..::Wawa Yusoff::..: ..::Trauma dengan TASKA::..

Wednesday, September 14, 2016

..::Trauma dengan TASKA::..

.ASSALAMUALAIKUM.

Masa nak hantar Hanan kat Taska, aku kan, rasa nye macam dah sampai satu tahap mental kot. Ahahahaha. Asik teringat-teringat je pengalaman taska kael dulu. Lagi nak habis cuti lagi lah aku takut. Memang pengalaman letak kael kat taska masa umur 3bulan tu memang boleh buat aku trauma tak sudah sampai ke Hanan ni ha. pernah kan aku sembang dulu pasal kael. [LINK]

Punya takut anak tak serasi, aku letak awal. Rm 150 untuk 5 hari. semata-mata untuk pastikan dia serasi ke tidak. 1st day aku letak kat dia duduk rumah serba tak keruan, takde geng golek2. Pukul 2 camtu aku nak pi amik dah. macam kesian nak tinggal lelama. kata nak test kan. Pastu auntie taska kata dia tidur. Ok lena. nangis2 tu biasalah kan... budak dah biasa ngempeng. Aku pon balik la rumah balik without Hanan. Masih risau. tak sabar nak tunggu petang. Bila amik dia petang tu dia buat muka happy.


Mommy lah manusia yang paling Happy tau tak! Lega sangat tgk Hanan happy. Tapi, ku belek setiap inci. ahahahaha. Gila. aku trauma ok. trauma. aku semua serbi takut. Sampaikan corak nangis dan gelak dia pon aku perhatikan. Mak saiko jadinye. kah3!

Dan sekarang ni dah lebih 6 bulan Hanan Mukhriz kat taska GKCC. Dia happy sangat. Mommy ni asik mendengar report dia ajer. Dulu dia suka nangis. asik2 nangis. paksa diri dia menangis sebab nak duduk atas pangku. Sekarang auntie taska kata kurang nangis dah. Tapi membuas!! Aisehhh..bikin malu mommy lah awak ni diknan. Cer tunjuk perangai molek2 sikit.

Bila dah ade anak ni, memang kena peka lebih. Hanan dah melasak, kael pulak kerja nye asik nak angkat adik. Korang kalau tengok dia melayan adik memang boleh tecabut urat jantung. Macam anak patung je dia buat adik tu. Di angkat2, di tarik2. Yang adik pon sengeh je tayang gusi. 

So far, sejak kael umur 3tahun dan Hanan umur 3 bulan 2 beradik ni serasi kat Taska sekarang. even aku sendiri pon serasi. Pengasuh baik2, boleh ajak sembang. belum lagi lah aku jumpa menyombong tak bercakap. Tapi jangan lah ko expect pengasuh boleh membelek anak ko dari hujung rambut sampai hujung kaki. Budak yang nak dijaga bukan anak ko sorang je. 

Kekadang Kael dengan Hanan ni pernah je balik sarung baju orang lain. Dalam beg dia pon ade baju kotor kawan yang lain. Selalu kalau terselit baju kotor tu aku basuh kan aje terus. hehehehe. Pernah bukak beg ade baju sepasang baju tidur kaler pink. Tanjat mommy! Anak mommy boboi ok. Rupanya baju Hana Milliya. girlfren Hanan, teman tapi menangis. ahahahaha. Ramai sangat anak nak dibela sampai auntie taska pon dah confuse.

2 minggu lagi 10bulan. Cepat jalan dik. 
Nyai kata mommy masa umur 10bulan dah jalan.

Ok, nanti kita citer lagi. Mommy nak siapkan photobook Hanan yang tak siap2 lagi. adoiiii... Rindu sangat kat dua beradik pipi belobang ni.

=================================
Shaklee untuk Zika Virus
Boleh layari entry ini ----->[LINK]
=================================

"Modern Solution to Modern Problem"
..::Pengedar Shaklee Sg.Buloh::..
Pengedar Shaklee Sg.Buloh [LINK]

Ingin mencuba menjana pendapatan dengan shaklee?? 

1 comment:

Yana Libra said...

baguslah dapat taska yg ok :D