..::Wawa Yusoff::..: ..::Macam-macam nak cerita::..

Wednesday, January 20, 2016

..::Macam-macam nak cerita::..

Tajuk entry tak bermakna entry ni ada banyak cerita. sebenarnya mengeluh je tu. haha. gile lama tak bukak blog, aku dah hilang skill merepek nampaknya ni. Harini, hari-51 bersalin. Hanan pon dah semakin banyak akal dan berakal. Perangai dia yang masa dalam hari suka tidur berpangku, berkepit dan berdodoi dah hilang. I is gembira


Dah boleh dah tidur sendiri, bedung kan campak dalam katil dia, goyang2 sikit katil lelap lah sampai 1-2 jam. settle segala kerja. eh, tapi sekarang ni kalau dia tak tido pon aku dah boleh buat keje. tak perlu nak ngadap je dia macam dalam hari. dia siap boleh layan TV. kegemaran dia sekarang ni layan awan, tengok awan. maklumlah, rumah atas langit. pokok pon tak nampak. LOL.

Syiok sangat ni sembang dengan awan

Harini, si abang demam. Mikhael kebelakangan ni kesihatan dia agak terganggu. batuk dan selsema berminggu2. elok dua hari ni demam balik. tekejut dapat adik ke ape?? ahahha. aku pulak baru kebah 100% dari demam, batuk dan selsema. Seriau nak batuk sebab c-zer ni. Tapi alhamdulillah sihat walafiat. sesekali batuk tu rasa la terik jugak perut, tapi harini dah ok. kalau bersin pon tak risau dah.

Ok, dah habis satu cerita bab kesihatan. lagi nak cerita ape?? hahaha.

oh, nak bagitau aku gian nak makan yang manis2, yang sedap.. macam kan ape ntah tekak ni.
Aku memang gini kalau lepas bersalin, tekak memintak2. maklumlah... standard mabuk lama, makan tak lalu jadi bila dah hilang segala mabuk tu memacam lah tekak ni mintak. yang paling aku nak sangat2 DipnDip. seriously terfikir2. sampaikan rasa nak culik mirzal sekejap kat office bawak aku pegi makan kat sana. ahahha. Tapi masih waras. Tunggulah weekend.

Ni mirzal baru mesej untuk penempatan baru. Reshuffle kat office dia. So, dia kena tukar unit cuma belum tau kat mana. Jangan dia dapat unit yang banyak outstation sudah.

Anak dah dua ni,
makin kurus lah aku kalau mirzal selalu outstation. 
huhuhu.

ok, chow. nak jenguk anak2. 
yang sorang tebongkang depan TV, yang sorang lena dalam katil. 
Tu pasal aku boleh update blog cerita panjang sikit.

Ye ke panjang ni.......

Looser nya rasa entry... 

Wake up wawa... wake up!!

**********************************************************
"Modern Solution to Modern Problem"
Pengedar Shaklee Sg.Buloh [LINK]

No comments: