..::Wawa Yusoff::..: ..::PD TRIP 2015 : Vacation penutup 2015::..

Friday, October 30, 2015

..::PD TRIP 2015 : Vacation penutup 2015::..

ASSALAMUALAIKUM



Last weekend punya cerita. Jumaat sampai isnin. Kemain lama nak bercutinya pon.
Make it short. Malas nak cerita panjang lebar. Nak cerita pasal laut pon air nun jauh ke tengah. Anak2 lepak tepi je main pasir. Selebihnya banyak ngabiskan masa kat kolam Hotel 




Bayu Beach Resort.  TQ mam kasi sponsor pethouse yang best ni.  Check in je badan dah letih. Tak dan nak amik gambar ke ape.  4 Bilik 3 bilik air. Sangat selesa. Yang kureng nya heater rosak. Rumah dah la aircond. Sejuk gedi kalau mandi tu   

Yang lagi tak syiok tu abang dengan akak ayu aku balik awal, x boleh nak stay sampai isnin atas kekangan kerja. abang aku lagi lah, sabtu malam dah balik. kejap je dengan kitorang.. anak2 dia pon belum puas lagi. huhuhu.


PD ostrich Farm
RM 15 adult
RM 10 Senior Citizen
FREE kids Below 3 yr

BESTTTTT…..!!

Bestla, badan dah sihat.  kalau tak tu, nak pegi sana ngeluh, nak pegi sini ngeluh, kalau boleh nak duduk dalam rumah je taknak pegi mane2. Ini dah sihat, kemain segala binatang aku bagi makan. Ostrich, kambing, rabbit, semua pon aku nak pegang. Lagi2 kael dah jadi budak berani, xde takut2, xde jerit2, dial ah yg jalan paling depan sekali, lagi lah aku enjoy nak melayan dia   

 Kambing dengan ostrich dia berani sangat2, keldai pon dia usik2. Bila sampai kat iguana dia keras terus, dekat pon taknak. Sampai kat ular lagi lah, siap menjerit jauh kan diri. Binatang yang kecik2, takde bunyi dan bergerak perlahan tu pulak dia takut kan.  Mak aku kata xpelah dia takut ular… ade bagus nya.. betul jugak cakap mak aku tu. Tapi anak buah aku si inas kemain, dah macam rantai je ular tu dia buat 




Upside Down Gallery
RM 15 adult
RM 10 Senior Citizen
FREE kids Below 90 cm

Memula nak ke sabah konon nak pegi rumah terbalik, dah ade kat PD moh ler kita menjenguk. Idok ler mahal pon kan.. Masuk sana memula agak pack jugak, kecik je pon gallery ni. Berlaga bontot jugak kalau ramai orang tu. Nasib baik aircond dia kuat. Xde lah berkuap kalau orang ramai. Kael kat sini enjoy jugak bila ajak amik gambar dia ON je. Mak dengan bapak follow jela kami nengok perangai cucu  

 Cuma yang aku tak kenan sangat sebab tak pandai amik gambar. Ahahaha. Jenuh nak pahamkan keadaan mcm mana cara nak amik gambar supaya angle gambar tu cantik  Sudah nye snap2 jela. Lepas tu ade bebudak yg keje situ ajar macam mana nak tengok gambar. Rupanya kena rotate dulu. Baru lah Nampak hasilnye, barulah ku pahammmm… ok, sambung amik gambar lagi. Kael pon join 



DINNER : Sarah Seafood

Dah 2 kali makan kat sini kalau ke PD. Sedap dan murah. Puas hati makan. Kedai ni pon kebetulan je makan tahun lepas. Sedap, makan ramai2 gini baru RM 190++. Menu dia nama pelik2 dan sedap. Jadi, pegi PD lagi kalini repeat lagi kedai ni https://lh6.googleusercontent.com/proxy/cfcMhVtgYdJjHtBUoQKowCkXBLXgQW8-7LUOf9MKjgbUqky-hUv2QW0F237A0Hg0OF1C_4cRgevdUWVaNN5WgUhGqh9i=w5000-h5000  kalini mam belanja. Rasa masih sama, masih sedap, harga pon lebih kurang. Serap GST gamaknye kedai ni. X naik harga pon   

  Korang kalau nak try kedai ni kat area the store pekan PD. Betul2 depan Perpustakaan Awam Port Dickson. Tak susah pon nak carik. Signboard warna hijau. Gambar xde,  sibuk bawak perut. 
Ahahahaha   


ok, dah boleh duduk dendiam kira hari nak beranak. Boleh kata penutup jugak lah untuk family kami sebab bulan 12 mak nak jaga aku pantang, bulan 3 pulak akak aku nak pantang. kalau nak berjalan kena tunggu hujung tahun depan la kot baru molek sikit. mueheheh 

**********************************************************
"Modern Solution to Modern Problem"
Pengedar Shaklee Sg.Buloh [LINK]

No comments: