..::Wawa Yusoff::..: ..::2nd Pregnancy : Persiapan Awal Anak kedua::..

Wednesday, August 12, 2015

..::2nd Pregnancy : Persiapan Awal Anak kedua::..

Assalamualaikum

22 weeks.

Macam awal sangat ke nak buat persiapan?? Pada aku tak, mungkin sebab aku ni jenis ape2 mesti nak settle awal. cukup tak suka last minit. sebab keadaan aku ni kalau buat persiapan last minit lagi haru biru. Dan jugak aku cukup risau sebarang kebarangkalian yang akan terjadi bila last minit boleh mengundang marah buat aku. muahahaha.



MENDOBI


Ala, persiapan ala kadar je. Baru masukkan dalam bakul semua baju2 adik yang nak didobi nanti. Kael punya baju pon dah keluarkan sekali untuk adik pakai. Bengkung, blanket, barut semua dah ready untuk di dobi. Cukup lah untuk Persediaan sebagai Permulaan.

Bila dah buat sikit2 cenggini, boleh tahu ape yang perlu dan apa yang tidak untuk dibeli, takdelah semua nak beli baru, dan tidak jugak lah jadi kejadian tidak membeli langsung beranggapan dah ade, walhal bila tibe time nak pakai benda tu ko tak tau pun elok lagi ke tidak nak di bagi kat anak. kan haru tu?? Macam weeknd haritu belek punya belek baju yang dikeluarkan, mittens dengan booties takde langsung. baru ingat yang kael dulu memang pakai habis. so, boleh beli baru untuk adik ni :)

SAVINGS


Pada aku ni yang paling penting, Alhamdulillah, saving untuk bersalin ni yang kami dah settlekan paling awal. Jadi duit tu memang akan diperam untuk membeli segala kelengkapan dan keperluan untuk bersalin dan selepas bersalin. penting supaya dapat mengelakkan kita pakai duit yang ada dalam tangan. 

Perlu untuk korang bakal ibu nanti tahu bahawa duit lebih banyak nak pakai semasa dan selepas bersalin. Jadi, jangan galak sangat membeli baju bajan untuk anak ye, beli mana yang perlu dulu. Esok dah keluar baby tu lagi puas nak membeli tau sebab budak nya dah ade depan mata. Jimat2 ok!

RUMAH BERPANTANG


Semestinya bukan dirumah sendiri walaupun dah anak ke-2. ahahaha. Memang pada awalnya aku dengan mirzal memilih untuk pantang sendiri di rumah sendiri memandangkan taknak susahkan mak. Mak jaga Inas [LINK] yang tengah meligat. budak moncet toncet tu memang begayut nyai dia aje. risau pulak aku mak akan penat berganda nak siapkan lauk aku lagi. Tapi mak kata, kalau boleh seminggu tu duduk dengan mak, dah kuat sikit baru balik rumah. Mak kan... mcm mana dah tua pun kita mesti dia akan risau... huhuhu. touching tau :p

PEMILIHAN HOSPITAL


Buat masa ni, pilihan pertama dan satu-satunya hospital yang kami pilih adalah Hospital Sungai Buloh memandangkan hospital ni betul2 sebelah rumah. Kalau dah start contraction pon boleh lagi la lenggang kangkung sebab memang sebelah rumah. Dan pengalaman aku bersalin kan mikhael kat sini memang sangat baik. rezeki labour room kosong, nurse dan doctor semua layan baik2. Moga bersalin kali ni rezeki kebaikan juga berpihak kepadaku. amin.

SET BERPANTANG


Untuk penjagaan dalaman aku memilih Shaklee sudah tentunya. Untuk penjagan luaran pula aku pilih Set Bersalin Anugerah. Tertarik dengan penggunaan ayat-ayat Al-Qur'an dalam penghasilan produk Anugerah. Yelah, dalam pantang dan lepas bersalin ni orang kata ada je yang "mengacau" mudah-mudahan dengan produk yang dihasilkan dengan doa dan ayat2 al-qur'an ni dapat beri yang terbaik untuk kami. . In shaa Allah. Cari review pun ramai yang berpuas hati

Set Bersalin ni ada banyak set. Untuk normal dan juga untuk C-zer. Banyak pilihan yang korang boleh buat dari segi keperluan badan masing-masing. Moga kali ini masih diizinkan untuk bersalin normal dan mudah macam mikhael dulu, malahan lebih mudah dan senang. in shaa allah :)

PEMILIHAN NAMA ANAK



Kalau masa mikhael dulu, memang instinct sangat carry boy, bila scan pulak memang sah2 dapat boy. Dari dalam perut dah panggil nama mikhael tu. Tapi kali ni aku tak pasti boy ke girl. scan pun masih tak jelas. 28 weeks nanti scan lagi. Mudah-mudahan nampak la gender dengan jelas. senang mommy nak pilih nama. buat masa sekarang ni dok panggil adik je. hehe

TUKANG URUT


Buat masa ni aku masih lagi memilih dan membuat pilihan. Ade 2 orang yang pernah aku ber'urut. Dua-dua pon aku suka. Sorang tu bidan aku masa bersalinkan kael dulu, yang sorang lagi pulak urut aku terus ngandong. ahahaha. Kali ni nak urut banyak hari sikit. Mungkin 7 hari. Apepun, bergantung pada keadaan nanti. Tapi memang nak urut banyak hari pon. sedap badan bertungku semua. masa kael dulu macam x puas pulak 3 hari je. hehehe. kali ni nak manja kan diri lebih sikit. Ngade tak?? hehehe. Alaaaa...bukan untuk orang lainnnn... hik3.


Buat masa ni tu je kot yang nak share. untuk anak kedua ni kepala otak aku ligat sikit berfikir compare masa kael dulu semua nya aku redah je. Wat lek wat piss gile dulu. hahaha. mungkin sebab xde pengalaman. nak cerita pun yang basic2 je. Kali ni boleh kata hari-hari aku pikir ape lagi yang nak disiapkan. Lain pulak eksaited kali ni. hehehe. Moga segala nya dipermudahkan... amin ya rabb.

**********************************************************
"Modern Solution to Modern Problem"
Pengedar Shaklee Sg.Buloh [LINK

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...