..::Wawa Yusoff::..: ..::Sleepless Night::..

Thursday, November 19, 2015

..::Sleepless Night::..

 ASSALAMUALAIKUM 

Lain anak, lain rasa nya kan?
memang 2nd pregnancy aku ni agak susah untuk aku tidur malam yang lena betul2 lena. Sejak 5month kot aku dah kerap tejaga malam, bukan sebab tekencing ke ape, memang badan serba serbi x selesa. Bila dah dapat berita ketentuan haritu lagi lah aku x boleh tidur. ditambah pulak dengan sakit gigi yang tiba2 dan tangkap sampai kepala. package! 


Rasa nak tidur tu kemain mata ni sampai dah tak terbukak, tapi bila baring x mau pulak lelap yang betul2, asik tepusing2. bila dah tidur, kael begerak sikit pon aku boleh tejaga. kalau terlelap sampai bekeroh pon idok ler sepanjang malam, mesti ade punya aku bangun sebab serba tak selesa 

Semalam memang sakit gigi yang amat, siang muntah2 , sampai rumah kepala aku sakit gile. nak tidur kael pulak buat hal. ntah ape yang tak kena. kata nak minum, dah dibagi air dalam botol air dia tp tak mau pulak. nak suruh bukak tutup botol tu nak tonggang. aku dah hangin.  sekali ku tempik terus diam pastu aku merajuk tidur depan TV. kahkahkahkah!!! cam bangang perangai mak dia ni   


Dia terus senyap, baring kat mirzal, ntah ape yang mirzal cakap kat dia tak lama lepas tu datang dua2 orang kat aku. Mirzal kata dia cakap.. "ayah..nak sowi mommy" ha, tau pon mak dia marah! geram rasa nye. nak ikutkan kehendak dia je. nasib lah aku ni x garang mana. Yang comel nye tu datang tak bersuara, aku dah baring mengiring buat tak tau je kat dia, pegi dekat2 belakang aku, dengar mirzal cakap pegi sorry, takde pon aku dengar dia cakap, pastu mirzal cakap peluk mommy tu.. barulah ade rasa tangan kecik kat bahu aku tarik2, aku pusing, hulur tangan dia terus landing kat bahu peluk aku sekuat yang boleh.  Pastu ajak aku masuk bilik siap tolong angkatkan bantal aku lagi.   


Mikhael memang tau aku x garang mana kalau marah. Tp sekali aku marah yang betul2 dia memang boleh beza yang aku memang marah. 

Dah. 
entry ni pasal ape pon aku dah x tau. k, bai!

**********************************************************
"Modern Solution to Modern Problem"
Pengedar Shaklee Sg.Buloh [LINK]

No comments: