..::Wawa Yusoff::..: ..::Prosedur ECV Hospital Sg.Buloh::..

Friday, November 27, 2015

..::Prosedur ECV Hospital Sg.Buloh::..

 ASSALAMUALAIKUM 

 Apa itu ECV? 

ECV adalah External Caliph Version. iaitu satu kaedah memusingkan bayi yang songsang dari luar perut untuk kembalikan dia dalam kedudukan normal supaya si ibu boleh melahirkan baby secara normal dan bukan melalui pembedahan.

  Perlu atau tidak ECV? 

Keperluan adalah terserah kepada individu. Ia hanya cadangan doktor sekiranya si ibu ingin ikhtiar untuk meletakkan baby dalam keadaan normal. Pilihan adalah di tangan ibu sendiri untuk menjalani prosedur ECV atau pun tidak. Tiada Paksaan dan bukan Kewajipan.

 ECV di hospital atau Bidan Kampung?

Risiko "kehilangan" lebih tinggi jika menjalani urutan bidan kampung. Ini kerana, procedure ECV yang dilakukan di hospital lengkap dengan alat yang mengesan denyutan jantung baby dan juga dapat dilihat dengan jelas di skrin sekiranya ada komplikasi lain yang berlaku dan baby boleh diselamatkan dengan pembedahan segera. 

ECV menyakitkan?

Ye, ECV merupakan satu proses yang tidak selesa kepada baby dan ibu. Meletihkan baby dalam kandungan dan juga memberi kesakitan kepada si ibu. Sekiranya si ibu tidak dapat menahan kesakitan, prosedur boleh diminta untuk dihentikan serta merta.

Tempoh ECV?

Tempoh masa yang diambil untuk prosedur ini bergantung kepada keadaan baby dalam kandungan, ketahanan si ibu dan juga kerjasama yang diberikan untuk berpusing semula kepada keadaan normal. Ada yang mengambil masa 2 minit dan ada juga yang mengambil masa sehingga 1 jam atau lebih.

Peratusan untuk berjaya normal?

50/50. Ibu perlu persiapkan mental bahawa prosedur ini hanyalah percubaan dan ikhtiar bukan satu janji bahawa si ibu akan bersalin normal. Ada yang berjaya ketika prosedur dilakukan namun, baby pusing semula dengan sendiri ketika hari kelahiran maka pembedahan perlu dijalankan. Ada juga yang tidak berjaya untuk pusing semasa prosedur ECV tetapi baby berpusing dengan sendiri dan ibu berjaya bersalin secara normal.

Risiko ECV atau Memusingkan baby

Tidak kira di hospital atau bidan kampung. Risiko memusingkan baby adalah terbelit tali pusat, jantung baby menjadi lemah, baby kurang terima oksigen dan uri putus. Sebab tu PENTING untuk menjalani prosedur ini dihospital kerana keadaan baby boleh dilihat dan dipantau dengan jelas. Jika terdapat sebarang komplikasi baby masih mampu untuk diselamatkan dengan segera.

= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =  = = =

         
ok, sedikit info yang dapat aku kongsikan dengan korang apa yang aku faham dan lalui untuk prosedur ECV. Nak lagi details boleh google. Kalau nak tengok youtube pon boleh. seram dengan tidak je.

Pengalaman aku untuk prsedur ni nnt aku cerita next entry. panjang bebenor nak ku kaborkan kat sini 

**********************************************************
"Modern Solution to Modern Problem"
Pengedar Shaklee Sg.Buloh [LINK]

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...