..::Wawa Yusoff::..: ..::Demam dan Warded : Mikhael::..

Thursday, February 11, 2016

..::Demam dan Warded : Mikhael::..

Hai korang.....
 ntah tak tau nak mula dari mana cerita ni.
tapi korang tau dah kan kael tak sihat haritu [LINK] ok lah, kite trobek sikit.
Entry panjang. cakap awal2 :p

8 january kael dah start demam2 dah, badan panas on and off tapi x teruk. kael pun active. sekolah macam biasa. 9 january aku bawak ke klinik risaukan keadaan dia. Masa ni dia demam sebab sore throat je. tekak merah sikit. Alhamdulillah esok ok dan active.

9 january : drama lepas masuk ubat bontot. high temp.

Seminggu berlarutan, kael ok, sihat dan sekolah macam biasa. weekend happy2 dengan sepupu celebrate b'day makwon dia bagai.

18 january dia demam balik. dan aku cuti kan dia dari taska. kuarantin. suhu demam masih terkawal, masuk hari ke-3 suhu dia tak agak2 punya tinggi. 39 and above tu dah mesti.


22 january 2016

Dia cakap gigi dia sakit, dia tunjuk2 belakang. memang nampak gusi dia bengkak, so aku assume dia nak naik gigi lagi. Tapi petang tu aku bawak dia ke klinik memandangkan dah hari ke-3 demam dan dia lembik. suhu dia pulak bukan nya rendah. Dan alhamdulillah darah clear. Continue ubat dan aku masih cutikan dia dari taska dan keadaan dia nampak ber'ansur pulih dan decide nak bawak dia balik rumah MIL sebab mulut nya tak henti2 cakap nak acu (adik mirzal yang bongsu). Oh ye, lepas snap gambar ni terus aku botakkan dia.

23 january bawak balik rumah MIL nampak dia macam ok tak ok. merengek jangan cakap lah, semua serba tak kena. makan minum lagi tak mau.

24 january 2016 : 2 petang

Nampak dia sangat ok siang tu, memang dia nampak sihat dan active so bawak dia berjalan. ayah dah janji nak belikan ultraman kalau dia rajin makan ubat. dan memang sepanjang dia x sihat dia boleh menelan ubat dengan baik so dapatlah ultraman idaman 1 set.

malam kat rumah MIL tu suhu badan dia naik sepanas-panas nya. boleh kata dia sihat sebab ubat je. aku try stop kan ubat sebab aku taknak dia mabuk or mamai je, aku CUBA bukan aku tak cuba tapi keadaan dia tanpa ubat sangat bahaya. Suhu dia meninggi melampau. Natural remedy, supplemen, makanan sunnah semua aku usaha. Tapi, kuasa kesembuhan tu dari Allah kan, dan allah belum nak beri dia kesembuhan buat masa ni. 

24 january 2016 : 9 malam. 39.5 'c

Esok nya terus balik sungai buloh dan pantau lagi keadaan dia. Selasa mirzal kena ke melaka. Kael melembik. risau betul aku harini. dah mintak mak dengan awon standby. kalau kael terus demam memang aku nak bawak dia ke hospital terus dan hanan nak tumpang rumah mak.. Memang ye, demam dia masih tinggi. Petang tu mak call offer untuk ke rumah aku dengan awon dan tolong jaga hanan dan aku akan uruskan kael ke hospital sementara mirzal belum sampai dari melaka.

9 malam lepas mak aku sampai je rumah aku terus siap2 bawak kael ke hospital, dalam pukul 10 malam mirzal sampai hospital. Amik darah kael dan doctor suspect denggi. Platelet dia 73 je. tapi darah putih dia normal sebab tu doktor tak kata denggi. Bila doctor decide warded I is nangis lah. huhuhu. Sedih tengok kael kena pasang branula. Masa dia warded kat tropicana dulu mak ayah tak boleh tengok tau2 dah settle, kali ni mak ayah kena pegang. maka, bersedih lah kami berdua.

26 january 2016 : 1.28 am : Wad Pemerhatian

Lepas kael dah lelap, aku tinggalkan mirzal dengan dia. 1st time aku tak dapat jaga kael masa dia sakit. Drama dalam kereta aku sengsorang masa ondaway balik rumah. Alhamdulillah hanan well behave dengan mak dan awon. minum dan sambung tidur macam biasa. 2.30 am aku sampai rumah dan terus tidur. 5.30 am dah bagun balik siapkan baju2 hanan untuk mak aku bawak dia balik. nasib baik lah stok EBM mmg banyak kat rumah mak. Takde lah isu nak menghantar susu pulak.

Laju2 breakfast, kemas rumah sikit terus ke sepital nak ganti mirzal pulak.


Kiri kanan tangan dah cucuk branula untuk amik darah. Pagi ni tunggu keputusan darah samada denggi atau tidak, kael nampak lemah. bila dia nampak aku datang merebeh air mata. kesian.. Anak mana pun kalau jumpa mak elok2 tak sakit jadi sakit. hehe


Ni selfie lepas dapat result darah. Doktor sah kan bukan denggi. platelet dia pun dah naik banyak dan dah tak demam, dah mau makan dan minum so doktor bagi discaj.

Discharge : Demam Virus.

takde ubat pun yang doctor bagi selain dari PCM dan bonjela. Oh ye, yang aku kata gusi dia bengkak tu sebenanrnya bukan nak tumbuh gigi tapi ulser yang besar dan pecah kat gusi dia tu. no wonder la dia taknak makan dan minum. aku tengok ade 3,4 ulser jugak kat mulut dan lidah dia. poor baby.. :'(

Sehingga hari ini, kesihatan dia masih on off, bukan demam. dia ade masalah perut pulak.cirit birit dan muntah2. tapi tak teruk. cuma kalau dia tersedak confirm muntah, menukar cadar kami malam tadi. habis segala isi perut dia lambak kan atas katil. xpe lah. hari ni in shaa allah sihat dan terus sihat.

Kael dah kurus tau, selera makan dia memang hilang terus.

Mungkin ade khilaf aku atau mirzal tanpa sedar dalam membesarkan dia.
Betul, kami dah cuba yang terbaik tapi allah itu maha besar kan?

January memang bulan allah menduga kami dengan sangat hebat.
Tu belum cerita kereta accident lagi. huhuhuh.


Syukur, sepanjang ujian allah tak biarkan aku sorang2. aku ade mirzal yang banyak menolong. aku ade family sebagai ubat penenang. walaupun sekadar bersembang bodoh2 je tapi cukup untuk kurangkan kusut aku, aku ade family mertua yang cukup membantu. MIL yang tolong basahkan badan kael dengan ais, yang tolongkan cari orang untuk mintak air penawar dan kuatkan semangat kael. MIL jugak tempat kael tumpang menangis, mintak pujuk ke ape. Dan yang pasti aku ada allah. Dalam pada Dia menguji dia berikan aku orang yang baik2, dan rezeki kesihatan untuk aku dan mirzal supaya dapat kami uruskan anak2 dengan baik,
**********************************************************
"Modern Solution to Modern Problem"
Pengedar Shaklee Sg.Buloh [LINK]

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...