..::Wawa Yusoff::..: ..::Early Dinner @ Secret Recepi::..

Wednesday, October 12, 2016

..::Early Dinner @ Secret Recepi::..

 .Assalamualaikum.

Cerita lama. 2 minggu lepas. Balik kerja, hujan lebat tak lebat dan macam biasa bila petang2 gini perut pon lapar. Amik anak2, si kael dah berzikir "aek nak makan kek" aku pon tetibe macam dah lama tak makan kat secret recepi ni. Last makan masa habis pantang Hanan. ni Hanan dah 10 bulan baru pegi lagi

Secret recepi bukan favorite kami laki bini sebab setiap kali datang sini mesti tak tau nak makan ape. Tapi yang pegi jugak tu tak tau lah kenapa nye pon kan? Sampai je aku mcm biasa bukak menu dari kulit sampai kulit tapi order tetap Chicken Cornish original. ye, Setiap kali nye ponnnn... ahahahaha. gedik lagi nak selak menu. itu jugak menu nya takde penambahbaikan atau makanan tambahan. yang bertambah hanya lah harga. kan dah membebel


ko tengok si kael punya peghak nampak air krim membukit cenggitu. gemar sangatlah dia. tu air mirzal. aku order hot chocolate with marshmallow. boleh tahan ek harga SR sekarang. aku rasa baik makan Kenny Rogers lah lagi kenyang. sekali lagi aku merungut. Aahahaha. untuk kael fries sepinggan. dah itu mau nye. 


Si kecik ni sama naik makan fries. Chicken cornish aku pun dia layan. siap tepuk2 meja kalau lambat suap. food dia tak bawak. yelah, dari taska terus gerak ke sini. mana ade bekal untuk dia. Mirzal order Mee Udang. ok lah rasa cuma tetap tak kena tekak aku. Mee Udang warung lagi sedap.

Hari pun nak dekat maghrib, moh ler balik. Total Bill Rm 58.30. Tanjat acik bayar. Macam tu harga secret recepi sekarang untuk 2 cawan air, semangkuk mee udang, seketul chicken cornish dan sepinggan fries. Last aku makan takde lah sampai cenggini harga. Takpelah, secret recepi. kita clash!

bye.

=================================
OMEGA GUARD SHAKLEE
Boleh layari entry ini ----->[LINK]
=================================

"Modern Solution to Modern Problem"
..::Pengedar Shaklee Sg.Buloh::..
Pengedar Shaklee Sg.Buloh [LINK]

Ingin mencuba menjana pendapatan dengan shaklee?? 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...