..::Wawa Yusoff::..: ..::Sembang Pagi : Anak Allergic habuk::..

Monday, November 9, 2015

..::Sembang Pagi : Anak Allergic habuk::..

 ASSALAMUALAIKUM 

Pagi ni sembang2 dengan cleaner kat ofis ni. dia tanya cuti buat ape je kak? 

Temenung jap sebelum jawab memikirkan activity aku semalam yang macam trauma aku rasa. kahkahkakah!!


2 bakul ko... 2 bakul!! 

tu kalau ko tengok mata kasar je 2 bakul, aku rasa nak dekat 5 bakul semalam, dengan baju kael lagi, dengan melipat baju adik + baju2 berpantang aku kat rumah mak, dengan siap2 kan sekali beg hospital, sambung pulak mengemas melipat tudung. Aku rasa dari pagi sampai ke malam keje aku dengan kain je, tu belum lagi campur dengan mesin yang tengah berjalan, dengan mirzal lagi bawak sebakul pegi dryer kat laundry sebab hari hujan, kain x kering. Mau tak trauma aku?? 
Tobat dah lepas ni taknak leka2 kemas kain.       

Semalam memang aku rasa hari kain sedunia untuk aku kat rumah tu. Mirzal sibuk kemaskan bilik tetamu. kot la mak mertua ke mak aku nak menjenguk2 aku time pantang nanti bilik mesti lah bersih. cerah mata aku semalam tengok dia dah settle kemaskan bilik tetamu. Bilik kael pon dah selesai.  

Kat living hall aku settlekan malam tadi lepas settle semua kain. Sediakan ruangan katil baby, alih la sofa dengan meja segala. buat masa ni settle lah bab rumah sendiri. tinggal nak arrange rumah mak pulak, mana nak letak tilam berpantang, mana aku nak letakkan tempat yang sesuai untuk baby. in shaa allah by next week mesti settle!   

Semalam si kael pun sibuk nak tolong ayah dia jugak mengemas bilik. Habuk kan... dahla sembab2 muka dengan mata dia, bersin2 non-stop, terus selsema. Allergic habuk rupanya anak aku ni,  bulu kucing pon dia allergic jugak, kalau dia bergomol dengan Tuna memang siaplah sembab2 merah2 muka telinga semua. Allergic ni memang dah sebati dalam family aku, sakit keturunan gamaknye, kalau tak allergic, asthma. So  far kael cuma allergic je.   

Bebudak kalau kena gatal-gatal gitu cecepat mandikan dia, mata dia tu basuh betul2, kalau dapat mandikan dengan air suam bagi lega sikit merenyam tu. Kemudian asingkan diorang jauh dari tempat berhabuk tu 

macam aku semalam memang terus basuh2 kan muka dia semua, bawak masuk bilik lain, sapukan herbal blend untuk gatal-gatal muka tu. kat hidung pon aku sapu sebab dia dah tenyeh2, bersin2 gatal2, sian lah anak bujang mommy tu.. Elman cukup serasi dengan herbal blend. memang tak pandang cream lain dah. Sesuai sangat dengan dia yang minor eczema tu.

Bila jadi gini mula la aku nak pecah tabung beli Air Purifier. 
mihihihihi   

**********************************************************
"Modern Solution to Modern Problem"
Pengedar Shaklee Sg.Buloh [LINK]

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...