..::Wawa Yusoff::..: ..::Kronologi bersalin Anak Kedua : Hospital Sg.Buloh::..

Wednesday, December 16, 2015

..::Kronologi bersalin Anak Kedua : Hospital Sg.Buloh::..

ASSALAMUALAIKUM

Day-16

dan sebelum aku terlupa, lebih baik lah aku menulis segala memori dan pengalaman bersalin anak kedua secara c-zer untuk pertama kali.

Seperti yang dirancang aku sepatutnya bersalin pada 4 disember 2015 selepas prosedur ECV gagal. hehehehe. eh, tak kelakar tau bersalin c-zer. ketawa pulak kau kan. cerita bersalin aku kalini lebih mudah xde part by part mcm kael sebab alhamdulillah semuanya dipermudahkan.

1 Disember 2015

Aku ade checkup macam biasa kat KK. Pegi lah pagi tu mcm biasa. walaupun badan dah rasa lain mcm sejak malam tadi lagi. Lesu, perut macam dah start mild contraction tapi takde sakit sangat pon. dalam kereta sempat selfie berkeping2. kahkahkah!

Sampai KK checkup macam biasa, bila jumpa nurse nak check perut dia tengok aku dah lain macam, muka aku dah merah (aku x perasan pon) pastu dia tengok aku punya cara cakap pon dah macam mencungap, (pon aku x perasan) Kemudian bila dia cek perut dia dapat rasa ade contraction, dan kepala baby macam dah ke bawah. Aku wat lek wat peace je. macam bengong2 kejap haritu checkup. Dia terus suruh aku pegi hospital untuk cek jalan, memandangkan aku punya kes baby breech. Kalau betul ade contraction memang bahaya la untuk aku and baby. Walaupon tadi dengar nurse cakap macam kepala yang kat bawah, tapi aku tak rasa pon kepala dia kat bawah sebab pergerakan dia dalam perut aku sama je macam masa dapat keputusan breech haritu.

Maka, teruslah ke Hospital Sg.Buloh. Lapang giler, ade lah dalam 3 orang je kot nak bersalin. Alhamdulillah, sekali lagi dipermudahkan untuk aku bersalin kalini. Doctor buat VE masih Off finger. Tapi ade contraction. Aku dapat doktor sakinah, doktor yang sama amik kes ECV aku haritu. so dia memang kenal aku sangat. Buat CTG takde contraction pulak, buat pantau manual pon xde contraction jugak. Aiseh si adik ni. kemain kamu mempermainkan kakak nurse tu ye. Doctor tanya contraction aku selang berapa minit. aku cakap 30 minit sekali. ok, no wonder la CTG takde contraction sebab pemantauan untuk 10 minit je. last soalan dia tanya aku, Tadi last makan pukul berapa?? Then aku jawab....... pukul 9.30 pg atau lebih awal.. x sure, sebab makan masa kat klinik tadi, kuih 2 ketul dengan teh tarik.

Lepas tu dia discuss dengan doctor balqis, dan membuat keputusan untuk aku c-zer pada haritu jugak sebabnya, aku dah cukup term, case aku baby still breech. Dan agak bahaya sekiranya diorang discharge kan aku. buat nya menjelang nak tunggu 4.12.2015 tu aku punya contraction makin kuat dan jalan dah bukak besar lagi susah. dan buatnya pulak OT penuh masa tu lagi lah huru-hara kan.

1.12.2015 Oepration Theater kosong pada haritu, last case pada pukul 11 dan boleh terus proceed untuk kes aku pulak pada pukul 3.30pm sebab aku kena puasa 6 jam sejak last waktu makan aku. Bila doktor cakap kita proceed untuk c-zer harini ye? aku terus kata ok dengan senyum. hehehehe. seronok sebab allah mudahkan semuanya untuk aku, seolah2 OT memang tersedia nak menerima aku, doktor yang buat operation pun pukul 12.30 dah jenguk aku.

2.00 pm mirzal bawak kael jumpa aku, aduiii.. sedih ok, kael taknak dekat pon dengan aku. dia seram tengok tangan aku berjarum, ade darah menitik kat baju sebab darah aku keluar banyak masa doctor nak amik darah tu, mirzal nak amik gambar pon dia lari2, duduk jauh sangat dari aku. xpelah, taknak paksa. dapat cium dia sikit, salam mirzal mintak ampun semua terus masuk dalam tukar baju putih and get ready untuk operation. 2.30 pm masuk tube kencing, agak tak selesa. tak pasti kenapa tapi memang agak perit dan sakit. bila terkencing lagi sakit.

3.30 pm tepat aku dah ade dalam OT, memang sebelum masuk tu ada banyak kali briefing la dari pakar2, doktor semua baik2, cakap lembut2, masa nak cucuk tulang belakang tu aku mengantuk. ahahahaha. doktor bagi selimut tebal untuk peluk, aku letak kepala macam nak terlelap, xde peluk nye pon. hehehe. ade 2 cucuk, 1 untuk bius kulit yang kedua baru cucuk kat spine tu. Sakit tak?????? Jawapan aku TAK! aku cuma rasa jarum je atas kulit. tu je, lepas tu doktor suruh baring aku pelik. Eh? Dah ke? doctor cakap dah, masa nak baring tu aku tak rasa ape2 dah kat kaki. 

So, teruslah start operation. yang tak selesa cuma OT terlalu sejuk dan epidural tu memang ade rasa sikit mengantuk. aku asik2 ulang cakap mengantuk dengan doctor, siap tanya, saya nak tidur boleh?? hahaha. bangang ni, orang lain sibuk nak tunggu anak dia pikir dia punya mengantuk je, ahahaha. serious wey, ubat bius tu buat aku merapu ntah ape2. asik ulang2 cakap sejuk, ntah ape lagi aku merepek ntah. 

Gegaran yang paling kuat aku dapat rasa masa tu senget2 badan doktor nak keluarkan si kecik, maklumlah dia kan breech, punggung dia dah masuk lorong. 4.06 pm tetibe aku dengar suara halus tersedak2. aku tanya doktor dah keluar ke? Doktor cakap, Dah.. nanti kita bawak tengok ye.. kemudian tu aku dengar suara dia jerit2 halus dan nampak doktor bawak dia untuk bersihkan.. dari jauh aku boleh nampak dia.. sangat halus dengan suara nyaring tu...

4.15 pm. Doctor bawak baby jumpa kat aku, dengan suara tersedu2.. alahai... comel nya.. sebak sangat aku tengok dia. kalau dulu kael aku terus peluk cium, si adik ni aku cuma dapat tengok dan cium je, doctor selakkan kain kat dada aku dan letakkan pipi dia atas dada.. masa ni dia terus senyap, takde sedu2, mata pon dia dah cuba bukak sikit2.. alahaiii.... sebak! Doctor tanya baby ape aku tanya balik doctor berapa berat dia, soalan doctor aku x jawab lagi dah sibuk soal doctor pulak. ahahahahaha.

Ok, sekian cerita beranak aku untuk anak kedua. hehehehe.
Alhamdulillah allah permudahkan semuanya untuk aku, tak susah, tak rasa sakit, dapat doktor yang baik2. nanti aku cerita serba sedikit pengalaman aku 2 hari kat hospital selepas c-zer tu ye.

Muhammad Hanan Mukhriz bin Mohd Mirzal


 1 Disember 2015
Baby Boy
2.36kg
37w 5d
Hospital Sg.Buloh 

 
**********************************************************
"Modern Solution to Modern Problem"
Pengedar Shaklee Sg.Buloh [LINK]

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...