..::Wawa Yusoff::..: ..::Reset::..

Friday, May 20, 2016

..::Reset::..

Holla...... (",)



Alhamdulillah... Jumaat.

Dan sesuai sangat lah rasa nya untuk aku jadi kan harini RESET semula life aku kembali normal. Taknak lagi terkejar sana sini, taknak lagi kalut tak menentu sampai lupa makan minum.

Harini in shaa allah last lah mirzal travel luar. kalau tak tu sibuk manjang. Kedah-Penang-Hatyai-Vietnam. duit pun laju mcm air. Rumah pun tak sempat nak tolong urus. yelah, setiap kali dia keluar memang aku kerumah mak dengan anak2. tidak ler aku nak duduk ber-3 je kat rumah. runsing nengok kael asik memandang pintu tunggu ayah balik.

Last weekend tak kemana-mana. memang melepak rumah jer. Mirzal cuma ade bengkel memanah kat office. so aku dengan anak2 buat spring cleaning. Aku jela pon yang cleaning nye. yang lagi dua tu SPRING! hehehehehe. si kael meligat, si hanan pun sama naik. begolek keluar kawasan. kerja aku asik nak mengutip dia letak atas tilam. omel sangat tau perangai tu.

Kerja kat office memang bertindan. Tapi dah ok lah untuk aku manage pelan2.. seminggu ni aku di keliling mereka yang sakit. Makcik, pakcik, anak kawan. Memang ber-ulang ke hospital menziarah. Dan setiap kali ke hospital, balik, malam tu mesti aku tak boleh tidur. Mengusik jiwa sangat keadaan. Yelah, yang sakit tu org2 yang rapat. Terkesan tau. Terlintas akan kehilangan yang bakal kita semua hadapi satu hari nanti. Allah....... sungguh aku tak kuat.



**********************************************************
"Modern Solution to Modern Problem"
Pengedar Shaklee Sg.Buloh

Ingin mencuba menjana pendapatan dengan shaklee?? 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...