugak serah diri nak tampal. ok. selesai semua nya dan datang lagi last week untuk tratment cuci dan tampal. sekali doctor terus cakap kat nurse untuk buat Composite Treatment dan dengar Nurse cakap "Wow". aku ingat ape benda biarkan jela. dah selesai cuci doctor cakap dia nak buat gigi aku tengah yang ade gap tu. Gap tu jadi sebab gigi aku berlubang teruk sampai nak jadi rongak dah. ahahahah. huduh. so eksaited bila doctor kata dia nak buat walaupun aku tak tau ape benda doctor nak buat sebenarnye. Rela je menganga. hehehehe


 Bila dah siap tengok gigi i is kagummmmmm!!!

Nah, sengeh lebar takde pon lobang2 kat tengah gigi, kalau tak, sumpah segannak senyum. Aku tak tau pulak kat KK ade treatment canggih senggini.

Total treatment aku Scalling, Tampal seketul gigi dan composite treatment hanya RM 6 SAHAJA

Procedure aku buat ni atas cadangan doctor sebab gigi aku dah rosak. Tapi untuk beauty/cosmetic treatment KK buat atau tak korang kena refer dulu ye. Pi walk-in KK dulu dapatkan consultation elok2. jangan memandai korang je pi suruh doctor buat. hehehehe

Yang penting, 2 hengget aje untuk treatment cantik itu. ku suka! kalau pi private mau cecah ribu2.

=================================
OMEGA GUARD SHAKLEE
Boleh layari entry ini ----->[LINK]
=================================

"Modern Solution to Modern Problem"
..::Pengedar Shaklee Sg.Buloh::..
Pengedar Shaklee Sg.Buloh [LINK]

Ingin mencuba menjana pendapatan dengan shaklee?? 

1 comment:

Liyana said...

banyak betul penjimatan nih. terbaik!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...