..::Wawa Yusoff::..: ..::Mikhael, 4 year : Bebas Botol::..

Monday, July 25, 2016

..::Mikhael, 4 year : Bebas Botol::..

ASSALAMUALAIKUM

Dah lama tak sembang pasal kesayangan mommy yang no.1 ni. Asik pasal baby Hanan je. Bukan taknak cerita, tapi dah tak tercerita dah, pasal banyak sangat cerita nye si abang ni :D

MUHAMMAD ELMAN MIKHAEL

DIAPER FREE
Jujur cakap, kael ni anak yang senang diuruskan. Sangat senang. Pada aku lah, potty train senang, pisah botol pon senang. Ni aku cerita bab yang senang jelah dulu. Ahahaha. Kael diaper free masa dia genap 3 tahun. Masa dia 2yr ++ aku dah start potty train On and Off. tapi masa aku nekad kan hati nak dia diaper free masa 3 tahun tu memang aku train dia bebetul dalam seminggu. tak payah tunggu weekend. Balik keje je terus aku tanggalkan diaper, maka nipis lah montot budak ni. Surprisingly dia sangat cepat belajar dan alert kehendak badan dia. Asal rasa lain macam laju - laju dia pergi toilet dan melepas hajat sampai lah sekarang. Tak payah di tanya-tanya. Dia sendiri akan bagitau. Berkenaan kencing malam pulak, aku boleh kira berapa kali dia terbabas. masa mula-mula train tu ade lah dalam 2,3 kali beralas segala tilam, pastu terus OK sampai lah sekarang. Dia sendiri akan bangun dan kejut aku/mirzal kalau dia nak ke toilet. most of the time mirzal lah. 


BOTTLE FREE
Dah sebulan dah kael pisah botol SEPENUHNYA. Masa dia 4 tahun aku start slow kan kegunaan botol. pergi travel ke Penang pon aku tak bawak. bagi dia minum susu kotak dutch lady je. pastu pelan - pelan aku ajar dia minum cawan walaupun dia kelat - kelat nak telan. sebab otak dia dah set susu dalam botol dan air sejuk dalam cawan. tapi kat sekolah aku still hantar botol. Start awal puasa aku tak hantar botol dan pesan kat auntie taska untuk suruh dia minum susu dalam cawan. Bila balik rumah nak tidur dia mintak botol dan aku cakap botol dah takde, dah busuk, mommy dah buang. Pujuk2 dia minum susu cawan. Dia terima sampai lah sekarang. Susu aku masih hantar dalam canister dan kat sekolah auntie taska akan bancuh kan dalam cawan. Setiap malam sebelum tidur susu suam secawan is a MUST untuk dia! penting ok susu untuk tumbesaran anak. 


Abang ni memang sayang adik, buat masa ni lah. haha. dan harapnye sampai bila-bila lah dia akan sayang dan jaga adik dia.


Bujang nye si abang ni, dia dah boleh tidur rumah nyai dia without mommy or ayah. dia dah boleh bawak diri dia sendiri. walaupun aku tak tau perangai dia kat rumah nyai macam mana. cuma aku doa jela dia behave(walaupun) ahahaha.

Ni gambar hari sabtu, dah siap - siap nak ikut mak awon dia pegi bezday party. mommy dengan adik tak sihat. duduk rumah je, dia wakilkan. seronok kemain sampai tak sabar2 nak keluar. dah hensem2 suruh mommy amik gambar dia, beriye pose. yang si adik tengok abang pose dia buat muka belik. Photobomb gambar abang. hehehe.


Dia kalut nak turun lif sendiri. tingkat 13 hokey! awak ingat mommy berani nak lepas awak sendiri! walaupun dah tau kawasan tu selamat, never! u're still my baby boy! Mogok monyok muka mommy temankan sampai bawah. siap suruh halau naik rumah, walhal makwon dia belum sampai.


Aku ni menyorok2 la nak pastikan dia selamat dan ok. tapi sekali dia ternampak aku terus di halaunya. hahaha. "pegi lah naik nomah mi... baliklah... aek je sini..." kemain kan? kemain! nasib tak lama lepas tu mak awon dia sampai. kalau tak, lagi lama lah aku dengar dia berzikir. dia tak tau mommy dia sikit punya syahdu tengok anak dah bujang cenggitu. Ahahahaha.

Besarkan kael ni senang, nak aku share tentang TIPS segala macam mana aku senang pisah botol dan anak takde kencing malam memang takde ape sangat lah yang aku dapat share sebab dia senang, cepat alert dengan kehendak badan dia.

Gitu lah serba sikit cerita kael, dah bujang. Next year nak sekolah. setiap kali pikirkan dia nak masuk sekolah setiap kali tu lah aku nervous. Dia masih pelat lagi, tapi paham banyak dah lah. ke aku sorang je yang paham? ahahahaha. 

chow!


***********************************************
Siapa yang rasa - rasa menternak lemak musim raya ni?
Jempu Baca ------[LINK]

"Modern Solution to Modern Problem"
Pengedar Shaklee Sg.Buloh [LINK]

Ingin mencuba menjana pendapatan dengan shaklee?? 

1 comment:

Ibu Dilah said...

alhamduillah.. mudahnye kael free diapers dan free botol.. anak dilah hujung thn ni 4 thn tp belum dpt free diapers lagi.. lagi 1 bab cakap pelat tu mcmana ye nak bagi diorg ni ckp terang sikit.anak dilah pun pelat.. risau betul bila pikir thn depan dah 5 thn tp masih pelat lagi.. huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...