..::Wawa Yusoff::..: ..::Sembang Malam::..

Friday, May 6, 2016

..::Sembang Malam::..

Hai, lately kan, banyak benda yg aku tak dapat nak update. 
jenuh mencari masa untuk menghadap blog nan satu ini. Lepas tu memang semua dah maklum lah kan yang aku kira baru jugak naik keje. Dan bila dah naik keje of coz lah fokus aku kat office je. Dan memang kebetulan pulak office aku ni semuanya dikawal ketat so automatik kerja, kerja, kerja. Dan 2016 ni pulak kerja kemain bertindih bertindan nya pon. meja tak pernah nak bersih. Phone pun hadap kejap, scroll dan like sana sini je.

Dah berjam-jam kat office balik rumah of coz lah nak hadap muka anak, muka laki. Takkan aku nak bukak laptop lagi pulak nye. melampau lah. Kesian kot kat anak2, dahla tinggal seharian pastu kat rumah nak sisih kan lagi diorang pulak. Nau'zubillah. moga aku tak "lupa" sampai macam tu. Anak dan keluarga tu REZEKI paling berharga untuk aku. Duit boleh cari, kemewahan boleh kerja. Masa dengan anak tu, sekali ko terlepas sampai bila pun ko takkan dapat balik.

Business shaklee aku ON macam biasa. Tipulah kalau sale aku menderu sepanjang masa, ade turun naik nya. macam april 2016 jujur cakap sale aku kelaut. Heheh. Tapi still manage tu get the bonus. Alhamdulillah. So far, aku selesa dengan shaklee. Memang bukan lah pada tahap membanggakan tapi sesuai lah dengan usaha aku. Rajin aku buat, banyak lah aku dapat, hilang fokus aku, hilang jugak sales aku. Adat lah kan, business.. Rajin itu mesti..! hehehe. 

Bulan april, banyak jugak sales yang aku tolak. tak dapat nak c,o.d sebab terlalu letih, penat, mengejar masa dan hal lain2. Aku taknak paksa diri, aku taknak paksa mirzal dan aku taknak paksa anak2 aku untuk faham keadaan aku. Cukup lah mereka bersama dengan aku. Lain-lain akan aku usahakan kemudian. Mujurlah aku dapat mak shaklee yang baik, takde nak menekan2 aku untuk buat sales. Team shaklee aku pun willing je nak membantu bersoal jawab dalam group walaupun aku ni selalu tenggelam timbul. ahahaha.



Ringkas cerita, Anak2 aku alhamdulillah sihat walafiat. Mikhael dah 4 tahun pada 16.4.2016. Mommy belanja dia naik plane. hehe. Pon mommy tak dapat nak update kat blog. Adik Mukhriz pulak dah masuk 5mo++. Dah pandai niarap pusing2, reverse semendang. hehehe. Sihat walafiat memasing.


Aku dengan Mirzal macam biasa, bahagia seadanya. Tak mewah, tak juga papa kedana. Tapi, Alhamdulillah lena tidur kami, kenyang perut kami, cukup pakai kami. Hehehhe


Aku nak update cerita Penang, birthday treat kael tapi sampai ke sudah tak sempat2 nak buat. Tapi akan aku buat jugak. Ni janji ni, janji. Aku janji nak buat tapi aku tak janji bila. Jangan ko expect esok dah up entry. Tampa kang! 

**********************************************************
"Modern Solution to Modern Problem"
Pengedar Shaklee Sg.Buloh

Ingin mencuba menjana pendapatan dengan shaklee?? 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...