..::Wawa Yusoff::..: ..::Fesyen Hijab Terkini Sempena Raya::..

Thursday, June 16, 2016

..::Fesyen Hijab Terkini Sempena Raya::..


Tudung raya weyyy.. tudung raya!

Siapa yang ada masalah macam aku? Nak beli tudung tapi buat list dulu jenis tudung, jenis kain, perlu inner ke tak, nak lilit macam mana and blaa..bla.. bla.. hehehe.
Aku ni takde lah cerewet sangat bab tudung sebab tak berapa nak hijabista sangat. Lagi – lagi dah anak dua ni, kalau boleh nak yang segera je tapi kekal cantik. Raya ni kan, lagi lah nak melawa. Taknak lah nampak macam "mak – mak sangat"

Nak shopping jalan – jalan dengan heroes cari tudung memang lupa kan jelah... lagi – lagi Hanan Mukhriz baru je discharge. So duduk kat rumah hunting online je kat Zalora. Naaahhhh....! Macam – macam jenis fesyen tudung ade.


Seperti tahun-tahun sebelum ini, Hari Raya sentiasa disambut dengan penuh meriah terutama sekali dengan kemunculan trend-trend pakaian terbaru dan fesyen hijab yang cukup moden. Jika sebelum ini persada fesyen tempatan dimeriahkan dengan trend glitter shawl dan tudung bawal pelangi, kini hijabista diberikan fesyen hijab terkini yang lebih moden dan praktikal. Dari rekaan instant shawl, pinless hijab, effortless hijab dan tudung hoodie, kesemuanya boleh anda gayakan dengan mudah dan pantas sempena Raya ini.


Fesyen hijab yang paling popular dikalangan semua wanita bertudung adalah koleksi instant shawl yang diketahui amat mudah dipakai seperti berikut. Apa yang menarik lagi mengenai rekaan tudung ini adalah ia boleh dipakai tanpa menggunakan sebarang pin tudung dan brooch.


Jenis tudung yang kedua yang juga praktikal dan betul-betul mudah dipakai adalah koleksi pinless hijab.  Satu-satunya jenama yang mengeluarkan koleksi pinless hijab seperti ini di Malaysia adalah jenama Bokitta.


Ketiga adalah fesyen hijab Hanis Zalikha atau 'Kek Nis' yang cukup mudah dipakai. Gaya ini boleh anda cuba dengan menggunakan koleksi cotton shawl atau chiffon shawl yang lembut dan panjang.


Dan fesyen hijab yang juga tidak kurang popular dikalangan ramai hijabista adalah koleksi tudung hoodie seperti berikut.  Cukup simple dan elegan untuk anda gayakan ketika sambutan Aidilfitri atau kemajlis-majlis istimewa yang lain.


So, korang. Camne? 
Cepat pilih tudung yang korang berkenan ok ✌ 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...