..::Wawa Yusoff::..: ..::2nd Pregnancy : 32Weeks : Makan Sedap::..

Tuesday, October 27, 2015

..::2nd Pregnancy : 32Weeks : Makan Sedap::..

ASSALAMUALAIKUM 


harini, End of 32 weeks. Huhuhu jela mampu aku cakap 

Kalau macam kael dulu 9month straight mommy muntah2. Time adik ni alhamdulillah, reach 32 weeks automatik sickness hilang. Mual2 dah xde, muntah2 pon xde. mommy dah boleh makan banyak. kalau dulu nak habiskan bihun sup semangkuk pon takut sebab confirm keluar balik. Mengidam memang tak sempat nak merasa. tekak ni tgk apepon tak lalu nak masuk. Sebab tu berat aku masa checkup 32 minggu cuma 49.5 kg je. Tak naik banyak sebab makanan yang masuk ngam2 untuk baby je. Tak masuk langsung jadi isi untuk aku. tu pasal slim melim, harap perut je membulat 

Boleh kata ngam2 32 minggu aku dah boleh makan. satu polistrin nasik tu aku dah boleh habiskan dan tak keluar balik. Kalau brakfast mesti nak ade yang berat lepas tu donut 2 ketul wajib mesti beli. pukul 12 dah menggelupur lapar balik. ahahahaha. Aku x biasa dengan keadaan ni. aku ingat masa memula tu perut rasa x sedap disebabkan sickness la rupanya sickness dah hilang tibe2 tapi aku masih takut2 nak makan. hehehe.

barulah rasa ape itu mengidam, ape itu teringin  sebelum2 ni ade jugak la terasa nak makan sesuatu tp semua nya ke sinki balik. lepas tu terus putus selera. yang paling nak telan pon char kuew tiaw. Boleh kata hari2 memang mirzal membawak aku kat kedai tu jela 


Durian crepe
Ni benda pertama yang buat aku terliur sampai berbunyi2 perut, sampai tak keruan nak buat kerja. Dapat je makan sampai tutup2 mata, habis terus. hehehe. ingatkan keluar balik rupanya kekal dalam perut. Seronok nya tak tau nak kata.

Sengkuang Calit.
Dah lama teringin nak makan, tp tak berani sebab memang tekak tengah tak sedap. Bila dah ok sikit cari2 kedai nya asik tak jumpa. hari yg sama mirzal belikan durian crepe tu, malam tu jugak aku dapat Sengkuang calit ni. beli 2 terus makan sekali dengan mirzal. Licin!! Malam tu tido lena. hihihihi 

Alhamdulillah, sekarang dah banyak rasa sihatnya. weekend haritu trip ke PD dengan family pon  aku ok je, tak sangka aku sesihat itu, boleh mandi kolam, boleh makan macam2, siap boleh jenjalan ke PD ostrich Farm dan Upside Down Gallery lagi. Esok dah masuk 33 weeks. Masih drive lagi ke office. Mirzal kata nak start hantar aku bulan 11 ni. Tp aku tgk keadaan jugak. kalau rasa ok, aku drive je sendiri. Jem pon bukan teruk sangat. boleh bawak badan lagi. hehe 


So far, persiapan dah 80%. Beg hospital pon dah ade dalam kereta. Nanti aku update sikitlah pasal beg untuk 2nd baby ni. Set bersalin anugerah by next week dah boleh beli. Kelengkapan berpantang Shaklee dah cukup dan ade few vitamin yang memang dah makan dari awal pregnant dan masih ade isi nya. Boleh continue je terus. Katil baby ade rezeki, mak mertua bagi hadiah. hehehe. Tukang urut pon mak dah booking kan. so, boleh kata well prepared untuk kali ni  I is tak sabar nak kasi push ini budak! muehehehe 

**********************************************************
"Modern Solution to Modern Problem"
Pengedar Shaklee Sg.Buloh
Jika anda ingin mendapatkan Mana-mana produk shaklee,
Anda  boleh hubungi saya, penghantaran boleh dibuat secara C.O.D sekitar sungai Buloh, kuang dan kundang, Jika anda berada diluar kawasan sekitar pengeposan boleh dilakukan.

Ingin mencuba menjana pendapatan dengan shaklee?? 

No comments: