..::Wawa Yusoff::..: ..:4 Bulan : Graf bacaan berat tidak memuaskan::..

Friday, April 8, 2016

..:4 Bulan : Graf bacaan berat tidak memuaskan::..


Budak dobot...!!!

Aku manggil budak ni Kojek. Hehehehe


Semalam Checkup 4 bulan

Sebenarnya kan, Mukhriz ni bukan bambam sangat pon. dia ni petite size. Dalam gambar je nampak kemain bulat sebab PIPI dia tu. Siapa yang pernah jumpa Hanan tau lah size dia macam mana. Small size tau.

Checkup 3 bulan haritu berat dia 5kg je. Semalam 4 bulan aku expect 5.5kg or above. Sekali timbang........... 5.2kg sahaja. huhuhuhuh. Maka bacaan graf berat dia masuk kawasan kuning kali kedua. huhuhuhuh

Tapi nurse kata ok, takpe disebabkan dia masa lahir underweight dan jugak masih susu ibu sepenuhnya.

Nurse advice untuk mommy makan banyak sikit. Dia tak tau mommy Hanan memang selera naga. muahahahaha. Serious tau. aku kalau makan kalah mirzal. Banyak menggile dan sangat kerap. mengunyah all the time. Tapi nak buat macam mana. Hanan bukan jenis kuat menyusu. dia menyusu bila perlu sahaja. kadang kalau aku sumbat jugak boleh buat begaduh. ahahaha. Dia boleh temenung sampai terlelap. Tak mcam mikhael dulu. kalau nak tidur mesti nak gayut.

Ahad haritu kan, petang. aku mandi sekali dengan Hanan. orang tua2 kata ni PETUA la supaya nak anak rapat dengan kita. Org moden panggil Skin-to-Skin. Puas lah aku gomol budak ni dalam bilik air. Duduk bawah shower sama2. sambil cakap kat dia banyak kali "Hanan lepas ni susu dengan mommy banyak2 tau, Susu mommy ni untuk Hanan je..siapa lagi nak minum nanti kalau Hanan taknak minum" Alhamdulillah berjaya!! hehehehehe. Dia dah ok sangat2 untuk direct feeding. Takde gaduh2 dah. So, tengok lepas ni macam mana, harap naik lah berat badan nya dengan cemerlang.

Sebenarnya, cara ni jugak aku pernah practice kan kat Kael dulu. Kael pon masa lebih kurang sebaya Hanan ni pon dia ade buat perangai gitu. kemain payah nak direct feeding. Memang skin-to-skin tu TIPS yang paling mudah dan berjaya pernah aku buat :)

So, far perkembangan Hanan Mukhriz, errmmm...errm..... ahahahaha. susah aku nak cakap. Dia ni berat montot!! ngiring niarap pon belum nampak tanda. tapi dia cukup suka bersembang. jerit2 kalau dapat bersembang tu. Pastu tu cukup suka kalau orang berdiri kan dia. Sangat tegak dan tegap!
Tu jela kot buat masa ni. Dia suka gelak, suka sembang, kalau dalam lif pagi2 suka tegur orang. menjual lesung jelah keje nye.

Next week nak pegi bercuti pertama kali dengan Mikael dan Mukhriz
Moga semua nya berjalan lancar dan dipermudahkan

Amin :)

**********************************************************
"Modern Solution to Modern Problem"

Pengedar Shaklee Sg.Buloh [LINK]

Ingin mencuba menjana pendapatan dengan shaklee?? 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...