..::Wawa Yusoff::..: ..::Resepi Homemade SHELL OUT yang mudah::..

Thursday, August 18, 2016

..::Resepi Homemade SHELL OUT yang mudah::..

HAI KORANG.. :)


cerita shell out ni masa raya ke-4 haritu buat sama-sama kat rumah MIL. Rancangan asal untuk shell out ni sebab nak celebrate anniversary parent in law + birthday MIL. Si ateh yang nak buat nya, aku ni menyebok je. bukan ade pengalaman pon. Tetibe macam suka pulak nak sibuk sama2. hehehe. Kitorang tak bentang letak atas meja sebab malas nak kemas. letak dalam dulang gini senang nak angkat kalau tak habis. pastu bukan boleh duduk makan serentak sama2. tak muat meja. ramai.


Aku sukarela hati nak masak salted egg chilli crab, BBQ sos dan sayur. Jangan ko ketawa, memang aku amik yang senang2 ajer. ahahahaha. Ateh masak sotong goreng tepung, creamy butter prawn dan jagung rebus. Air tembikai mak mertua yang buat. superb giler air tembikai kalau MIL buat!

Salted Egg Chilli Crab

Bahan - Bahan :

8 Ekor ketam Potong 2
2 Biji bawang besar *
10 ulas bawang putih *
2 Inci Halia *
2 Sudu besar Cili Kisar
2 Biji Telur Asin
Kicap
Garam
Gula

Cara - Cara :
Telur asin direbus sehingga masak dan hancurkan. -ketepikan-
Gaul ketam bersama garam kunyit dan goreng -ketepikan-

Kisar semua bahan (*)
Tumis Bahan kisar dan Cili sehingga pecah minyak
masukkan garam, kicap dan gula secukup rasa
masukkan telur asin yang telah hancur
masukkan ketam dan gaul sebati.

Siap!!

Creamy Butter Prawn

Bahan - Bahan :
Udang 
Minyak untuk menggoreng 
3 ulas bawang putih - dicincang*
6-8 tangkai cili padi - dihiris*
5 tangkai daun kari
1/4 cawan susu cair
Sedikit butter/margerin untuk menumis
Sedikit serbuk lada hitam/putih - jika suka
Garam secukup rasa

Cara - Cara
Goreng semua udang -jangan sampai overcook-
Panaskan butter/marjerin
Tumis daun kari sehingga naik bau
masukkan bahan (*) dan tumis hingga masak
Masukkan susu, garam, lada sulah dan gaul sebati
masukkan udang yang telah digoreng.

Siap!!

*yang telur atas tu tak jadi. dah rupa cekodok. ahahah. cuba lagi ye teh :p

Steam Sausage & Veggie

Untuk sayur dan sosej aku guna kaedah steam. broccolli, kobis bunga dan sosej. 
makan dengan sos lada hitam dan lain2 lauk. 

Sotong goreng tepung kitorang guna tepung tempura spicy je. brand aku tak ingat. tapi sedap!

Semua food ni, makan sampai melopong punya sedappp!!

Dan percayalah, Jimat weyyy buat giniii..!
Jimat dan kenyang sangat sampai ke malam!!

Memang rezeki la tetamu yang datang haritu. dan untuk hidangan semeja gini kami satu family 11 dewasa dan lebih  kurang 5 kanak boleh makan, tetamu ada dalam 3 trip pon dapat merasa. memang seronok.. kenyang weyy.. kenyanggg.

Ateh, Jom repeat! hehe.

=================================
KENALI OSTEMATRIX 
Boleh layari entry ini ----->  [LINK]
=================================

"Modern Solution to Modern Problem"
..::Pengedar Shaklee Sg.Buloh::..
Pengedar Shaklee Sg.Buloh [LINK]

Ingin mencuba menjana pendapatan dengan shaklee?? 
Boleh PM saya di FB Healthy Life With Wawa Yuso

4 comments:

Maman Reen said...

Salam ukhuwah.. Reen follow blog wawa. :D Waaaaa banyaknya menu makanan. Untuk berapa orang ni?

YieN said...

Wahh, best jugaq ni :)

Mama Darwiish said...

Menarik sgt, lebih jimat masak sendiri kan...lebih kepuasan

Cikna said...

Shell out camni kemas sikit,blik kg ti blh buat kot,my paksukn nelayan so blh dpt free je seafood ni,hehee...;-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...