..::Wawa Yusoff::..: ..::34 weeks : VCO catalyst::..

Wednesday, November 4, 2015

..::34 weeks : VCO catalyst::..

 ASSALAMUALAIKUM 

34 weeks. Alhamdulillah. 

My current activities is googling tanda-tanda bersalin dan pengalaman orang bersalin. huhuhu. feeling macam anak sulong sangat perangai aku kan. ahaha. ye la wey, lain anak lain pengalaman nye. kalau semua dipermudahkan alhamdulillah, kalau ade cabaran yang tersendiri bersyukur jela. allah nak tolong hapus dosa banyak sikit. muehehehe 

Semalam checkup. semua nya good2 sahaja. Current weight is 50.6 kg  lega sangat2 berat dah naik compare to my previous checkup tak naik langsung. so bila berat dah naik ofcoz lah berat baby pon naik. in shaa allah. Selera makan dah ade. macam2 nak telan kalau boleh. Supplemen masih sepenuhnya dengan Shaklee dan aku baru add on VCO catalyst beli dari Zilla Mahadi [LINK] 

1st time amik VCO, maklumlah, anak kedua ni dah banyak ilmu sikit. kahkahkah! VCO ni aku beli dalam bentuk kapsul, baru 2 kali buat urutan perineum. aku pecahkan kapsul tu amik minyaknye. Jimat kekdah ko..  hehehe 

Semalam checkup pon doktor x cakap apepon sebab semua ok  cuma kat buku pink tu dah cop la untuk perhatikan tanda-tanda bersalin. pastu tanya ingat lagi tak tanda-tanda bersalin?? I is nervous.  Jujur cakap, Tak ingaaattttt! ahahaha. Mikhael dulu banyak drama nya sampai aku lupa pon dah confuse yang mana satu tanda yang aku nak ikut. bengong nih. sendiri beranak sendiri x tau  

 Kurang gerak pernah - warded semalaman sebab kencing kotor 

 Turun lendir + darah pernah - warded 3 malam pastu discaj walaupon dah bukak 3 cm sebab takde contraction dan tak sakit.

 Contraction every 10 minit - ok, yang ni baru betul tanda dia nak keluar. tu pon aku ok je sampai bebetul dah 10cm pon boleh senyum2 lagi . Rezeki. memang mudah bersalinkan kael. 

Turn si adik ni memang pernah jadi yang kurang gerak tu. tapi sebab ade pengalaman kan, aku bertahan jugak kat rumah dan alert betul2 gerakan dia. minum air kosong banyak2, minum air barli suam. Finally, ngam2 9pm dia elok gerak cantik dan kuat dan kemain rancak  aku taknak serah diri ke sepital gitu je sebabnya pengalaman aku dulu masa kael kurang gerak 27w masa tu. warded pon sekadar buat CTG dan masukkan ubat kat tuuttt, bila baby ok dah gerak elok terus discaj.


Braxton hicks sangat kerap si adik ni, sampai tak bernapas aku. rasa macam nak bersalin sangat dah. menonggeng, bersujud, goyang pinggul semua aku dah buat. sebab terlalu kuat contraction braxton hicks dia ni. mirzal sampai risau tengok aku. asik offer ke sepital je  aku rasa kalau takde pengalaman memang aku pegi jugak kot. ahahaha. tapi ok je, dah 34 weeks pon masih selesa si anak dalam perut. maybe mak nye makan bukan2 tu yg dia protes kot, kasi kejang2 badan kat dalam perut. sakit ok! lutut, siku dia semua dah terasa dah. perit 

For now, tu jela kot nak update. Sebagai rujukan dan kenangan diri sendiri dan jugak sharing dengan mommy to be yang lain. Untuk 1st time mommy, entry-entry begini sebenanrnya banyak membantu kan? jadinya untuk mak-mak blogger yang lain janganlah segan-segan nak sembang cerita pasal korang. Walaupon tetibe nanti korang nampak status facebook dalam friendlist korang yang berbunyi sinis seperti "If you're expose all about your personal and private life in media social.. there is no personal and privacy of your life than..LOL" Sakit hati tak baca??


   Mak ok jeewwww...!!!   


   
-aku kopipes sebiji2 status tu dari FB- saje nak bagitau- saje nak bagi terasa-

**********************************************************
"Modern Solution to Modern Problem"
Pengedar Shaklee Sg.Buloh [LINK]


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...