..::Wawa Yusoff::..: ..::Anugerah kanak-Kanak Paling Macho::..

Thursday, May 26, 2016

..::Anugerah kanak-Kanak Paling Macho::..

And the award goes to
|
|
|
|
Drum Roll
|
|
|
|
|

Taraaaaaa....!!!


Hehehehehe.
Macho... anak mommy memang macho. 
cukup handsome dan macho di mata dan hati mommy.

Al-kisah nya hadiah ni dedikasi daripada Taska Mikhael dan Hanan.
Semalam ade teacher's day celebration dan hari sukaneka anak-anak.

Meriah!

Yang paling meriah makanan. Hehehehe. Dan kisah si kael menangis semalam tu usahla korang pelik. Anak bujang aku yang "macho" ni memang begitu keadaannya.. kalau ade mak dengan apak nya berjuraian air mata itu sudah biasa. hihihi.

Sebenarnya, kael ni memang penakut sikit. Terutama bunyi2 kuat, gema dan apa sahaja bunyi yang tak selesa kat telinga dia. macam semalam, dia tak selesa dengan keadaan gema microphone dan sound system kat dalam dewan dan gema dalam kawasan yang tertutup. Masa mula2 sampai tu dia ok je. boleh join kawan2 duduk ramai2. Bila music dan start dan emcee pon dah bercakap aku tengok muka kael dah resah tapi nampak dia masih mencuba.




Bila nak start senaman pagi dia join walaupun tak bergerak. aku tengok dia dah start pintal-pintal tali seluar, body language dah terbengkok2 (ah sudah...ni confirm drama ni) Perlahan2 dia keluar barisan. 


Mommy nak gelak dah ni tapi tahan. Sekali dia nampak mirzal sampai. Makaaaaa... Huwaaaaaaa...!!!!! Ahahahahahaha. Abang lah abang....... malu mommy tau. hehehe. Pengasuh2 dia dah gelak, kalut pun ade sebab lepas tu ade sukaneka. Macam mana lagi nak buat, nak dipaksa kesian. Kalau tengok kan gaya nangis nya tu memang dia sangat tak selesa dengan keadaan tu. Asik menarik tangan Mirzal je ajak balik. Aku tengok mirzal muka dah semacam. Hangin lah tu anak dia penakut. kah3.



Dah nama mak kan... tak sampai hati aku tengok nye. Ajak lah dia keluar lepak taman kat tepi sekolah tu. Dia terus senyap. tak payah aku pujuk2. Dia main buat sendiri, nyanyi2.. alahai... sedih aku tengok dia. takut sangat gamak nya. bila dia dengar sukaneka tiup belon sampai meletop, dia yang kat luar ni yang terkejut2. ulang2 cakap takut... kesian sangat. Peluk dia kuat2 bagi tenang.


Dia sanggup duduk kat sofa ni sorang2 bila aku cakap nak masuk tengok kawan2.. Punya dia takut..

Dah nampak tenang tu baru aku ajak dia masuk untuk main game yang ade nama dia. Dia masuk, pergi kat mirzal, peluk2 dan dia nampak pengasuh2 semua tengah susun pinggan ada gula2 dengan tepung. Nampak dah dia sengeh dan exited nak main. Maka, enjoy lah dia untuk aktiviti sukan haritu!

Main tiup tepung tapi kalut lap muka taknak kotor pulaknye... Kata macho kan... ahahahaha.


Game ni yang paling kael happy main, tesimpul2 senyum nya. pandai dia main perah span tu kuat2.

Baby Hanan...???


Dia ok je! hehehehe. OK sangat! 


Tengok kawan ramai-ramai berkumpul dia dah macam nak berlari dah. mata meliar, tak mau diam. Mulut bising. lagi2 bila tengok kawan2 main belon. Lain macam loncat nya dia. Cukup time, bagi susu dan dia pon tidurrrrrr. hehehe. Mommy dengan ayah layan abang bersukan jelah.

Baby Hanan pon dapat hadiah tau!



Mommy tak tau nak kata ape. Kecik2 dah ade awekksss ni. Ahahaha. Just for fun aje. Nak bagi semua dapat hadiah. Couple Hanan ni nama dia Hana Milliya. Kisah serasi ni sebab diorang ni selalu pakat nangis sama2. Sorang nangis, yang sorang lagi mesti nangis. hehehe. umur pun sebaya.

Habis activity jamuan makan yang super duper banyak punya makanan. pot luck. Dan aku bawak kael balik. Sampai parking rumah kael cakap "anamak.........adik tinggal... tinggal kat kulah....pusing mi..pusing...amik adik" Gituuuuuuu....... nak taknak, mommy yang pasang niat nak qada' tidur sebab siapkan puding roti malam tadi kena lah amik jugak adik kat sekolah nye pon.... Dan nasib baik sampai rumah dua beradik ni lelap sama2 dan mommy sekali.... hehehehhehe.

***********************************************


"Modern Solution to Modern Problem"
Pengedar Shaklee Sg.Buloh [LINK]

Ingin mencuba menjana pendapatan dengan shaklee?? 

No comments: