..::Wawa Yusoff::..: ..::Melepas Rindu::..

Friday, March 18, 2016

..::Melepas Rindu::..

Rindu blog! Rindu Blog! Rindu Blog!!!    

Tuan Blog rindu tak??
ahahahahaha. 


Jumaat, rehat panjang. boleh lah sembang lebih sikit.
Lately lesu, tapi xde lah teruk sangat cuma liat sikit nak bangun. Sampai mengadu kat mirzal pagi tadi, 

"Kenapa sekarang orang susah bangun tido ek? Dulu masa kael kecik, boleh je bangun, tido lewat. 1-2 pagi pon boleh je lelaju bangun. Ooooo... yela, dulu kael office depan mata je. 5minit dah sampai. 6.30 pun boleh bangun siap melenggang. Sekarang nak kena bangkit 5.30 pagi, tapi tido lewat macam mana nak celik kan?"

Ha, sendiri tanya sendiri jawab, mirzal sepatah tak menyahut. Xpe lah, kang kalau dia menjawab yang merapu lagi aku hangin. LOL 

Tapi lesu aku tu masa nak bangun je. Dah mandi semua elok segar dah. Kat office pun takde lah nak tidur pun. Segar je. Tapi tenghari memang aku paksa mata lelap sebab memang itu je masa yang aku ade untuk tidur lena tanpa gangguan. hehehehehe 

Tapi yang aku sedar kalau aku konsisten B-complex & Vitalea badan memang segar. Pernah aku terlupa makan dalam 3-5 hari cenggitu la kot, memang rasa letih tu masyaAllah sangat. tak boleh nak bukak mata. kat dapur pun aku boleh baring sebab memang tak tahan penat, kat office lagi lah tesengguk2. nasib baik lah office mate ok. lelap jugak lah sekejap bagi hilang ngantuk. keje aku kat office ni tak boleh buat dalam keadaan ngantuk. Haru nanti. So, senior cakap lelap dulu kejap pastu sambung. Thank god!! 

Bukan kata nak ajar badan ni kena bergantng dengan supplemen, TAK. supplemen kan untuk menyokong kesihatan badan. Jadi, kalau dah letih x cukup rehat tu semua lah boleh senang untuk kita dapat sakit. So, prevent!  


Abg Mika ni dah banyak yang mommy boleh harapkan, sejak ada adik Hanan memang dia sangat membantu. terutama yang berkaitan dengan adik. Dulu takde mau nya dia sandang beg, balik taska pun aku lah jugak yang pegangkan. cukup dia malas suruh bawak beg. Haritu pegi AEON mintak tolong dia bawak beg thomas dia. Pesan yang dalam tu ada baju dengan CD adik. Teru dia jawab... "ok.. aek bawak"
   


Ni hari Rabu, mirzal outstation ke kedah. Kael memang boleh harap. Dari taska dia tolak buggy yang penuh dengan beg2 taska, siap loading masuk dalam kereta. Aku tolong kemas buggy je. Dah sampai rumah pun dia tolong loading keluar pulak dan terus tolak sampai masuk lif keluar lif,sampai depan rumah. Lucky me! kael memang mudah dijaga dari kecik. Minus all the sakit2 yang setahun ntah berapa kali kena tu  



Adik Kuiih (kael panggil) dengan pencapaian yang tak seberapa.. Berat montot tau budak kecik ni. geram mommy!!! Dah nak masuk 4 bulan mengiring pon malas. pakat lambat lah meniarap budak kojek ni. Nak mengiring sampai jejes2 air liur. ape teruk sangat ntah  

Alhamdulillah sihat walafiat anak2 mommy. Moga terus diberikan kesihatan yang baik. Aku, masih lagi ber'CD untuk Hanan Mukhriz. Sama macam kael dulu. Dan, Mirzal pon sangat helpful dalam menguruskan rumah tangga. Tapi tula..... baik aku, baik mirzal... Nak membasuh baju berbakul2 pon memang takde hal. ok je nak kutip sana sini kain kotor dan cuci. Tapi bab nak melipat nya tu memang Astaghfirullahal'azim sikit lah.     


**********************************************************

"Modern Solution to Modern Problem"
Pengedar Shaklee Sg.Buloh

Ingin mencuba menjana pendapatan dengan shaklee?? 

No comments: