..::Wawa Yusoff::..: ..::2nd Pregnancy : Beg Hospital::..

Thursday, November 12, 2015

..::2nd Pregnancy : Beg Hospital::..


ASSALAMUALAIKUM

harini nak cerita pasal beg hospital. antara persiapan yang paling seronok sekali aku nak cerita selepas mendobi. hehehe. 

macam aku cakap, aku pilih hospital sg.buloh untuk bersalin kali kedua ni [LINK], iaitu hospital yang sama aku bersalin masa anak sulong. Perkara ni agak memudahkan aku dalam mempersiapkan diri dan juga beg hospital ni sebab dah ade pengalaman dan dah tau procedure kat hospital sg.buloh ni.

kalau dulu xde pengalaman nak siapkan beg hospital. barang pon bawak sampai 1 beg mommy dgn 1 beg baby kat P.A.C. bila nurse nak masuk wad banyak beg nurse kena bawak. dah la nak kena tolak kita yg kat wheelchair tu lagi, kesian. pastu tak tidur sepital pon. petang tu 5.30 dah dapat keputusan doc untuk discharge. brg bawak macam nak  duduk 3 hari. hehehe

Kali ni dah pandai dah nak siapkan beg hospital untuk Hospital Sg.Buloh. Procedure hospital lain aku tak tau. Tp kalau dah hospital kerajaan aku rasa lebih kurang je kot. Aku akan sedia keperluan yang paling minima. anggaran 24 jam kat hospital.

2 beg je ni aku bawak ke hospital. ok, jom cerita one by one.

Beg Labor Room

1. I.C
2. Buku Pink
3. Baju baby
4. Blanket baby
5. Handphone & Charger
6. Mini Yassin
7. Maternity pad + Panties 2

-Kat labor room/P.A.C memang tak boleh bwk barang banyak2. So, bwk beg yg paling comel/uncang kat atas tu. nanti nak deliver diorang akan suruh letakkan barang2 no.5 dan 6 tu dalam plastik dan hand over kat husband-


-Kat hospital sg.buloh utk newborn baby memang diorang tak pakaikan seluar dan mitten dan stokin. Supaya senang nak cek darah, cucuk vaksin dan jugak urusan doktor nak cek kesempurnaan baby. Nanti dekat wad baru kita siapkan baby elok2-

Barang mommy


1. Kain Batik 2 helai
2.Pakaian Discharge - T-shirt dgn Skirt
3. Nursing Cover -Tak reti nak DF pakai baju butang. sudahnye tebogel jugak aku kang-
4. Stokin - sepasang
4. Towel - bawak yang sederhana je. bukan ko mandi bebetul pon kat sepital tu. air panas pon xde. just untuk buat lap2 muka and badan sikit2 je.

Lain-lain yang xde dalam gambar
5. Seluar dalam + materninty pad - Lekat pad siap2 supaya mudah korang nak menukar nye nnt. ni kang klu pad terjatuh badan tgh gigil2 nak membongkok bagai kan ke payah
6. Vitamin Shaklee -letak dalam pill box siap2-
7. Milo/Nestume 3 + 1 - 3 sachet je cukup. jgn bawak sampai seplastik tu
9. Cawan/Bekas air
10. Nursing Bra -Pakai siap2 dari rumah pon elok. sepasang spare dalam beg.

Ok. itu je. cukup.

Barang Baby
 

 1. Baju 3 pasang - Aku bawak jumpsuit je. sebab baby all the time berbedung kan
2. Mitten and booties 2 pasang
3. Newborn diapers - 5 keping
4. Topi Baby - 1
5. Toiletries & Minyak telon - 1 travel pack
6. Napkin - 1 helai
7. Towel yang sederhana 

 
Ok. itu je. cukup.
 Barang baby dan barang mommy, aku letakkan dalam 1 beg je.

Sementara nak tunggu kita bersalin tu beg ni simpan dulu kat dalam kereta. Trust me, husband korang akan ade banyak masa untuk amik beg selepas kita bersalin sebab tempoh menunggu nak masuk ke wad dan dapat katil tu bukan nya sekejap ye -ikut rezeki masing2- so, jangan nak bagi husband susahkan diri usung banyak2 beg kulur kilir

Untuk barang2 tu nampak je mcm banyak.. sebenarnye tak pon. memang aku siap2 kan untuk temph 24 jam je sebab memang biasanya Kurang dari 24jam tempoh yang doctor perlukan untuk pantau kita dan baby. kalau baby dah elok kencing beraksemua dalam 12 hours korang boleh discharge dah 
 

Pastu, pastikan korang guna beg yang bukaan nya besar. sekiranya husband takde korang senang nak amik barang. kena ingat, sebelah tangan lagi ade branula. kalau jenis beg korang bukaan kecik tesinggung2 jarum kat tangan tu... adoiiii... ku cukup x suka branula. ahahahaha.

Ok, entry dan persiapan ni aku buat berdasarkan pengalaman dan sesuai untuk diguna pakai untuk mereka yang bersalin di hospital sg.buloh. Dan juga sesuai untuk mereka yang bersalin normal, macam kes aku dah sakit baru ke sepital, so tunggu kat sepital memang kurang dari 24 jam. Tapi untuk mereka yang telah dijadualkan bersalin nya seperti kes ceaser, mungkin ade persiapan lain yang perlu.


**********************************************************​
"Modern Solution to Modern Problem"
 
Pengedar Shaklee Sg.Buloh [LINK]

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...