..::Wawa Yusoff::..: ..::Perangai Soon To be Abang Kael::..

Thursday, October 15, 2015

..::Perangai Soon To be Abang Kael::..

ASSALAMUALAIKUM

Aku ni, kalau berminggu - minggu tak tinggal blog mmg tak sah. dulu kata lah susah nak dapat sumber internet. blogger pon block kat office. tapi dah ade Unifi kat rumah ni pon tak ber'update jugak blog. alasan ape lagi nak pakai?? muahahahah

kalau ikutkan banyak je nak cerita tapi asik bertangguh. bila bertangguh terus jadi lupa. gambar semua memang takde lah kan. ntah aku ni pesen mmg lambat sikit idea nak muncul klu buat entry tanpa gambar. melalut dah panjang.. itu biasa..... 

Harini nak update pon pasal nak ngumpat anak sendiri  Nak sembang pasal si abang. asik cerita pasal adik je kan.. lama dah mommy tak sembang pasal abang mikhael or dia bahasakan diri dia "Abang Aek" 



Aku ni tengah melayan fasa baru untuk kael. fasa bercakap, baru nak becok.  memang agak lambat umur dia. dah 3yr++ pon word masih belum jelas. tp so far cukup untuk aku katakan aku happy dengan perkembangan dia. dah pandai buat ayat. dah pandai menyanyi.  walaupun butir perkataan memang sangat lah tak jelas. Tp boleh dah paham banyak ape dia cuba sampaikan




Sejak dah sarat ni kael perangai dia menjadi2. adoiiiiii  memang tersangatlah menjadi. tp takdelah sampai hijau mak nye ni. cuma dia jadi susah nak tolak ansur. kalau sebelum ni elok je. kalau nak sesuatu tu kita kata kejap dia terima je. ni tak, kalau kata nak, masa tu jugak dia nak! Contoh haritu, dah bawak dia main bowling, tp dia nampak pulak tempat mainan berbayar.. mcm kidzoona tu. tp kecik je. bayar nye sampai Rm 22 sorang idok ler kami melayan. nak bawak je dia kat play ground kat food court tu. dia punya tak terima dan tak boleh tunggu merebeh segala air mata air hidung  Tp bila dah sampai kat tempat mainan food court tu terus dia diam main macam tak jadi ape2. Apakah????? 



Gitu lah serba sikit pe'el dia yg kadang buat aku malas nak layan, malas nak marah, aku tengok je sampai mana dia boleh pegi.. hahahaha. bengong ni saiko dengan anak  Biasanya mirzal yg take over nak mententeramkan si kael ni. dia ada daya lagi nak mendokong dan memujuk aku malas nak layan, lagi2 dah berat ni.. huhuhu 



Tu la org kata, bila nak beradik ni perangai si abang akan lain macam sikit. pengalaman aku masa mula2 ok je, kael biasa je, makin rapat dengan aku lagi adalah... dah hujung2 ni pulak kemain dia tau..  tapi masih terkawal lagi lah, cuma bila aku berdua kat rumah dengan dia dan mirzal xde nak memujuk tu kadang aku Zassssss!! kan aje... hilang sabar mak kau ni ha   




Kael rapat dengan ayah dia sekarang ni. Semuanya ayah. Tengoklah tu. keluar dating berdua je dengan ayah. tak kesah mommy pon. selalu kalau tidur dengan mommy, mesti nak ketiak mommy, sekarang ni tidak lagi. Ayah, ayah dan ayah.. mommy tak ikut pegi mana2 pon dia tak kesah. Tejaga tengah malam, Ayah lah orang pertama yang dia panggil... Nangis tau mommy kalau gini 
 **********************************************************
"Modern Solution to Modern Problem"
Pengedar Shaklee Sg.Buloh [LINK]

No comments: