..::Wawa Yusoff::..: ..::Ujian 8 hari : Hanan Mukhriz::..

Friday, June 24, 2016

..::Ujian 8 hari : Hanan Mukhriz::..

8 Hari yang disayangai Allah..

Bismillahirrahmanirrahim..

Yang mana follow FB & IG aku tau lah kisah ni kan

kat blog ni aku share lagi sekali untuk rujukan dan perkongsian.

-klik gambar utk zoom-

Terima kasih untuk semua. Aku tengok post ni untuk ratusan Like dan Puluhan komen yang banyak bagi support moral kat aku dan Hanan. Setiap komen yang aku baca segera aku Amin kan untuk kesembuhan si bulat yang satu ini.


Petang kat emergency sehari sebelum puasa. Masa ni dia nampak segar lagi kan? Even esok nya masa aku buat post yang dia warded tu pun dia masih segar dan ceria. [LINK].

Petang selepas aku buat post tu terus dia jadi pasif, keadaan dia semakin teruk, nafas semakin laju. Dan demam sangat seram suhu nya. Jangkitan saluran pernafasan ni yang buat dia demam panas tinggi. Dah nama pun jangkitan kan.





Ni graf demam Hanan. Memang spike habis. Demam dia hanya kebah bila dengan ubat. Dan demam dia bukan rendah2 punya suhu. Dan ujian darah pada hari ke-4 tak cantik. Hanan ada jangkitan kuman dalam darah.

Apa yang aku tak buat? Semua aku buat, sponging jangan cakap lah. Pernah subuh hari aku mandikan dia. Sebab risau badan dia terlalu panas. Percussion semua aku buat untuk bantu dia keluarkan kahak tu. Dan silap aku, ialah aku tak fokus. aku HILANG fokus. Supplimen aku tak amik sebab ralit kesah kan dia. lepas tu puasa pulak. semua nya kelaut. walhal vitamin lah yang biasa nya aku cari dulu kalau anak2 tak sihat untuk aku telan sebanyak yang mungkin.


Hari ke-7. Aku consume nutriferon banyak2. Bancuh dalam air botol besar sampai 2 sachet dan pastikan minum habis start dari buka puasa sampai 12 tgh malam. Sebab Hanan ni kuat menyusu time tidur. Dan start pada tu jugak aku tak pakai kan dia baju dan kerap lap dia dengan tuala lembab air suam. Kenapa bukan air sejuk? Sebab doktor nasihat kan dengan air suam. Mengikut kajian (menurut pakar peads) air suam lebih membantu untuk cepatkan surut demam panas. bukan air sejuk. Alhamdulillah, Nutriferon bertindak dengan baik, Hanan badn dia terus sejuk dan tanpa ubat lebih dari 24jam. 




Hanan Discharge pada hari ke-8 pukul 8 malam.
Alhamdulillah, dan semalam hari follow up dia di Hospital dan semua nya baik - baik aje.
2 minggu aku cuti separuh gaji. Hanan perlu dikuarantin memandangkan kawan taska dia jugak warded atas kes yang sama. 2 Minggu kami tak berjalan. Belum ade lagi istilah shopping raya. Maybe takkan ade kot memandangkan kelengkapan banyak dah siap dari awal dan banyak aktiviti membeli belah aku melalui online ajerrrr. 


Sebelum menulis entry ni, bercucuran air mata tau tak. Sebab ape?? Sebab 8 hari Hanan kat wad takde setitik air mata pun untuk aku. Aku boleh rilex je tolong doctor tenangkan Hanan masa nak pasang branula, aku boleh cool je tolong pegang Hanan masa nurse nak sedut kahak, dan aku boleh ok je bila doctor amik darah Hanan kali kedua masa kat ward. Walaupun aku tau Hanan jenis susah nak dapat urat dan memang kena cucuk banyak tempat.

Kenalan yang datang melawat mungkin menjangka kan keadaan aku down dan sebagainya, Tak, aku ok, betul aku ok. Aku boleh sembang, gelak dan bergurau. Pernah selesai sedut kahak ade katil sebelah tanya kat aku "akak ok je... sedih x kak? kalau saya dah nangis dah" aku cuma boleh jawab "saya hati dah kering, saya cuma nak anak saya sihat, saya tak cukup masa nak layan perasaan saya.. :) " 

Allah berikan aku anak-anak yang baik tingkah nya, baik Elman, baik Hanan. Kalau diorang ni sakit masing2 takkan ade rengek, takkan ade nangis yang tak keruan. Dan aku di berikan ganjaran suami yang baik dan keluarga yang banyak membantu. So, kenapa aku nak nangis?? Allah uji sebab allah sayang. Tapi dalam pada ujian tu dia kirim kan semua yang baik - baik untuk aku. Kawan2 office lama yang ramai datang menjenguk. Sumbangan yang tiada putusnya untuk Hanan. Alhamdulillah.


Dan kenapa masa menulis entry ni aku menangis?

Mengenangkan kuat nya ujian yang aku tak sangka telah aku lalui dengan baik, memikirkan kuatnya Hanan untuk menghadapi segala sakit kena cucuk dan sebagainya, teringatkan kael yang sangat sayang dan rindu pada adik dia sampai menangis2 nak adik. Sampai sanggup mintak kena cucuk sebab nak jumpa doktor, nak tidur dengan adik. How sweet elman...... Dan rasa kasih pada suami yang tak keruan menguruskan kami, ke hulu ke hilir, mengemas rumah, jaga elman lagi, dengan keadaan puasa.

Dan sebenarnya, selepas beberapa hari ayah aku tengok Hanan di hospital. Dia pulak masuk emergency dan warded seharian di wad pemerhatian memandangkan wad 4A penuh. Ward Hanan wad yang penuh dengan patient pneumonia dan ayah aku memang ade history Pneumonia ICU 8 hari 2 tahun lepas. Dan mungkin virus terlalu kuat sampai kan ayah pun dapat attack susah nak bernafas. kemudian hari Khamis dia kena lagi dan emerency lagi untuk kali kedua.


Ujian kita berbeza - beza, Allah uji aku begini dan Allah uji kamu begitu,
Tapi.. percayalah, redho lah dengan setiap ujian DIA, Ujian dan dugaan yang Dia berikan merupakan cara Dia bercakap dengan kita, menegur kita. Dan janji nya setiap ujian akan ada hikmahnya,

BETUL.

Selepas pada itu rezeki tak putus, Urusan rumah selesai dan officially jadi milik kami. tinggal nak renovate sikit2 tu semua buat lepas raya nanti lah, aku dapat offer lagi dari Zalora. dapat free kasut raya 2 pasang, hehehe. dan lain - lain lagi rezeki yang datang sedikit demi sedikit hingga lah hari ini..



Untuk  korang semua yang membaca, terima kasih kerana doakan si kecil kami. Alhamdulillah dia sihat walafiat sekarang ni, Cuma mommy kena gain weight berat dia banyak2 sebab dia susut melampau sepanjang 8 hari kat hospital. Dan untuk semua kakitangan Hospital sungai buloh, dari emergency, wad 8C dan wad 7A. Terima kasih yang tak terhigga buat yang terbaik untuk Hanan dan Mommy.

Moga kita semua dirahmati Allah.

Amin.

***********************************************

"Modern Solution to Modern Problem"
Pengedar Shaklee Sg.Buloh [LINK]

Ingin mencuba menjana pendapatan dengan shaklee?? 

No comments: