..::Wawa Yusoff::..: ..:A day before Ramadhan 2016::..

Monday, June 6, 2016

..:A day before Ramadhan 2016::..

Assalamualaikum semua.
Bersiaran langsung dari hospital sementara baby Hanan lena.

Selamat menyambut Ramadhan.
Bulan pahala berganda.

Ramadhan 2016 kami Allah dah jadual kan cantik2 utk kami dapat pahala lebih. hehe.



Ala.. korang pun tau dah kan Hanan tak berapa nak sihat sangat. ade je aku update kat IG. so semalam aku tgk nafas dia macam laju sangat. bawak klinik. Suhu 39.6°c, Lung wheezing and Suspected Lung Infections. Dapat Neb + ubat montot. Doctor refer hospital terus sebab paru2 ade bunyi.



Sampai hospital procedure biasalah. Kalau ade yang pelik, tangan Hanan tu balut lebih sikit sebab doctor takut dia akan cabut branula tu. memang patut pun dibalut. dah keje nya asik kunyah benda plastik kuning tu. dah jadi mainan dia dok tarik2. seriau mommy.



Kat hospital terus neb macam biasa 4 jam sekali. Hanan ok. tak merengek. Boleh kata sangat memudahkan. memang good boy. memang banyak kes yang lebih kurang Hanan. Masa mula2 nak neb tu nangis2 la jugak sebab tak biasa. pelik. tapi lepas2 tu siap tidur lagi. tak kisah dah.



Yang ni petang semalam. selepas neb nampak dia menggigil. Nurse tersalah tindakan. Dia izinkan aku on sabuthamol utk anak, tapi lepas 2 jam dia jugak yang neb Hanan. dah overdose si kecik ni. shaking sikit dan jantung agak laju. Tu doctor tepuk dahi semalam. cepat2 suruh aku angkat Hanan dan tidurkan dengan cara macam tu.



Untuk setakat update pagi ni. Hanan semakin baik. malam tadi tidur lena. Mommy pun lena tidur sama2 dalam baby cot Hanan. siap naik pagar kiri kanan lagi takut jatuh. Nasib lah petite size. selesa je nak baring dalam tu. hehe.



Doctor baru round. Hanan semakin baik. Sabuthamol off, Neb seline sahaja utk kahak, Neb dari 4 jam sekali kepada 6 jam sekali.


Dari mata mami :-

Hanan memang semakin baik. nafas dah tak laju. tidur lena. sengeh dah ade. kebolehan memekik pun semakin baik.



Doakan Hanan baik2 sahaja. Terima kasih buat semua yang mendoakan. Takde ape yang serious sangat. X-ray clear. takde spotting yang menakutkan, darah pun clear jugak, takde yang pelik2. Esok baru boleh discharge selepas dapat result sample kahak yang amik pagi tadi.

Terima Kasih semua dan selamat menyambut ramadhan 2016. Moga ibadah kita semua diterima.

Amin.

posted from Bloggeroid

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...