..::Wawa Yusoff::..: ..::Berbekal dan Spoon Feeder::..

Wednesday, August 3, 2016

..::Berbekal dan Spoon Feeder::..

.ASSALAMUALAIKUM.

Dah lama sangat rasa nya tak update cerita bekal ni. Blog bento [LINK] aku pon dah banyak ter'abai. semua segera update kat IG je. Ni aku rasa tak daya dah nak manage banyak blog. semua lah aku sumbat kat sini kecuali shaklee. Shaklee wajib blog asing [LINK]

Tak kesah lah hari-hari kalau aku update bento kat sini pon, malas dah nak maintain banyak blog. tapi blog bento tu aku tak tutup lah. biar lah seadanya disitu. banyak gambar boleh jadi sumber idea kawan2.

Aku memang suka bawak bekal. Suka sangat sebab rasa puas makan air tangan sendiri dan jimat. Ala, bekal aku pon bukan bawak nasik minyak pepagi. Food simple asal kenyang je.

Ni semalam. banyak masa bangun awal pagi. Stok makanan pon banyak dalam peti ais.
Buat untuk diri sendiri je sebab mirzal ade jamuan raya kat offcie.

Burger sihat. Penuh Salad. Siap ade mozarella cheese, sos thousand island dan sos cili. slurrpp..!

Yang ni bekal kael. Favorite dia ni. Roti Chocolate spread + Twiggies coklat

kael dah pandai bento. dah besar kan, semalam masa aku bagi bekal ni sebelum keluar rumah dia cek dulu. Senyum angguk2. Setuju lah tu bekal dia. comel je awak ni abang. Bila tgk dia macam tu semalam aku rasa macam bersalah sangat dah lama tak buat bento untuk dia. In shaa allah mommy usahakan utk bento semula ye abg..

Bekal Hanan. Bubur Kosong + Ikan + Broccoli. tabur sikit serbuk ikan bilis. 
Puree manggo untuk makan petang.

 Menu yang sama untuk harini jugak sebab auntie taska kata Hanan makan licin! Solid food Hanan jarang aku update. Tapi macam nak update selalu memandangkan masa kael dulu kemain aku share segala resepi. Tapi kan, untuk Hanan ni aku banyak blur la. banyak sangat! Aku banyak terpinga2 taktau nak masak untuk apa untuk dia. Salah satu faktor nya sebab fridge penuh dengan EBM. Nak simpan frozen solid food macam terbantut sikit. so aku kena masak hari2 untuk dia. tu yang bila hari-hari kena pikir nak masak ape aku jadi pasif sikit otak ni. hehehehe. tapi yang pasti setakat ni semua food Hanan sangat yummy mommy masak tau :)

Gift dari BabyWrap by Makyang

Aku kan ade share pasal Baby Wrap by Mak Yang ni [LINK]. Aku pon share lah dengan Mak Yang sebagai satu rasa happy dan puas hati dengan produk dia. Tak sangka pulak dia terus mintak address. Rezeki Hanan. Isnin dapat dah parcel dari Mak Yang. Hanan dapat sepasang spoon & Fork & Food Feeder. Both Brand Fisher Price.


Hanan dapat warna oren. Suka lah feeder ni, Senang bagi anak makan. Tak payah mangkuk segala. Masuk je dalam bekas tu, picit je ikut keperluan. nanti dia keluar kat sudu tu terus boleh suap. Kalau travel best  ni. Senang nak bagi anak makan kalau dalam kereta. Nak kena travel ke camne ni? hehehehe.

=================================
PROMO SHAKLEE : OGOS 2016
Boleh layari entry ini ----->  [LINK]
=================================

"Modern Solution to Modern Problem"
..::Pengedar Shaklee Sg.Buloh::..
Pengedar Shaklee Sg.Buloh [LINK]

Ingin mencuba menjana pendapatan dengan shaklee?? 
Boleh PM saya di FB Healthy Life With Wawa Yusof

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...