..::Wawa Yusoff::..: ..:: Dinner santai A & J burger and Grill Kg.melayu Sg.Buloh::..

Friday, September 11, 2015

..:: Dinner santai A & J burger and Grill Kg.melayu Sg.Buloh::..

Assalamualaikum 

Semalam. Lepas settle sorting baju dah packing semua, siap kemas rumah sikit dengan bilik belakang, pinggang pon sakitttt... jadilah malas masak... ahahahaha. 

A&J Burger Grill [LINK]. x berapa minit pun dari rumah kitorang. pegi naik motor x pakai helmet pon. sebab dekat. Tapi jangan ikut ye. bahaye :p

last two years kitorang ade makan kat sini. masa tu food x variety sangat. just ade monster burger je dan rasa pon so so je. Lepas tu bila ntah ade tengok bloggers reramai buat food review kat sini masa tu tak lah kepingin sangat sebab dah pernah pergi. 

Tapi bila dah ngandong ni pantang nampak food sedap sikit ailio automatik macam meleleh tepi bibir dan yg lagi parah siap x sedar tau2 dah menjejes.ok. tu bukan aku. tapi masa tido penah lah jadi.. ahahahahaha

Eh, panjangnye cerita kan??
 Ok...ok.. jom tengok ape yang kitorang makan since makyong ni kepingin sangat nak makan meatball, nak ke IKEA kemain jauh jadi kita pegi je yang paling dekat dan kedai yang dikabarkan kesedapan makanan nye ni.. :p

TROPICAL LEMON JAR
Rm 4.90

Sampai je aku order terus air ni. xde dalam menu. aku jumpa kat FB diorang baru je create air ni. So terus zassss! Sedap giler! Aku suka, mirzal lagi lah suka! Dalam air ni ade lemon, limau, serai dan daun pudina. memang rasa fresh sangat! Sampai rumah nak tido sampai teringat2. masa taip ni pon tekebil2 air mata aku masih membayangkan kesegaran air ni. serious best!

.
MEATBALL 10 Pieces + Cheesy Wedges + Salad Segar 
RM 7.00

Meatball ok je pada aku. Tapi jangan lah korang compare dengan IKEA pulak. cuma aku rasa kalau diorang buat sendiri meatball ni mesti lagi sedap. Meatball agak liat pada aku. Sos meatball ok, tak pedas. anak2 pon boleh makan. Tapi kombinasi makanan ni aku suka. bila makan sekali meatball dengan segala sos dan salad tu sekali memang Umpphh!!

Fries + Sausage + Cheesy Sauce + Chilli Sauce
RM 4.00

Yang ni aku suka. x kedekut sos. meriah. fries pon banyak penuh sepinggan siap ade sausage lagi. memang kenyang kalau makan ni je untuk ratah2.

Rasta Combo Monster
Burger besar + Cheesy Wedges + Meatball 5 ketul
RM 11.90

Yang ni mirzal punya order. dia amik beef. ayam pon ade kalau korang tak makan daging. burger ni besar. datang pulak dengan meatball 5 ketul dan cheesy wedges. memang sangat2 mengenyangkan!

Chicken Nugget 6 ketul + Cheesy Sauce + Mayonis + Chilli Sauce

Yang ni kami order untuk kael. habis dia makan sorang. dengan fries lagi. hehehe.

Oh ye. kedai ni dia buat sendirian je tepi rumah. bukan shop lot ke ape. makan pon bawah kemah je. Ade jugak dia buat meja luar kemah kot nak makan santai2 berbumbungkan langit kan. Kitorang semalam memang lepak luar khemah. sejuk je. Silap aku x amik gambar kedai semalam.

Korang boleh terjah entry Ida Baharum ni untuk tengok lebih banyak gambar, menu dan cerita.
Confirm terliur!!! hehehehe :)

Kedai Buger Sedap SgBuloh | A&J BurgerGrill


**********************************************************
"Modern Solution to Modern Problem"
Pengedar Shaklee Sg.Buloh [LINK]

No comments: